BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 3, 2011

Sesuatu yang Indah...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurniaan. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi daya upaya dan juga kekuatan untuk saya menulis dan mencurahkan segala yang tersirat dalam lubuk hati kecil ini.

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni, nak kata busy…tidaklah, tapi tiada idea barangkali untuk dicurahkan dan dikongsikan bersama. Di kesempatan punyai mood dan idea ni, saya ingin mencoretkan serba sedikit luahan rasa yang indah barangkali dan ia sememangnya indah.

Tapi…sebelum itu, saya ingin maklumkan pada pembaca kalian bahawa saya sudah berada di bumi anbiya’,alhamdulillah sudah selamat pulang kesini tanggal 23/3/2011 yang lalu setelah pelbagai rusuhan dan demostrasi yang telah diadakan oleh penduduk mesir bermula 25/1/2011.

Alhamdulillah, sekarang mesir adalah mesir yang baru. Teruja juga waktu sampai kesini, banyak perubahan di sini…di merata tempat diwarnakan dengan bendera mesir(merah, putih, hitam), pelbagai tulisan dan lukisan juga di cat di dinding-dinding, batu-batu dan di jalan-jalan. Antara tulisan yang dilakar ialah 25 yanayir revolusion…, welcome to new Egypt.., syabah yuhibbu misra…,suqut alfasad…,dan macam-macam lagilah. Boleh dikatakan penuh dengan warna warni.

Namun, dengan jatuhnya pemerintahan di sini…tidak bermakna mesir telah aman seratus peratus…rakyat mesir masih berjaga-jaga kerana banyaknya terdapat banduan yang berkeliaran. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, wafidat(pelajar asing) di sini berada dalam keadaan selamat kerana keprihatin yang diberikan oleh mama dan baba di sini baik(orang tempatan mesir ataupun gelaran bagi tuan rumah).

Pada hari jumaat 1/4/2011 mesir dikejutkan dengan satu gegaran kira-kira jam 3:35 petang sebelum azan asar berkumandang. Gegaran tersebut kesan dari gempa bumi yang berlaku di Crete,Greece. Semua ahli bait rumah saya merasai gegaran tersebut, tapi saya tidak rasa kerana waktu tersebut saya sedang khusyuk bergerak-gerak meneliti dan membelek rambut sahabat saya untuk digunting sehingga tidak perasan berlakunya gegaran ketika itu.

Minta maaf, saya sebenarnya sudah mengantuk. Jadi, kemudianlah saya coretkan apa yang indah itu. insyaAllah esok masih ada, lagipun banyak yang ingin dicoretkan. Tak sabar rasanya menanti esok hari untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan

0 comments: