BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2011

Muda-mudi dan perkahwinan....


Perkahwinan merupakan suatu syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya bagi menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita dalam membawa fitrah kepada kebaikan.

Ia juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang seharunya diikuti.Terdapat banyak kebaikan perkahwinan itu sendiri, terutama kepada si suami ,si isteri dan anak-anak.

Walaubagaimanapun, sebuah rumah tangga atau perkahwinan itu tidak sunyi dari masalah yang mendatang. Kadang-kadang timbul sebahagian masalah dalam kehidupan berumah tangga. Kadang-kadang perkara yang tidak diingini berlaku .

Jadi, seharusnya ke atas kita sebagai muda-mudi,perlu mengetahui hakikat perkahwinan itu sendiri sebelum berkahwin.

Benarlah,akan berlaku perbezaan pendapat atau pergaduhan kecil mungkin di antara suami dan isteri. Bahkan itu adalah perkara biasa ataupun lumrah kehidupan suami isteri dan itu bukanlah masalah.

Akan tetapi yang menjadi masalahnya, kita tidak dapat mencari penyelesaian kepada perkara tersebut. Itulah sebenarnya masalah...bilamana kita tidak mampu meleraikan masalah atau sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga itu sehingga menyebabkan perkara buruk yang lain berlaku.

Kebanyakan pemuda atau pemudi berfikiran bahawa suatu perkahwinan itu merupakan perkara yang terlalu indah sehingga melupakan bahawa di sana terdapat banyak tanggungjawab yang perlu dipikul bergelar suami dan isteri. Kemungkinan mereka tidak memandang ke hadapan dengan menganggap sesuatu perkahwinan itu akan sentiasa indah dan tidak akan ada sebarang masalah yang perlu dihadapi.

Maka dengan itu,mereka akan mengamuk atau melakukan perkara yang tidak masuk akal bilamana berdepan dengan masalah secara mengejut dan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi seterusnya memikirkan tentang penceraian.

Kepada pemuda dan pemudi, seharusnya kita mengetahui bahawa kehidupan berumah tangga atau perkahwinan itu merupakan suatu perjalanan atau pengembaraan yang panjang, bukan hanya sehari dua tinggal bersama. Perlu untuk kita berkongsi suka,duka, tangis, tawa bersama-sama, bukan berkongsi suka semata-mata.

Sesungguhnya,jalan kebahagian itu ada di hadapan. Untuk pemuda pemudi yang bergelar suami dan isteri seharusnya mengetahui bagaimana untuk mengecapi bahagia. Antara jalan atau cara untuk sesuatu perkahwinan itu berjaya adalah melazimi bercakap sesama pasangan. Sentiasa bercakap, berbincang atau bercerita antara satu sama lain dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara keduanya. Sentiasa bercakap itu bukan bermaksud berleter, tetapi sentiasa berkomunikasi dengan pasangan menggunakan kata-kata atau uslub yang disukai dan baik. Komunikasi yang baik menatijahkan kehidupan yang baik juga...insyaAllah.

• Yang paling penting kepada suami dan isteri atau yang akan bergelar suami dan isteri bahawa cinta utama dan pertama kalian bukanlah pada pasangan masing-masing tetapi cinta utama dan pertama kalian adalah kepada Allah S.w.t dan cinta kedua barulah kepada makhluknya...kerana Cinta-Nya menjamin bahagia...jika tidak di dunia, di akhirat menanti....insyaAllah ,amin...”

0 comments: