Apabila bicara tentang cinta,ia tidak dapat lari dari mengatakan tentang hati dan perasaan kerana cinta letaknya di hati. Terletaknya ia di lubuk hati yang paling dalam, tiada siapa yang menjangka kedatangannya. Lahirnya ia merupakan fitrah manusia, mendamaikan setiap jiwa yang memilikinya.
Martabat cinta terbahagi kepada 3 bahagian yang utama:
1) Cinta Agung (a’la)
2) Cinta Pertengahan (wasot)
3) Cinta Biasa (adna)
Cinta Agung merupakan cinta yang paling tinggi martabatnya. Ia adalah cinta kepada Allah, cinta kepada kekasih-Nya iaitu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan cinta kepada perjuangan islam iaitu jihad di jalan-Nya.
Cinta pertengahan pula merupakan cinta sesame manusia atas dasar akidah islamiyyah dan taqwa kepada-Nya. Contohnya cinta sahabat kepada sahabatnya dan sebagainya.
Cinta biasa adalah merupakan cinta yang paling rendah martabatnya. Ia merupakan cinta berlandaskan nafsu dan syahwat semata-mata. Contoh cinta seperti ini boleh kita lihat kepada cinta muda-mudi yang terlalu ghairah dengan cinta mereka sehingga sanggup menepikan segalanya, sudah tidak tahu yang mana halal dan haramnya. Terlalu mengejar cinta insane sehingga agama tergadai.
Kesimpulannya, cintailah cinta Agung kerana ia menghubungkan cinta kita kepada cinta yang lainnya. Ia melahirkan cinta kepada kedua ibubapa kita, cinta harta dan segala nikmatnya, cinta dunia dan segala apa yang bermanfaat darinya . Cinta Agung ini juga menyuburkan cinta kita kepada sesame manusia. Bukan itu sahaja, bahkan ia memberikan kita cinta orang yang juga mencintai-Nya .
Friday, July 29, 2011
Tentang cinta...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment