Wanita solehah...
adalah sebaik-baik keindahan...
Menatapnya menyejukkan qalbu..
Mendengarkan suaranya menyejukkan batin...
Ditinggalkan menambah keyakinan...
wanita solehah...
adalah bidadri syurga yang hadir di dunia ini...
wanita solehah...
adalah ibu dari anak-anak yang mulia...
wanita solehah...
adalah isteri yang meneguhkan jihad suami...
wanita solehah...
menebar rahmat bagi rumahtangga...
cahaya dunia dan akhirat...
Tuesday, August 9, 2011
Wanita solehah...mendamaikan...
Posted by Siti at 11:39 AM 0 comments
Labels: Kerana dirimu begitu berharga
Friday, July 29, 2011
Tentang cinta...
Apabila bicara tentang cinta,ia tidak dapat lari dari mengatakan tentang hati dan perasaan kerana cinta letaknya di hati. Terletaknya ia di lubuk hati yang paling dalam, tiada siapa yang menjangka kedatangannya. Lahirnya ia merupakan fitrah manusia, mendamaikan setiap jiwa yang memilikinya.
Martabat cinta terbahagi kepada 3 bahagian yang utama:
1) Cinta Agung (a’la)
2) Cinta Pertengahan (wasot)
3) Cinta Biasa (adna)
Cinta Agung merupakan cinta yang paling tinggi martabatnya. Ia adalah cinta kepada Allah, cinta kepada kekasih-Nya iaitu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan cinta kepada perjuangan islam iaitu jihad di jalan-Nya.
Cinta pertengahan pula merupakan cinta sesame manusia atas dasar akidah islamiyyah dan taqwa kepada-Nya. Contohnya cinta sahabat kepada sahabatnya dan sebagainya.
Cinta biasa adalah merupakan cinta yang paling rendah martabatnya. Ia merupakan cinta berlandaskan nafsu dan syahwat semata-mata. Contoh cinta seperti ini boleh kita lihat kepada cinta muda-mudi yang terlalu ghairah dengan cinta mereka sehingga sanggup menepikan segalanya, sudah tidak tahu yang mana halal dan haramnya. Terlalu mengejar cinta insane sehingga agama tergadai.
Kesimpulannya, cintailah cinta Agung kerana ia menghubungkan cinta kita kepada cinta yang lainnya. Ia melahirkan cinta kepada kedua ibubapa kita, cinta harta dan segala nikmatnya, cinta dunia dan segala apa yang bermanfaat darinya . Cinta Agung ini juga menyuburkan cinta kita kepada sesame manusia. Bukan itu sahaja, bahkan ia memberikan kita cinta orang yang juga mencintai-Nya .
Posted by Siti at 3:08 AM 0 comments
Labels: Artikel
Sunday, July 24, 2011
Soalan untuk pengantin...
pada 18/7/2011 saya telah menghadiri majlis akad nikah di kaherah. alhamdulillah dua pasangan telah diijab kabulkan. barakallah kepada pasangan. moga redho Illahi mengiringi n kekal hingga ke syurga.
alhamdulillah akad nikah berlangsung selepas asar . Selepas maghrib pula,telah diadakan talk show bersama pengantin dan satu pasangan jemputan yang baru kahwin di malaysia. Antara soalan yang diutarakan kepada pengantin berbunyi seperti di bawah:
s: apakah perasaan ustaz dah kahwin? mesti gembirakan?
j: perasaan mestilah suka, gembira..takkan sedih plak? ada ke orang kahwin sedih?. alhamdulillah Allah sampaikan hajat saya. lagipun ia merupakan sunnah. lepas kahwin ni, rasa macam rugi plak tak kahwin awal.
s: pada ustaz apa perbezaan orang yang kahwin di sini(mesir) dengan kahwin di malaysia?dan di mana lebih meriah?.
j: tak delah beza pun, cuma kalau kat sini dengan kawan-kawan...kalau kat malaysia dengan sanak saudara. bagi saya, meriahnya kat malaysialah...ni pandangan sayalah, tapi sebenarnya tak de beza pun, sama je.
s: ustaz, macamana ustaz boleh jumpa isteri ustaz dan mengenali dia? adakah dah kenal kat malaysia atau macamana?
j: kisahnya, mula di sini. tahun lepas jumpa dia disebabkan atas urusan berkaitan pelajar baru. menyelesaikan masalah mereka jadi minta tolong dari unit sambutan mahasiswa baru cawangn pahang dan isteri saya waktu tu dia pegang setiausaha. jadi berurusan dengan dia. dalam 2 kali jumpa. lepas tu saya tanyalah sikit-sikit kawan-kawan tentang isteri saya ni, dah tahu sikit-sikit tu, saya taqdim dia melalui bait muslim mansurah. alhamdulillah dia minta masa 2 minggu untuk jawab lamaran saya. alhamdulillah tepat masanya dia beri jawapan dia terima saya. kat sini nak nasihatlah sikit kat akhawat, kalau ada orang taqdim, janganlah ambil masa terlalu lama nak buat keputusan sampai 2, 3 bulan. seminggu dua dah cukup...solat, doa dan sebagainya. lepas isteri saya setuju, balik muzaharat hari tu...pergilah rumah dia, kenal mak ayah dan sebagainya dan kita bincang semua untuk nak lansung kat mesir. dan Alhamdulillah Allah permudahkan dan sekarang dak kahwin.
s: apa pandangan ustaz jika akhawat yang taqdim ikhwah?
J: erm, sebelum tu sebenarnya isteri saya yang taqdim saya. Bagi saya tak salah dan tiada keaiban pun. Dan saya rasa bangga lagi sebab dia sayang kita lebih.
s: ustazah,mungkin di sana akhawat kita malu untuk taqdim ikhwah ni, jadi boleh berikan sedikit semangat kepada akhawat kita supaya lebih berani untuk taqdim ikhwah yang cute-cute kat sini?
J: sebenarnya macamana saya boleh berani untuk taqdim suami saya ni, terdorong disebabkan kawan saya…dimana dia juga yang taqdim suaminya. Kalau nak beri semangat pada akhawat ni, kalau kita nak taqdim ikhwah ni…perlu kuat dan bersedia jika kita ditolak. Kebergantungan kepada Allah itu penting.
s: ustazah, bagaimana ustazah boleh terima seseorang yang ustazah sudah tahu yang dia sudah tidak suci lagi?
J: suci atau tak itu bukan persoalannya. Semua tu jodoh, kita merancang…Allah pun merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik,Dialah yang menentukan segalanya. Tapi saya rasa kebanyakan ikhwah semua dah tak suci.
*ini sedikit pandangan dari saya. Bagi saya,saya setuju dengan pandangan ustaz yang menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang akhawat untuk taqdim ikhwah. Walaubagaimanapun, masyarakat kita jika mendengar itu akan merasa janggal barangkali kerana sudah menjadi adat kebiasaan kita bahawa si lelaki yang akan melamar si wanita namun Islam tidak pernah melarang perkara tersebut selagi mana ia bertepatan dengan syariat. Di sana terdapat adab- adab dan caranya yang baik bagi akhawat melamar ikhwah yang disukai, contohnya menggunakan perantaraan bait muslim dan seumpama dengannya yang boleh dipercayai supaya tidak melanggar batas –batas syariat dan timbulnya fitnah.
Saya juga tertarik dengan persoalan berkaitan aspek kesucian seseorang lelaki. Awalnya, saya setuju sangat dengan jawapan yang berbunyi “saya rasa kebanyakan ikhwah semua dah tak suci” dan saya berpandangan kenyataan suci ini ia berkaitan kesucian hati. Mana mungkin hati seseorang itu suci jika hatinya itu senang mempermainkan dan dipermainkan ? mungkin ramai beranggapan apabila seseorang itu pernah ber ‘couple’ itulah yang diistilahkan ikhwah itu tidak suci. Namun bagi saya, ikhwah yang pernah mengorat atau mempermainkan seorang akhawat itu sudah cukup untuk membuktikan yang mereka sudah tidak suci kerana hati mereka telah ternoda dan dinodai, hati mereka sudah tidak terjaga. Kita boleh lihat reality, mungkin tak semua ikhwah pernah couple, tapi hakikatnya ramai ikhwah yang tidak segan silu mengorat sana sini atau dengan kata lain selalu mempermainkan akhawat. Klu ada pun ikhwah yang suci,boleh kiralah agaknya…mungkin satu dalam seribu. Minta maaf, ini hanya pandangan. Memanglah semua nak seorang suami yang suci dan sape nak suami bekas kekasih kawan kita kan? Atau yang pernah menodai dan dinodai hatinya kan?
Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang hamba Allah perlu redho dengan ketentuan dari-Nya siapa jodoh kita. Tak kiralah dia suci atau tidak. Mungkin dulu dia sebegitu, namun sekarang mungkin dia dah berubah. Kullu bani adam khotoan, wa khairu khotoin natawwabun tubu ilaAllah.
Setiap anak adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan itu bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Jadi,kepada yang pernah ber ‘couple’ dan sudah pun berkahwin tidak kiralah dia berkahwin dengan ‘couple’nya atau dengan orang lain, wajib ke atasnya bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah kerana dia pernah melakukan larangan Allah sebelum berkahwin iaitu dengan mendekati zina dan sesungguhya couple itu salah satu jalan dekati zina kerana Allah berfirman mafhumnya berbunyi “jangan kamu dekati zina”.
Dan bagi akhawat pula, jika mahukan seseorang yang soleh…perlu untuk diri kita dulu yang jadi solehah. Jangan berangan dapat soleh jika diri tidak berusaha melakukan perubahan kea rah kebaikan. Jangan mudah cair dengan ayat-ayat manis lelaki. Akhawat perlu kuat.
-ustaz atau ustazah: gelaran bagi mahasiswa atau siswi di sini.
-ikhwah: lelaki
-akhawat: perempuan
-muzaharat: demonstrasi
Posted by Siti at 4:20 AM 0 comments
Labels: Santai
Friday, July 22, 2011
Kemanisan ibadat...taat kepada-Nya....
salam, di sini ingin mengupas serba sedikit tentang ibadat hati. sebaik-sebaik ibadat hati ialah redo dan syukur kepada Allah dengan setiap apa yang di kurniakan-Nya.
dan apakah tanda-tanda iman kamu?
sesiapa yang inginkan pengorbanan di bulan ramadhan yang mulia dan penyucian hati perlunya kepada sifat-sifat berikut:
1) sabar dengan setiap ujian dan dugaan dari-Nya.
2) syukur dengan nikmat kurniaan-Nya.
3) redo dengan setiap ketentuan-Nya.
4) meninggalkan perasaan gembira dengan kesusahan orang lain terutama musuhnya.
apa itu redho?
redho itu adalah ketenangan hati. bilamana seseorang merasa tenangnya hati dengan setiap ketentuan-Nya maka hatinya sentiasa berpaut dalam rahmat dan kasih-Nya.
Posted by Siti at 2:22 PM 0 comments
Labels: Artikel
Saturday, July 16, 2011
Tak penting! tak perlu baca...
Salam. Semoga kalian dalam rahmat dan kasih Illahi. Alhamdulillah kebanyakan mahasiswa pengajian islam di iskandariah sudah tamat imtihan dan bermulalah cuti panjang. Dalam kesempatan ini, ramai yang balik Malaysia. Namun yang tidak berpeluang untuk balik Malaysia banyak kelas pengajian ,talaqi, dan program yang telah diatur sempena cuti musim panas ni yang boleh diikuti. Alhamdulillah hari ini telah bermula pengajian di masjid Amru bersama Syeikh ‘Alaa. Di sini, Syeikh membentang kitab berkaitan aqidah iaitu Syarhul kharidah albahiyyah. Di samping itu juga, kami perlu untuk mengulang hafalan Al-quran,menghafaznya dan mentasmi’ antara satu sama lain bersama Syeikh. Alhamdulillah, pengajian musim panas yang sangat bermanfaat.
Sangat-sangat bermanfaat kepada yang bergelar tullabul ilmi. Walaubagaimanapun tidak semua yang hadir mengikuti pengajian. Saya rasa sedih sangat…sangat-sangat sedih…sebab diorang tak berusaha untuk mengikuti pengajian…rasa geram pun ada…tapi takpe lah…mungkin mereka ada perkara yang lebih penting dan punyai pekerjaan yang lebih darurat…berbaik sangka jelah…biasalahkan… nak ajak orang buat baik ni, bukan senang…di sana terdapat cabaran-cabarannya.Moga mereka dibukakan pintu hati untuk ikut pengajian. Bukannya apa, klu musim cuti macam ni…lebih-lebih lagi kat sini…klu masa itu tak terisi dengan perkara yang bermanfaat…maka masa itu secara tidak langsung akan di isi dengan perkara yang sia-sia.
Antara perkara sia-sia yang boleh saya senaraikan di sini ialah menonton cerita, menghadap laptop 24 jam, chatting, internet 24 jam,tidur memanjang dan sebagainya. Saya cakap ni bukan bermakna saya ni baik sangat,tak buat perkara tu...tapi disebabkan saya pernah alami benda nilah saya nasihatkan pada sahabat sekalian,janganlah jadi seperti mayat hidup. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya klu kita dah biasa dengan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah…semua pekerjaan yang ingin dilakukan terbengkalai dan bukan itu sahaja, bahkan pemikiran kita akan menjadi sempit kerana tidak mempedulikan orang lain..aku dunia aku…kau dunia kau…tak ambil tahu langsung tentang sekeliling. Tak salah pun jika kita nak menonton atau apa ke, tapi perlulah ada had-hadnya. Janganlah sampai solat ntah kemana..waktu terbuang begitu sahaja tanpa ada pengisian dalam diri. Itu menzalimi diri namanya. Semua kerja yang nak dilakukan tak menjadi semata-mata melayan benda yang tidak sepatutnya.
Bukan sahaja ia membuang waktu, tapi boleh menggangu perjalanan hidup seharian dan system kesihatan badan kita terutamanya. Jika kita sentiasa terperap dalam rumah dan tidak melakukan kerja yang melibatkan pergerakan yang banyak contohnya...ia membuat kita lesu dan tidak bersemangat pada seharian itu.
Cuba kita Tanya pada diri masing-masing. Kenapa kita ada sahaja masa untuk menonton atau apa-apalah, tapi tak de masa untuk ke klas pengajian walaupun sekejap. Kenapa kita boleh beri masa untuk berhibur tapi tak dapat nak luangkan masa walau sekejap untuk ikut pengajian? Ada masa untuk shooping tapi tak de masa untuk kelas pengajian.? Tiada alasan untuk semua itu tapi ada sahaja alasan apabila ajak ikut pengajian. Macam-macam alasan yang keluar dari mulut mereka dan lepas ni mungkin klu ajak ke kelas pada ramadhan nanti...mungkin akan ada yang beralasan “ramadhan nanti panas, kan waktu tu kemuncak panas,letihlah…tak tahan panas.” Ke korang ni, dah banyak sangat ilmu dalam otak tu sampai otak pun jadi beku? Tak dapat beza yang mana satu tuntutan.
Whateverlah, apa-apa pun kalau nak seribu daya…klu tak nak seribu dalih.Semua apa yang saya cakap ni reality…reality kehidupan sebahagian kita dalam pengurusan waktu ketika cuti panjang. Klu waktu kuliah tu tak pelah...mungkin sibuk ngan kuliah…tapi waktu cuti sibuk ngan apa?klu sibuk ngan program yang bermanfaat tahan lagi…tapi tak juga. Sangat-sangat kasihan. Beginikah yang di namakan mahasiswa islam yang akan jadi pembimbing kepada masyarakat Malaysia khususnya kelak apabila kembali ke Malaysia nanti?
Berubahlah…selagi kita ada masa dan peluang untuk berubah,jangan sampai Allah tak lagi beri peluang itu kepada kita. Tak banyak,sikit pun jadilah. Tak perlu kita berubah secara mendadak…tak perlu berubah keseluruhannya…tapi perlu untuk kita berubah perlahan-lahan, sedikit demi sedikit,tidak gopoh kerana di situ menjamin istiqamah dalam diri. Jika ada rasa malas dalam diri untuk buat kebaikan, usaha secara perlahan-lahan usir perasaan tersebut dengan cuba melakukan kebaikan. Biasalah, klu nak buat baik ni…macam-macam dugaan datang…macam-macam alasan yang diberi…jadi kita perlu usaha lawan perasaan tidak suka atau malas itu, kerana kita tahu di sana adanya syaitan dan nafsu menyeru kepada kerosakan.
Ini sebenarnya luahan rasa yang terpendam sebab tak dapat nak luahkan. So, blog inilah yang menjadi mangsanya. Kadang-kadang rasa menyampah dah ngan kerenah manusia ni. Dah malas dah nak cakap. Klu cakapkan, kata kita membebellah apalah. Baik senyap je lebih baik.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..geram…..rasa nak menjerit je..tapi tak boleh, nanti orang cakap gila plak. Jadinya, untuk menenangkan fikiran ni…saya optimis. Usaha selagi mampu untuk ajak diorang. Klu tak melalui kata-kata pun…dengan tauladan yang baik lebih afdal…klu tak dapat juga, dengan doa sudah cukup memadai dan itulah selemah-lemah iman.
Posted by Siti at 1:14 PM 0 comments
Labels: Diari
Thursday, June 30, 2011
Kamu kuat? Aku kuat ! motivasi mendidik...
Sedikit pengalaman saya menemani sahabat untuk mendapat rawatan dari Syeikh bagi gangguan dan penyakit yang dihadapinya.
“Semoga kalian dikurniakan suami yang soleh” doa Syeikh kepada kami.
“ sebelum kita mulakan, saya nak beri satu analogi seekor semut dan seorang manusia...”
“ adakah kamu takut dengan seekor semut yang kecil?” tanya Syeikh.
“ adakah semut itu akan memudaratkan diri kamu?” tanya Syeikh kembali.
“ tak...” sahabatku menjawab sambil menggelengkan kepalanya.
“Apakah kita takut dengan seekor semut yang kecil sedangkan kita manusia lebih besar darinya? jadi, sama jugalah dengan makluk halus,jin dan seangkatan dengannya.. Jin itu makhluk Allah dan sama juga seperti kita...makhluk Allah, dan ingat...kitalah sebaik-baik makhluk Allah... jadi apakah kita perlu takut dengan jin tersebut?”
“ kamu kuat, betul?”
“ kamu kuat atau lemah?”
“ separuh-separuh...” balas sahabatku nor.
“ tidak! Kamu kuat ! cakap saya kuat..”
“ ya! saya kuat..!”
“kamu kuat atau lemah” Syeikh sengaja mengulang persoalan yang sama untuk beri kekuatan kepada sahabatku.
“ saya kuat...” Syeikh tersenyum mendengar jawapan tersebut.
“ nor, dengar ini....bilamana kita banyak berfikir tentang sesuatu perkara, maka dengan itulah menyebabkan perkara tersebut muncul dan terzohir sedangkan perkara tersebut tidak berlaku pun. Kita hanya melihat benda yang laisa hadath(tidak pernah terjadi). Ia hanya khayalan atau mainan mimpi.”
“ibarat bilamana seorang isteri sentiasa berfikir tentang suaminya...apakah suaminya buat saat ini? Siapa kawan dia? Adakah perempuan? Adakah dia setia dengan aku? Dan sebagainya. Persoalan-persoalan ini akan menyebabkan si isteri diselubungi bayang-bayang dan sentiasa berada dalam keadaan resah sehingga menyebabkan dia mula mengesyaki suaminya membuat tidak senonoh di belakangnya sedangkan perkara tersebut tidak pernah berlaku. Apabila si suami pergi bekerja dia menganggap suaminya berfoya dan jika dia terdengar bualan telefon suaminya dia sangka suaminya bercakap dengan perempuan lain dan sebagainya. Padahal apa yang ternyata atau terzohir pada si isteri itu bukanlah yang sebenarnya tapi apabila dia sentiasa berfikir perkara negatif pada suami maka akan itulah yang dilihatnya sedangkan itu bukan hakikat.”
“nor,jika manusia itu ada yang soleh dan sebaliknya maka jin pun begitu...ada yang soleh dan sebaliknya juga...jadi apa perlu kita takut?”
"kamu kuat atau lemah?"
"saya kuat!"
“kamu perlu kuat dengan kekuatan Allah maka jin akan lemah...”
“bilamana kamu yakin dengan kuasa dan kekuatan Allah, maka kamu akan jadi kuat tidak lagi lemah dengan hanya perkara kecil ini...”
“masalah kamu terlalu kecil dan sangat mudah berbanding sahabat kamu yang lain yang ada lebih besar dari ini...jadi kamu kena kuat...”
“setiap hari kamu perlu jaga solat subuh...jangan sekali-kali lewat hingga terlepas waktu subuh...kedua, sentiasa berada dalam keadaan bersih...berwuduk, amal selawat dan doa ini...doa ini sebagai pendinding diri kamu...”
“insyaAllah dalam sepuluh hari atau 2 minggu sembuh...jika tidak, kita guna cara lain...tapi kamu perlu ingat, sesuatu kesembuhan itu memerlukan waktu jadi kita usaha selagi boleh...jangan putus asa...”
*pengalaman yang cukup mendidik...semoga Syeikh sentiasa dalam kasih dan rahmat-Nya. doakan Syeikh sembuh ye sahabat...2 hari lepas pengajian tunda sebab Syeikh tiada suara...harap hari ni Syeikh dah sembuh dan dapat sampaikan khutbah jumaat...teringat dekat Syeikh punya pasal,sampai termimpi-mimpi plak...hehehe.
Posted by Siti at 10:16 PM 0 comments
Labels: Diari
Monday, June 20, 2011
Si kecil Ilyas...
Alhamdulillah...sudah dapat anak sedara yang sulong lahir pada 31/5/2011 yang lepas...jadi, pangkatpun sudah naiklah...sudah bergelar aunty lah nampaknya...walaupun muda lagi...hehehe. Suka sangat dapat baby ni...macam anak sendiri plak...hehehe... untuk si kecil Ilyas,cik ngah(gelaran naik pangkat) doakan moga ilyas menjadi anak yang soleh...menjadi seorang pejuang Agama Allah yang soleh lagi bertaqwa...menjadi penyejuk mata untuk semua yang mengenali ilyas. Kat bawah ni ada sikit gambar baby boy Muhammad Ilyas yang baru jugalah di send melalui ym untuk tatapan aunty dia yang jauh di perantauan ni.(buat ayat sedihlah plak). sorrylah Ilyas, cik ngah tak dapat tengok ilyas dari dekat...tengok gambar pun Alhamdulillah. nanti cik ngah balik,Ilyas dah besar agaknya.
Posted by Siti at 9:32 AM 0 comments
Sunday, June 19, 2011
Muda-mudi dan perkahwinan....
Perkahwinan merupakan suatu syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya bagi menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita dalam membawa fitrah kepada kebaikan.
Ia juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang seharunya diikuti.Terdapat banyak kebaikan perkahwinan itu sendiri, terutama kepada si suami ,si isteri dan anak-anak.
Walaubagaimanapun, sebuah rumah tangga atau perkahwinan itu tidak sunyi dari masalah yang mendatang. Kadang-kadang timbul sebahagian masalah dalam kehidupan berumah tangga. Kadang-kadang perkara yang tidak diingini berlaku .
Jadi, seharusnya ke atas kita sebagai muda-mudi,perlu mengetahui hakikat perkahwinan itu sendiri sebelum berkahwin.
Benarlah,akan berlaku perbezaan pendapat atau pergaduhan kecil mungkin di antara suami dan isteri. Bahkan itu adalah perkara biasa ataupun lumrah kehidupan suami isteri dan itu bukanlah masalah.
Akan tetapi yang menjadi masalahnya, kita tidak dapat mencari penyelesaian kepada perkara tersebut. Itulah sebenarnya masalah...bilamana kita tidak mampu meleraikan masalah atau sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga itu sehingga menyebabkan perkara buruk yang lain berlaku.
Kebanyakan pemuda atau pemudi berfikiran bahawa suatu perkahwinan itu merupakan perkara yang terlalu indah sehingga melupakan bahawa di sana terdapat banyak tanggungjawab yang perlu dipikul bergelar suami dan isteri. Kemungkinan mereka tidak memandang ke hadapan dengan menganggap sesuatu perkahwinan itu akan sentiasa indah dan tidak akan ada sebarang masalah yang perlu dihadapi.
Maka dengan itu,mereka akan mengamuk atau melakukan perkara yang tidak masuk akal bilamana berdepan dengan masalah secara mengejut dan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi seterusnya memikirkan tentang penceraian.
Kepada pemuda dan pemudi, seharusnya kita mengetahui bahawa kehidupan berumah tangga atau perkahwinan itu merupakan suatu perjalanan atau pengembaraan yang panjang, bukan hanya sehari dua tinggal bersama. Perlu untuk kita berkongsi suka,duka, tangis, tawa bersama-sama, bukan berkongsi suka semata-mata.
Sesungguhnya,jalan kebahagian itu ada di hadapan. Untuk pemuda pemudi yang bergelar suami dan isteri seharusnya mengetahui bagaimana untuk mengecapi bahagia. Antara jalan atau cara untuk sesuatu perkahwinan itu berjaya adalah melazimi bercakap sesama pasangan. Sentiasa bercakap, berbincang atau bercerita antara satu sama lain dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara keduanya. Sentiasa bercakap itu bukan bermaksud berleter, tetapi sentiasa berkomunikasi dengan pasangan menggunakan kata-kata atau uslub yang disukai dan baik. Komunikasi yang baik menatijahkan kehidupan yang baik juga...insyaAllah.
• Yang paling penting kepada suami dan isteri atau yang akan bergelar suami dan isteri bahawa cinta utama dan pertama kalian bukanlah pada pasangan masing-masing tetapi cinta utama dan pertama kalian adalah kepada Allah S.w.t dan cinta kedua barulah kepada makhluknya...kerana Cinta-Nya menjamin bahagia...jika tidak di dunia, di akhirat menanti....insyaAllah ,amin...”
Posted by Siti at 4:20 AM 0 comments
Labels: Artikel
Thursday, June 9, 2011
Why women cry...?
A little boy asked his mother : “ why are you crying?”
“ becouse I’m a woman...” she answered him.
“ i do not understand,” he said.
Mum just hugged him and said: “ and you never will...”
Later the little boy asked his father : “ why does mother cry for no reason?”
“ all woman cry for no reason...” was all his dad could say...
The little boy grew up and become a man, still wondering why women cry...
Finally he asked Syeikh : “ why do women cry so easilly?”
And Syeikh answered : “ Allah created woman to be very special...He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world...yet gentle enough to give comfort for her child...Allah gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that many times comes from her children. He gave her a hardness that allows her to keep going when everyone gives up, and take care of her family through sickness and fatigue with out complaining. Allah gave her strength to carry her husband through his faults and created her from his rib to protect his heart... Allah gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife but sometimes tests her strength and her resolve to stand beside him unfalteringly... and finally, Allah gave her tears and the right to shed them whenever it is needed...”
“ and you my son, should remember,” said Syeikh.
“ the beauty of woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries...the beauty of woman is in her eyes...the doorway to her heart, where love dwells...”
-youtube-
Posted by Siti at 9:49 PM 0 comments
Labels: Artikel
Friday, May 20, 2011
Ayat drama?
“Awak..,macamana saya nak terima seseorang dalam hidup saya, sedangkan hati saya bukan untuk dia…hati saya untuk orang lain…yang pernah mengusik hati kecil saya ketika dulu…saya tak dapat lupakan orang tu walaupun saya cuba untuk melupakan.”
“Awak tahu?bukan senang untuk saya nak buka hati saya untuk terima dia, inilah kali pertama saya cuba menerima seseorang dalam hidup saya setelah sekian lama hati ni tertutup… saya cuba untuk terima dia seadanya , walau pada hakikatnya berlawanan dengan apa yang saya inginkan…tapi ini kesudahan yang saya terima…”
Apa pandangan kalian dengan dua ayat di atas? Macam dramakan? Tapi hakikatnya ia adalah realiti…realiti kehidupan…kehidupan yang penuh cubaan dan dugaannya. Hanya yang sabar dan tabah sahaja dapat merasai KEMANISANNYA…kemanisan bagi orang-orang yang bertaqwa. (ibarat manis dan sedapnya kek di atas tu...namun hakikatnya ia lebih manis dari kek itu)
Posted by Siti at 12:49 PM 0 comments
Labels: Santai
Friday, May 13, 2011
Kisah cinta yang cukup mendewasakan…
Cinta si A
Membuat diri sentiasa terbayang-bayang dirinya. Namun, hakikat perasaan itu mengajarku erti mujadah. Mujahadah mendidik nafsu.
Cinta si B
Menjadikan diri seperti seorang kanak-kanak yang tidak pandai membuat keputusan. Namun, ia mengajarku erti ketegasan.
Cinta si C
Aku tertanya-tanya siapakah gerangannya. Takut untuk mengetahui hakikat siapakah empunya diri. Mengajarku erti redo ketentuan-Nya.
Cinta si D
Memberikanku kekusutan yang tidak terhingga. Membuat diri serabut dan marah.Namun keadaan ini menyedarkanku dari lena, bahawasanya jika inginkan soleh, seharusnya diri ini yang utama menjadi solehah.Allahlah yang utama harus aku cari sebelum cinta makhluknya yang banyak kekurangan.
Cinta si E
Bersyukur dapat mengenali insan sepertinya.Membuatkan diri terasa dekat kepada-Nya. Cinta yang mengenalkanku erti segalanya. Mengingatkanku hakikat penciptaan. Mengajarku sifat penghambaan. Membawa diri ini kepada Cinta Allah, kekasih-Nya, dan jua orang-orang yang mencintai-Nya. Demi redho-Nya segalanya.
Posted by Siti at 1:48 PM 0 comments
Labels: Remaja
Thursday, April 14, 2011
Man yara nafsahu fauqo turab..., dollah.
Sahabat, siapa kita di sisi pencipta? Allah memandang kita bawah, hanya dari tanah, jadi kenapa kita meninggi diri? Sehingga kita menganggap diri lebih mulia dan tinggi dari tanah. Ingatlah! bahawa kita semua dari tanah dan akan ke tanah jua akhirnya.…jadi jangan merasa diri kitalah yang paling bagus dari orang lain, itu sifat sombong namanya. Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa bersifat tawadduk dengan apa yang kita ada. Jangan sekali memandang diri kita lebih mulia dari orang lain,kerana mungkin orang itu lebih tinggi dan mulia darjatnya di sisi Allah.
Sahabat, hati itu lebih utama untuk dijaga. Usahlah biarkan hati kita hitam dek kesombongan dan keangkuhan diri. Biarlah tinggi mana pun diri dan darjat kita jangan sekali-kali memandang rendah pada orang lain. Sebagai manusia yang bergelar hamba kepada-Nya dan mengetahui hakikat penciptaan, kita sepatutnya melihat manusia lain lebih mulia dan tinggi dari diri kita…itulah sifat tawadduk, jalan penginsafan untuk lebih dekat kepada-Nya.
Syeikh ‘Alaa membuat misalan seorang tenaga pengajar duduk dalam majlis ilmu… mengajar orang…berpakaian baik dan ilmunya tiada tandingan namun apabila dia melihat kepada seorang yang duduk di tepi kedai kafe sambil menghisap syisya(seperti hisap rokok) maka terdetiklah dalam hatinya “aku lebih baik darinya, aku berada di majlis ilmu tapi dia tidak” perasaan bangga itu meresap di jiwa dan sanubari maka apakah darjatnya di sisi Allah? Sama-sama kita renungkan.
Dan Syeikh juga menceritakan kisah seorang imam besar mekah yang dahulunya merupakan seorang pencuri tapi apabila dia mendengar kalam dari seseorang yang menyebut ayat Allah, maka ketika itu dia tersedar dan sejak dari itu dia terus meninggalkan perbuatan keji itu dan bertaubat. Selepas itu dia mencari dan menuntut ilmu sehinggalah dia menjadi seorang imam di mekkah. Maka rahmat dan hidayah Allah bersamanya.
Jadi sahabat, seorang yang melakukan dosa banyak mana pun…jika dia bertaubat maka dia lebih mulia dari kita…jadi sama-sama kita renung diri masing-masing.
“La tatakabbur…la tatakabbur…la tatakabbur…”. Itulah antara kata-kata Syeikh ‘Alaa sebelum bersurai.
Posted by Siti at 11:28 PM 0 comments
Labels: Hikam
Tuesday, April 5, 2011
Ketemu Cinta....
Ku temukan cinta…
Sedikit coretan penyeri bicara…
Indah sungguh perasaan ini…
Adakah ini cinta…
Ya, inilah dinamakan cinta…
Tidak dapat ku gambarkan melalui kata…
Hanya Allah yang mengetahui…
Bagaimana tenang dan rindunya…
Seorang insane yang mendamba kasih-Nya…
Pertama kali ku melihat…
Ku rasa tenang dan tersenyum...
Terpancar nur di wajahnya...
Paras setanding akhlaknya…
Aku mengucap syukur atas kurniaan dari-Nya…
Tutur katanya yang lembut…
Mendamaikan hati yang resah…
Senyumannya tidak lekang…
Menghias wajah…
Itulah dia seorang murabbi ummah…
Syeikh yang berjiwa hamba…
Hamba kepada Pencipta…
Sesiapa yang mengenalinya pasti tertawan…
Dek peribadinya yang luhur dan suci…
Beliau umpama sebutir mutiara…
Yang menyinari setiap hati…
Dalam pencarian Tuhan..
Mengenal hakikat hamba...
Redha-Nya segalanya…
Dengan ilmu dan amal di sanubari…
Menjadi bekal penguat diri...
Dari keangkuhan dan kesombongan...
Semua demi redho Illahi...
Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca post kali ini, di harap kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Sebenarnya, puisi diatas tu saya nak cerita tentang Syeikh A’la yang mana beliau merupakan murabbi ummah. Umur beliau yang muda tidak menjadi alasan untuk berseronok sehingga melupakan segala perintah Allah. Di usia muda, beliau menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah. Ukuran ilmu dan pengamalannya bukanlah pada bilangan umurnya yang sedikit. Dulu saya pernah mengikuti pengajian beliau tapi tidak lama, hanya beberapa hari sahaja saya menghadirkan diri di masjid tersebut.
Tidak lama selepas itu saya mula culas untuk ke sana sehinggalah pada 3/4/2011 saya mula terpanggil kembali untuk ke pengajian beliau atas beberapa kesedaran. Mungkin dahulu saya tidak berapa focus dan tidak faham kerana tidak mendengar dengan jelas suara syeikh memandangkan akhwat berada di bahagian atas masjid dan SYeikh mengajar di bahgian bawah bersama para ikhwah tapi Alhamdulillah pertama kali saya datang balik ke masjid itu, saya bersyukur kerana syeikh mengajar secara terus khusus untuk akhawat sahaja di bahagian atas tidak seperti dulu yang campur dengan ikhwah dibahagian bawah.
Teruja rasa dapat melihat syeikh dengan lebih dekat,bukan itu sahaja, suara syeikh juga dengar dengan lebih jelas sekali. Setiap kali tengok syeikh A’la tenang rasanya. Beliau seperti seorang bapa melayan kerenah seorang anak kecil apabila mengajar walaupun beliau masih muda. Melihat kesungguhan dan kesabaran beliau sewaktu menyampaikan ilmu, membuat saya terpegun . Tutur katanya yang indah, cara beliau,kepandaian dan semua yang ada pada syeikh membuat diri berfikir betapa mulia dan bersihnya hati Syeikh. Beliau seorang yang pandai buat orang tersenyum dan ketawa. Yang paling saya kagum, diwajah beliau tidak lekang dari senyuman. Senyuman Syeikh A’la menyejukkan hati sesiapa sahaja yang melihat.
Buat masa sekarang, Syeikh mengajar usul fiqh dan ia sangat menarik. Pengajian Syeikh bermula seawal jam 7 pagi dan tamat sebelum jam 9 kerana pada jam 9 pagi bermulanya kuliah di jamiah(university). Selepas tamat pengajian syeikh pada waktu pagi, bersambung pula selepas asar dan berhenti kira-kira jam 6 sebelum maghrib. Waktu pengajian pagi, Syeikh bukan sahaja mengajar usul fiqh semata, bahkan mengaji dan mengulang hafalan surah Al-baqarah bersama-sama, dan selepas itu Syeikh akan bercerita sesuatu yang dapat di ambil hikmah darinya. Dan akhirnya Syeikh sentiasa mengingatkan supaya hafaz Quran dan sentiasa mendoakan kami selamat.
Alhamdulillah, saya syukur sangat dapat belajar dan menuntut ilmu dengan Syeikh A’la. Ia merupakan satu nikmat dari-Nya.Ramai yang ikut pengajian Syeikh memenuhi bahagian surau akhawat. Mereka termasuklah pelajar dari thailand dan Indonesia tapi yang paling ramai pelajar dari Malaysia.Namun , saya juga sedih sebab tak semua sahabat saya mengikuti pengajian Syeikh…bukan saya tak ajak atau tak beritahu tapi apa daya kitakan, kita usaha Allah yang menentukan. Hidayah datang dari Allah. Saya doakan moga mereka dibukakan pintu hati dan kebaikan untuk mengikuti pengajian. Saya juga harap kalian doakan saya moga istiqamah mengikuti pengajian.
Itu sahajalah buat masa ni, insyaAllah jika ada masa terluang saya akan kongsikan apa yang telah Syeikh sampaikan.
Posted by Siti at 12:22 PM 0 comments
Labels: Coretan
Sunday, April 3, 2011
Sesuatu yang Indah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurniaan. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi daya upaya dan juga kekuatan untuk saya menulis dan mencurahkan segala yang tersirat dalam lubuk hati kecil ini.
Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni, nak kata busy…tidaklah, tapi tiada idea barangkali untuk dicurahkan dan dikongsikan bersama. Di kesempatan punyai mood dan idea ni, saya ingin mencoretkan serba sedikit luahan rasa yang indah barangkali dan ia sememangnya indah.
Tapi…sebelum itu, saya ingin maklumkan pada pembaca kalian bahawa saya sudah berada di bumi anbiya’,alhamdulillah sudah selamat pulang kesini tanggal 23/3/2011 yang lalu setelah pelbagai rusuhan dan demostrasi yang telah diadakan oleh penduduk mesir bermula 25/1/2011.
Alhamdulillah, sekarang mesir adalah mesir yang baru. Teruja juga waktu sampai kesini, banyak perubahan di sini…di merata tempat diwarnakan dengan bendera mesir(merah, putih, hitam), pelbagai tulisan dan lukisan juga di cat di dinding-dinding, batu-batu dan di jalan-jalan. Antara tulisan yang dilakar ialah 25 yanayir revolusion…, welcome to new Egypt.., syabah yuhibbu misra…,suqut alfasad…,dan macam-macam lagilah. Boleh dikatakan penuh dengan warna warni.
Namun, dengan jatuhnya pemerintahan di sini…tidak bermakna mesir telah aman seratus peratus…rakyat mesir masih berjaga-jaga kerana banyaknya terdapat banduan yang berkeliaran. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, wafidat(pelajar asing) di sini berada dalam keadaan selamat kerana keprihatin yang diberikan oleh mama dan baba di sini baik(orang tempatan mesir ataupun gelaran bagi tuan rumah).
Pada hari jumaat 1/4/2011 mesir dikejutkan dengan satu gegaran kira-kira jam 3:35 petang sebelum azan asar berkumandang. Gegaran tersebut kesan dari gempa bumi yang berlaku di Crete,Greece. Semua ahli bait rumah saya merasai gegaran tersebut, tapi saya tidak rasa kerana waktu tersebut saya sedang khusyuk bergerak-gerak meneliti dan membelek rambut sahabat saya untuk digunting sehingga tidak perasan berlakunya gegaran ketika itu.
Minta maaf, saya sebenarnya sudah mengantuk. Jadi, kemudianlah saya coretkan apa yang indah itu. insyaAllah esok masih ada, lagipun banyak yang ingin dicoretkan. Tak sabar rasanya menanti esok hari untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan
Posted by Siti at 1:13 PM 0 comments
Labels: Coretan
Friday, March 11, 2011
Ada apa dengan couple.....?
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Couple? Apa yang ingin saya perkatakan di sini bukan couple sebagai suami isteri tapi couple yang kita sering maaruf di zaman serba moden ini.
Dewasa ini jika disebut tentang perkataan couple ini tidak lain adalah berkaitan dengan hubungan seorang lelaki dengan seorang wanita ajnabi (tanpa ada ikatan yang sah).
Sebenarnya dalam hati kecil saya selalu terfikir apa yang best sangat couple?
Mungkin bagi saya atau orang yang tak pernah rasa perasaan bercouple tu yang akan tertanya-tanyakan?
Disini bukanlah saya nak bicara tentang rasa dan perasaan saya tapi ia lebih kepada penghayatan kita kepada apa yang kita lakukan sebenarnya.
Jika perkataan couple ni diungkap tidak boleh kita nafikan bahawasanya ada sesuatu yang menjadi pengikat antara keduanya dan kita sering makruf apakah pengikat tersebut. Ini semua berkaitan hati dan perasaan. Jika difikir akal, mana mungkin orang yang membenci bukan? Maka jelas di sini bahawa cintalah yang menjadi pengikat dan yang diagungkan pasangan bergelar couple ini.
Sahabat, janganlah kita menjadikan alasan cinta untuk kita melakukan perkara-perkara yang ditegah-Nya.
Sahabat,saya tidaklah untuk berceloteh panjang kerana saya tahu kebanyakan sudah mengetahui tentang baik buruk, dosa pahala, halal haramnya dan ini semua akan menentukan dimana kita…pengakhirannya syurga atau neraka?
Disini saya Cuma ingin mengingatkan antara satu sama lain,kerana kita sudah makruf dengan situasi couple ini.Tidak terlepas kepada semua hatta yang punyai ilmu agama yang tinggi sekalipun kerana iman bukan diukur pada berapa banyak ilmu yang kita tahu tapi adakah kita mengamalkan ilmu yang kita tahu itu dalam kehidupan.
Sama-samalah kita renung-renungkan.
Al-imam asy-syafie’ berkata:
“: "Dan nafsumu, bila engkau tidak menyibukkannya de- ngan
kebenaran, maka dialah yang akan menyibukkanmu dengan kebathilan."
Sahabat, mungkin pada zahirnya kita Nampak ia bukanlah perkara besar selagimana tidak berpegangan tangan,berdua-duan di tempat sunyi, berdating dan seumpamanya. Namun, sahabat perlu tahu bukan perkara-perkara zahir itu sahaja yang perlu di jaga bahkan perkara batin juga.
Sahabat, mungkin bagi yang khususnya mengambil penggususan agama boleh untuk mengelak dari segi zahirnya tapi tidak menyedari bahawasanya mereka terleka dari batinnya. Kenapa saya berfikiran seperti itu? Kerana ramai dikalangan sahabat di sekeliling yang berkelakuan sedemikian. Mungkin mereka mengganggap sms, chatting di alam maya dan seumpamanya itu lebih terjaga dari keluar berdua-duan seprtimana yang dilakukan remaja masa kini yang tiada pemahaman agama yang cukup. Tapi persoalannya di sini,adakah ia benar-benar terjaga? Saya harap diri ini dan sahabat tanyalah iman dalam diri masing-masing. Jangan jadikan diri sebagai mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Ingatlah sahabat, syaitan tidak akan pernah terleka dari mengajak umat manusia kepada kesesatan dan kemurkaan dari-Nya.
Posted by Siti at 12:07 AM 0 comments
Labels: Remaja
Thursday, February 17, 2011
Titipan buat wanita...
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
- Artikel iluvislam.com
Sumber Grafik: Budie Herfian
Posted by Siti at 4:32 AM 0 comments
Labels: Artikel
Monday, February 14, 2011
Pic sekitar perjalanan misr, jeddah
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil3Hu0cp9Q4lBI60Ijtx_jAazhT3KF_WoIn0zpIYizTrm0AZGZhyh83WKHQkjr1yPSuPvnhKTAf_tOs52krTGZ3-IhT8QMD4dT0BN-Ti6_92AiCUjUq6ltzgchvNZHyF6fldScjDQzIyk/s1600/FILE2051.JPG">
Posted by Siti at 8:44 AM 0 comments
Labels: Diari
Sunday, February 13, 2011
kembara misr-jeddah-malaysia.....
4/2/2011(jumaat)
-sampai ke bangunan mara sebelum zohor.
-menunggu nama naik untuk ke matar terbang ke Jeddah.
-sebahagian nama untuk giliran ke 3 naik dimaklumkan check in jam 1 pagi.
-giliran 3 ditunda.
-kedatangan sebahagian pelajar dr mansurah.
5/2/2011(sabtu)
-kedatangan pelajar dari pelbagai furu’ berkumpul di bangunan mara.
-kira-kira jam 9 bagi giliran 3 bagi iskandariah diarah turun ke bawah untuk ke matar.
-dimaklumkan giliran 4 bersiap sedia(penghabisan pelajar alex) di arh turun antara jam 2 hingga 3.
-menunggu dalam bas untuk ke mator kira-kira sejam. Bertolak jam 4:15 petang.
-giliran 3 menunggu di mator kira-kira 11 jam diluar mator untuk check in selepas maghrib.
-giliran 4 sampai ke mator kira-kira jam 4:40 petang.
-giliran 4 check in selepas isyak.(alhamdulillah tidak menyangka kerana kami beranggapan fligh jam 1 pg.)(tidak perlu menunggu lama diluar mator.)
-giliran 4 bertolak menaiki kapal terbang Tudm bernombor rmf 499 kira-kira jam 10:30 malam.
6/2/2011(ahad)
-giliran 4 sampai ke Jeddah kira-kira jam 1:30 pagi mengambil masa 3 jam dari mataor nuzhah iskandariah.
-menunggu di bilik menunggu untuk dapatkan visa Jeddah mengambil masa kira-kira 6 jam sebelum check out mator Jeddah kira-kira jam 7:30 pagi.
-sejam beratur untuk check out.
-kira-kira jam 8:30 pg bertolak ke asrama tabung haji .
-dr Jeddah ke asrama tabung haji mengambil masa kira-kira 45 untuk sampai.
-giliran pertama( kaherah) dr Jeddah ke malysia bertolak kira-kira selapas zohor untuk ke mator.
7/2/2011(isnin)
-arahan turun taklimat jam 11:15 di dewan b asrama tabung haji jeddah.
-arahan hantar passport malam.
-arahan untuk serahkan passport bagi yang sampai ke Jeddah 1,2,3 rabiulawal bersamaan4,5,6 feb 2011.
-kira-kira selepas isyak keluar hantar passport untuk ambil no token.
11/2/2011(jumaat)
-selepas solat jumaat pengumuman bagi penerbangan seterusnya.
-no gilliran dipanggil.
-kira-kira 100 mahasiswa dihantar ke airport Jeddah bagi penerbangan srilankan airlines.
-selepas check in, menunggu untuk bording jam 7 malam akan tetapi penerbangan ditanggunhkan sehingga jam 11malam.
-bording kira-kira hampir jam 11 malam selepas penerbangan arab saudi .
-sebelum giliran mahasiswa yang menaiki penerbangan srilankan bording, giliran penerbangan untuk arab Saudi bagi mahasiswa seterusnya sampai ke airport Jeddah kira-kira selepas isyak.
-penerbangan arab Saudi ke semua pelajar Malaysia.
-pelajar bagi penerbangan arab Saudi bording terlebih dahulu daripada air srilankan.
-penerbangan arab Saudi terus ke Malaysia berhenti di subangjangka jam12 tengahari.
-bagi srilankan pula transit di Colombo. Colombo ke KLIA
*saya naik air srilankan. Letih juga tunggu lama kat airport Jeddah sebab delay… pelajar yang baru sampai untuk menaiki air arab Saudi bording dulu walaupun diorangg datang kemudian.
12/2/2011(sabtu)
-sampai ke klia kira-kira jam 3 lebih petang.
*berada di Jeddah lebih kurang 5 hari. Dalam masa tu, tak tahu nak buat apa… klu kat rumah (alex) boleh masak atau buat apa yang patut tapi kat sini kerja makan tidur,makan tidur …lepas makan, tidur…boring dan letih menunggu nama naik untuk diterbangkan ke Malaysia… penantian satu penyeksaan…rasa macam dah malas nak tunggu dan fikir bilalah nama naik…dan sampai tahap tak kisah dah nama naik bila…. walaubagaimanapun Ahamdulillah sampai juga…saje bercerita…kongsi pengalaman yang best jugalah rasanya.
Posted by Siti at 8:51 AM 0 comments
Labels: Diari
Wednesday, February 2, 2011
Catatan penantian...mesir...
25/1/2011 (SELASA)
-hari pertama rusuhan
26/1/2011 (RABU)
-hari kedua rusuhan
-hari terakhir imtihan
27/1/2011 (KHAMIS)
- baca berita dalam internet. -20 terbunuh dan beratus-ratus cedera di medan tahrir.
28/1/2011 (JUMAAT)
-gas habis. Ammu x mahu hantar krn hari cuti.
-perhubungan diputuskan….handset dan internet. Bermula kira-kira 9 pagi.
-27 penerbangan terpaksa ditunda bermula jam 8pg hingga slps asar.
-slps solat jumaat rusuhan berlaku di kebanyakan tempat.
-pemberitahuan maklumat rusuhan. Di arah simpan dokumen penting…kemungkinan pelajar di hantar pulang. Stok makanan diperlukan
-rusuhan berlaku di semua tempat terutama kaherah,suez,& iskandariah.
29/1/2011 (SABTU)
-arahan perintah berkurung bermula jam 6 ptg sehingga jam 7 pagi esok.
-kira-kira jam 11 pagi talian handset dijlnkan…namun internet masih tidak dapat berfungsi.
-2 ahli bait pergi fatahallah kira-kira 10 pagi membeli barang keperluan asas.
-bank hanya dibuka kira2 sejam shj.
-kereta kebal ade di mana2 shj.
-berita di tv: 38 terbunuh di kaherah,12 di suez,20 iskandariah.
-telefon ammu gas semula minta kepastian hantar gas atau tak. Namun ammu gas memberitahu hari ini cuti kerana ada musykilah “musykilah,musykilah problem asyan hukumah collapse…” kata ammu gas apabila ditanya kenapa cuti.
-maarad kutub ditangguhkan
-jalanraya kaherah-iskandariah ditutup
-selepas zuhur ke markaz beli beras.
-fatallah dibnajiri ramai manusia…untuk mmbeli brg keperluan sehingga ada sekatan untuk masuk .
-petangnya diberitakan ada rompakan di fatallah.
-petang exco hantar pekeliling.
-penguman semula perinth berkurung dr jm 4 ptg hingga 8 pg d tv.
-malamnya diberitakan exco bhw polis sudah tiada kuasa tapi askar berkuasa. Jagn keluar. Minta solat hajat. Buat jadual tidur.
-bunyi letupan berdekatan tempat kediaman. Kebanyakan ammu berkumpul dibawah bangunan dengan masing-masing memegang senjata seperti kayu,pisau dan parang.
-diberitakan jika rusuhan berlarutan sehingga seminggu, pm menyatakan kapal terbang perang akan dihantar membawa pelajar pulang.
-diberitakan bhw syeikh a’la menyuruh simpan air berkemungkinan air dicatu.
Tutup pintu dengan benda berat.
-diberitakan lagi banduan terlepas kerana penjara dibakarkan. pelajar dinasihati supaya berhati-hati.
30/1/2011 (ahad)
- exco telefon untuk mengambil maklumat ahli bait kira-kira jam 9 pagi.
-orang ramai menyerbu kedai2 topup utk dapatkan bekalan topup.
-orang ramai diarahkan supaya meyediakan stok bekalan makanan dan ubatan utk tempoh yg lama.
-keluar pergi ambil dapur electric dari sahabat.
31/1/2011 (isnin)
-exco memberitahu pekeliling terkini, iaitu:
1)perintah berkurung dari jam 4ptg hingga 8pg
2)dilarang keluar secara berkumpulan krn dikhuatiri disyaki terlibat dgn rusuhan
3)sekiranya menghadapi masalah kewangan, sila berhubung dgn markas krn semua bank telah disekat@ditutup
-diberitakan sahabat hakimah dr ustaz farid buat persediaan dalam 10kg mungkin akan dihantar ke Negara jiran kira-kira jam 10pg.
-10:30 pagi diberitakan perintah berkurung di cepatkan dr jm 2.
1/2/2011(selasa)
-perintah berkurung dr pukul 1 petang.
