BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 11, 2011

Ada apa dengan couple.....?




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Couple? Apa yang ingin saya perkatakan di sini bukan couple sebagai suami isteri tapi couple yang kita sering maaruf di zaman serba moden ini.

Dewasa ini jika disebut tentang perkataan couple ini tidak lain adalah berkaitan dengan hubungan seorang lelaki dengan seorang wanita ajnabi (tanpa ada ikatan yang sah).

Sebenarnya dalam hati kecil saya selalu terfikir apa yang best sangat couple?

Mungkin bagi saya atau orang yang tak pernah rasa perasaan bercouple tu yang akan tertanya-tanyakan?

Disini bukanlah saya nak bicara tentang rasa dan perasaan saya tapi ia lebih kepada penghayatan kita kepada apa yang kita lakukan sebenarnya.

Jika perkataan couple ni diungkap tidak boleh kita nafikan bahawasanya ada sesuatu yang menjadi pengikat antara keduanya dan kita sering makruf apakah pengikat tersebut. Ini semua berkaitan hati dan perasaan. Jika difikir akal, mana mungkin orang yang membenci bukan? Maka jelas di sini bahawa cintalah yang menjadi pengikat dan yang diagungkan pasangan bergelar couple ini.

Sahabat, janganlah kita menjadikan alasan cinta untuk kita melakukan perkara-perkara yang ditegah-Nya.

Sahabat,saya tidaklah untuk berceloteh panjang kerana saya tahu kebanyakan sudah mengetahui tentang baik buruk, dosa pahala, halal haramnya dan ini semua akan menentukan dimana kita…pengakhirannya syurga atau neraka?

Disini saya Cuma ingin mengingatkan antara satu sama lain,kerana kita sudah makruf dengan situasi couple ini.Tidak terlepas kepada semua hatta yang punyai ilmu agama yang tinggi sekalipun kerana iman bukan diukur pada berapa banyak ilmu yang kita tahu tapi adakah kita mengamalkan ilmu yang kita tahu itu dalam kehidupan.

Sama-samalah kita renung-renungkan.

Al-imam asy-syafie’ berkata:
“: "Dan nafsumu, bila engkau tidak menyibukkannya de- ngan
kebenaran, maka dialah yang akan menyibukkanmu dengan kebathilan."

Sahabat, mungkin pada zahirnya kita Nampak ia bukanlah perkara besar selagimana tidak berpegangan tangan,berdua-duan di tempat sunyi, berdating dan seumpamanya. Namun, sahabat perlu tahu bukan perkara-perkara zahir itu sahaja yang perlu di jaga bahkan perkara batin juga.

Sahabat, mungkin bagi yang khususnya mengambil penggususan agama boleh untuk mengelak dari segi zahirnya tapi tidak menyedari bahawasanya mereka terleka dari batinnya. Kenapa saya berfikiran seperti itu? Kerana ramai dikalangan sahabat di sekeliling yang berkelakuan sedemikian. Mungkin mereka mengganggap sms, chatting di alam maya dan seumpamanya itu lebih terjaga dari keluar berdua-duan seprtimana yang dilakukan remaja masa kini yang tiada pemahaman agama yang cukup. Tapi persoalannya di sini,adakah ia benar-benar terjaga? Saya harap diri ini dan sahabat tanyalah iman dalam diri masing-masing. Jangan jadikan diri sebagai mainan syaitan yang ingin menyesatkan manusia. Ingatlah sahabat, syaitan tidak akan pernah terleka dari mengajak umat manusia kepada kesesatan dan kemurkaan dari-Nya.