-malamnya dimaklumkan azhar cuti setahun.(khabar angin)
-bantuan akan sampai
2/2/2011(rabu)
-diberitakan bantuan akan sampai kira –kira 14 jam dr sekarang jam 9 pagi.
-diberitkan ikhwah naik kapal laut. , akhawat naik kapal terbang.
-jam 10:10 pagi- diberitakan bhawa kena berkumpul untuk taklimat di safarah alex. Hantar wakil.
-kira-kira jam 11 puan zakiah member i taklimat pemindahan.
-diberitkn line internet sudah berjln sjk pg.
-kira-kira jm 10 mlm internetbr dpt dgnkn.
-antara taklimat yang disampaikan puan zakiah bahagian kedutaan iskandariah.
1)peminndahan dibahagikan kepada 3 zon mengikut tahap keselamatan.
-zon 1: kaherah
-zon 2: iskandariah
-zon 3: lain-lain furu’
2)dimaklumkan kaherah dan iskandariah akan dipindahkan dahulu-digalakkan pindah.
-pelajar diberi pilihan untuk pemindahan ini. Samada ingin dipindahkan atau boleh tinggal di mesir tapi atas tanggungjawab sendiri kerajaan tidak bertanggungjawab jika sesuatu berlaku.
-perancangan pemindahan dari iskandariah ke Jeddah (4,5,6/2/2011). Dari Jeddah ke Malaysia.(tiada tarikh yang tepat) jangkaan masa pendek tinggal di Jeddah satu atau dua minggu dan paling lama sebulan.
3)dimaklumkan kami akan ditempatkan di asrama tabung haji Jeddah.
4)dimaklumkan juga bekalan makanan ditanggung.
5)dimaklumkan dari Malaysia datang semula ke mesir mengunakan tanggungan sendiri.
6)dimaklumkan barang yang boleh dibawa bersama hanya hand luggage kecil tidak kurang 7kg setiap seorang.
7)dimaklumkan bawa dokumen penting.
8)susunan keutamaan pemindahan:
-wanita
-berkeluarga
-ada penyakit serius
-pelajar tahun satu dan buuth.
-kira-kira selepas zuhur ada perarakan dijalan belakang berdekatan kediaman dari mandarah ke arah assofirah.
3/2/2011(khamis)
-dimaklumkan sebahagian sahabat di kaherah telah bertolak.
Posted by Siti at 10:20 PM 0 comments
Labels: Diari
Monday, January 17, 2011
Matang- biasa+syukur=.........
“awak…awak mesti dah ada orang kan?”
“dah ada orang? Maksud awak apa?”
“mesti awak ada teman lelaki kan?”
“erm, mana ada. Tak de pun…”
“ye ke? Saya tak percayalah awak…ramai kawan-kawan kita yang dah ada…takkan awak tak de?”
“iya…saya tak de”
“awak…bila saya tengok kawan-kawan yang dah ada, saya rasa teringin juga”
“awak…pada pandangan saya, itu bukanlah satu keperluan tapi itu lebih pada kehendak. Awak kena ada prinsip dan pendirian awak. Awak tak boleh ikut ke arah perkara kemaksiatan, jangan mudah terpengaruh dengan orang. Awak kena ada pegangan dan jati diri.”
“awak…saya nasihatkan awak, tak payahlah awak fikir nak rasa ada teman lelaki, lebih baik awak fikirkan masa depan awak. Fikirkan nak ada suami bukankah itu lebih baik?”
“bukannya sama je?”
“tak sama awak… fikiran kita yang membezakan perbuatan kita dengan orang lain. Pemikiran melahirkan perbuatan dan tindak tanduk kita. Biasanya jika kita fikirkan perkara yang baik dan diredhoi, jarang sekali kita tersilap langkah…jarang sekali kita melaluinya dengan jalan maksiat kepada-Nya. Jadi, fikiran dan perbuatan menggambarkan tahap kematangan seseorang itu.”
“awak…seseorang yang matang tidak sesekali hanya memikirkan kenikmatan yang sementara semata namun lebih kepada kenikmatan yang abadi”
“awak…seseorang yang matang juga sebenarnya adalah orang yang meletakkan diri sepenuhnya kepada pengawasan Allah.”
“awak…tidak menjadikan kita itu matang selagi mana Allah bukanlah yang utama dalam diri dan hidup kita.”
“ macam apa yang saya utarakan tadi...kita boleh Nampak bahawa seseorang yang befikiran atas suatu tujuan yang baik dalam hidup tidak sekali meletak diri mereka dalam perkara yang dapat menjerumus diri mereka kepada kemusnahan…”
“awak…cukuplah Allah di hati, mintalah dengan Dia kerana dia lebih mengetahui segalanya…”
“tiada kebahagian jika didasari di atasnya kemaksiatan…”
“ awak…awak janganlah berasa rendah diri,bersedih hati atau gundah gulana apabila awak tidak memiliki seorang teman lelaki seperti mana kawan-kawan yang lain namun lebih pantas awak berasa syukur kepada Allah kerana Dia memelihara awak dari jalan zina… dan awak terlalu tinggi darjatnya kerana awak sedaya mungkin menjaga harga dan kesucian diri …”
“awak…bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, insyaAllah jika kita syukur pada-Nya nescaya Dia akan tambah nikmat yang kita tidak sangka-sangka…jangan jadikan kebiasaan kawan-kawan menyebabkan goyang iman kita...”
"awak...kalau kawan-kawan kita macam tu, tidak sepatutnya kita ikut mereka,tapi kitalah yang lebih utama nasihat dan beri peringatan kepada mereka..."
“awak…antara tanda syukur kepada-Nya ialah kita sentiasa ingat-mengingati dan kita memelihara diri dari perkara kemaksiatan kerana semua anggota yang kita ada sekarang adalah pemberian dari-Nya…”
“awak…cuba awak bayangkan kalau kita tak syukur dan kita melakukan apa yang tidak sepatutnya dengan anggota kita…tiba-tiba Allah tarik pemberian-Nya...jadi,fikir-fikirkanlah…”
-Peringatan untuk diri terutamanya dan semua. Semoga kita dipelihara oleh-Nya dari segala kemungkaran-
Posted by Siti at 5:36 PM 0 comments
Labels: Remaja
Sunday, January 9, 2011
Kerana satu perjanjian...
Salam sayang dan kecintaan kepada anak-anak Islam yang dikasihi Allah sekalian.
Salam perjuangan penuh makna buat pejuang agama Allah yang sentiasa tersenyum walau diuji silih berganti.
“Wahai anak-anak Islam, sudahkah kalian bersedia untuk berjuang?”
“Kami bersedia!”
“cuba kalian tunjukkan apa persediaan yang kalian punyai?”
“ tengok!kami punyai ramai kawan-kawan yang menyokong kami…yang member sokongan dari depan dan belakang..”
“ itu belum mencukupi wahai anak-anak Islam…kami mahukan pendokong! Penggerak kepada perjuangan suci ini.”
“dengarlah wahai anak-anak Islam…kami mahukan kalian faham apakah itu Islam? apakah erti sebuah perjuangan Islam yang sebenar?…kami tidak mahu kalian hanya mengikut atas dasar semangat semata kerana kelak kalian akan jatuh tersungkur dipertengahan, kelak kalian mungkin akan berpaling, memilih antara dua persimpangan...”
“ anak-anak Islam bangkitlah! Kami mahukan kalian ikhlas dalam setiap tindak tanduk pelakuan kalian dalam meraih redho-Nya…setelah kalian tanam benih kefahaman dalam diri maka berputiklah bunga-bunga keikhlasan…”
“wahai anak-anak Islam…sedarilah jika bunga-bunga keikhlasan mekar mewangi dalam sanubari maka buah kemanisan amal yang kalian akan dapati. Beramallah kalian dengan pengamalan yang sebaiknya…kerana ia tidak menjadi suatu kesusahan buat kalian apabila ia telah dihiasi dengan wangian keihklasan …”
“wahai anak-anak Islam, pewaris masa depan…selepas kalian dapati buah amal, perlulah bagi kalian untuk berjihad…berusaha! berjuang sehabis mungkin dalam setiap amal kebaikan yang kalian lakukan demi Islam dipersada perjuangan…demi kecintaan kalian pada agama tercinta…”
“wahai pengemudi generasi Islam,pemangkin ummah!kalian perlu ingat… Tiada perjuangan tanpa pengorbanan...usah kalian bicara tentang perjuangan jika takut dilanda ombak…usah kalian bicara tentang pengorbanan andai diri masih berangan-angan dibuai mimpi di siang hari…berjuang ertinya berkorban…”
“ wahai anak-anak Islam…ketaatan itu perlu dalam setiap kebaikan...tiada ketaatan tanpa agama dijulang…tiada ketaatan jika disulami kebatilan…taatlah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya dan pemimpin dikalangan kalian…Demi menegakkan Islam di mata dunia..”
“wahai penolong agama Allah,selepas ketaatan, berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah! Iaitu Islam…tetaplah thabat menghadapi dugaan dan ujian yang mendatang…jangan pernah goyah…jangan pernah kalian tinggalkan Islam walau sedetik cuma…jangan pernah tinggalkan perjuangan suci ini…tiada keizzahan tanpa Islam terpatri dalam diri, hati dan sanubari…”
“apabila kalian teguh Islam dalam diri…kalian akan dapati kenikmatan tajarrud kerana Allah semata-mata…tiada selainya kecuali Dia yang maha esa…”
“wahai anak-anak Islam…berukhwahlah kerana Allah. Jalinkan tali persaudaraan di antara kalian demi penguat antara satu sama lain kerana perjuangan Islam bukan hanya di hujung lidah semata namun ia memerlukan kesatuan…kesatuan yang kukuh…bukan perpecahan yang diimpi…bukan perpecahan yang dibentuk…”
“dengarlah wahai pejuang agama Allah…sedarlah…bahawasanya tiada kepercayaan tanpa ikatan yang kukuh…tiada kepercayaan tanpa persaudaraan yang terjalin erat…tiada kepercayaan tanpa ada kefahaman yang sohih…tiada kepercayaan tanpa keikhlasan dalam diri…tiada kepercayaan tanpa amalan yang zahir dari hati yang suci…tiada kepercayaan tanpa perjuangan yang dibuktikan dengan pengorbanan…tiada kepercayaan tanpa ketaatan yang diberi…tiada kepercayaan tanpa keteguhan hati…tiada kepercayaan tanpa merasai nikmat tajarrud kerana-Nya…tiada kepercayaan tanpa sesuatu…tiada kepercayaan tanpa kesemuanya yang terjalin rapi…berperingkat demi suatu perjanjian…menegakkan yang hak…menumbangkan kebatilan…kerana Islam agama di sisi-Nya….”
Posted by Siti at 2:48 PM 0 comments
Labels: Perjuangan
Saturday, January 8, 2011
Strawbery choco upside down cake...
Salam…
Post kali ini…
Post yang simple je…
Nak cerita tentang buat kek hancur…
Lawak betul…
Itulah,Padan dengan muka…
Sebabnya, pandai-pandai je buat kepala sendiri…
Tak sempat nak Tanya kawan…
Sebab terlalu excited sangat….
Nak angkat kek tu…
Nak tengoklah macamana rupanya…
Tak sempat tunggu sejuk…
Dah terbalikkah kek tu…
Jadi apalagi…
Kek pun hancur…
Tak dapat nak diselamatkan…
Memang klakar sangat…
Biasalah…
Budak baru belajar…
Boleh kira sangat berapa kali buat kek…
Jarang je…
Masa hari tu pun…
Tiba-tiba je mood nak merapu datang…
So, jadilah kek hancur yang tak pernah dibuat orang…
Tapi hancur-hancur pun…
Masih sedap…
Macam kek coklat basah…erm…sedapnya…
Tapi biasa je pun…
Cuma hari esok tu…
Dia jadi keras sikit…
ni dia gambar kek hancur...strawberry dah tak nampak coz hangus...
Posted by Siti at 5:06 PM 0 comments
Labels: Boring
Sunday, January 2, 2011
Dilemma seorang pedusi...
Salam sayang kepada semua. Bukan mudah meraih kasih insan andai diri masih tidak mengenal erti kasih-Nya.
“awak, kadang-kadang saya nak juga rasa macamana orang suka saya,minat kat saya…saya tak pernah rasa awak… Saya tak macam awak… awak cantik,ramai orang minat, terkejar-kejarkan awak, tak macam saya.”
“tak delah, siapa kata awak tak cantik?
awak cantik sangat…Cuma awak je yang tak perasan.”
“awak tak payahlah tipu..klu saya ni cantik, dah lama orang minat kat saya kan? Tapi tak de pun.”
Tersenyum.
“awak, cantik tu subjektif...bukan dinilai pada pandangan mata semata. Mungkin bagi orang lelaki yang biasa-biasa akan menilai seorang perempuan itu melalui pandangn mata semata tapi tidak bagi mereka yang punyai mata hati (yang soleh lagi bertaqwa).”
“dan satu lagi, awak suka ke klu orang minat atau cintakan awak sebab kecantikan awak semata,bukan sebab awak itu awak? Klu kecantikan awak Allah tarik, macamna dengan orang yang cinta atau minat kat awak tu? Confirm dia dah tak tengok kat awak kan? Awak nak macam tu ke?”
“awak…kecantikan luaran itu tidak akan kekal menjangkau usia, namun hati yang bersih dan cantiklah akan sentiasa menghiasi luaran awak maupun dalaman awak. InsyaAllah, dengan kecantikan itulah yang akan buat awak tersenyum sampai akhir hayat awak.”
“saya tahu awak…tapi saya nak juga rasa perasaan disayangi dan menyayangi dari seorang lelaki.”
Menghela nafas.
“perasaan awak tu memang fitrah awak…dan tak salah pun awak rasa macam tu…cuma bukankah ia lebih baik jika awak rasa dan nikmati perasaan tu selepas awak terima nikahnya? Tidakkah awak rasa begitu.?”
“macamana saya nak terima nikahnya, sedangkan saya tak de siapa yang suka? Bukan begitu pula?”
Menggeleng kepala.
“awak…mana awak tahu tak de orang yang sukakan awak?jodoh tu bukan sebab kita suka ataupun tak suka, tapi jodoh tu sebab perancangan-Nya sejak azali. Kegelisahan dan kerisauan awak tu yang sebenarnya telah menyempitkan pemikiran sihat awak. Awak kena yakin pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk awak. Raih cinta-Nya dahulu sebelum cinta manusia…InsyaAllah awak akan rasa perasaan disayangi dan menyanyangi itu dalam diri awak kelak.”
“awak..awak bolehlah cakap macam tu, sedangkan awak tak pernah rasa apa yang saya rasa!”
“mungkin betul awak cakap…mungkin saya tak pernah rasa apa yang awak rasa dan mungkin awak pun tak pernah rasa apa yang saya rasa. Awak…setiap manusia ada ujian yang perlu ditempuhi. Lain orang, lain ujiannya.Mungkin bagi awak, saya seorang yang beruntung sangat sebab ramai yang cuba untuk mendekati saya tapi jika itulah yang awak rasa dan fikirkan, awak silap…awak silap besar sangat…”
“awak…saya tak pernah rasa lelaki yang cuba dekat dengan saya tu menyanyangi saya dengan seikhlasnya melainkan hanya mengambil kesempatan pada diri saya, awak…,walaubagaimana pun saya hanya manusia biasa awak…kadang-kadang perasaan suka ,terasa diri ini terlalu istimewa daripada perempuan lain dan bagga itu menerpa...namun saya cepat-cepat menepis perasaan tu awak…sebab saya tak nak perasaan tu memusnahkan diri saya kelak…saya takut awak…saya takut hati saya kotor…saya terpaksa mujahadah awak…dan awak juga perlu mujahadah!”
“awak…bukan itu saje, saya keliru awak…saya tak tahu siapa yang harus saya percaya. Lelaki ini ataupun itu? Saya serabut awak…tak tenang langsung! Pergi sana ada orang kacau, pergi sini ada orang kacau. Awak suka ke macam tu? Dan saya tak rasa pun orang-orang yang kacau saya tu, betul-betul sukakan saya melainkan nak permainkan saya.”
“ramai yang menjadi mangsa! awak…mangsa dikecewakan, disihir, dirogol dan sebagainya oleh lelaki yang tak punyai perasaan. Semuanya disebabkan kecantikan yang sementara. Jadi Awak perlu rasa syukur dengan apa yang awak ada…yang Allah kurniakan pada awak biarpun ia bukan kecantikan luaran.”
“awak…awak wanita suci, awak perlu jaga itu…jangan sekali-kali awak merendahkan martabat awak…disebabkan nafsu awak. Biarlah jika bukan di dunia…tapi di akhirat sana awak akan kecapi kasih sayang dan kecintaan yang abadi. Moga-moga dengan mujahadah awak ni,Wildan-wildan menanti dengan setianya untuk menyambut awak di pintu syurga menanti.”
Wanita,
Hati yang bersih dan murni itu sudah cukup membuatkan dirimu cantik.
Tidak bersusah untuk kau mengenakan mekap dimukamu berwarna warni seperti badut.
Tidak usah kau memakai fesyen yang menjolok mata seperti jahiliah.
Tidak pening kau memikirkan bagaimana untuk membuat pembedahan plastic.
Sebenarnya kau itu paranoid!
p/s : wanita, kau terlalu istimewa. Aku terlalu menyanyangi dirimu. Jangan kau hanyut dengan perasaanmu. Kau perlu bangkit! Cuba menyanyangi dirimu sendiri. Jangan hanya mengharap pada manusia lain untuk menyanyangi dirimu. Mujahadahlah!
-pedusi:wanita/perempuan
Posted by Siti at 4:07 AM 0 comments
Labels: Kerana dirimu begitu berharga