Sedikit pengalaman saya menemani sahabat untuk mendapat rawatan dari Syeikh bagi gangguan dan penyakit yang dihadapinya.
“Semoga kalian dikurniakan suami yang soleh” doa Syeikh kepada kami.
“ sebelum kita mulakan, saya nak beri satu analogi seekor semut dan seorang manusia...”
“ adakah kamu takut dengan seekor semut yang kecil?” tanya Syeikh.
“ adakah semut itu akan memudaratkan diri kamu?” tanya Syeikh kembali.
“ tak...” sahabatku menjawab sambil menggelengkan kepalanya.
“Apakah kita takut dengan seekor semut yang kecil sedangkan kita manusia lebih besar darinya? jadi, sama jugalah dengan makluk halus,jin dan seangkatan dengannya.. Jin itu makhluk Allah dan sama juga seperti kita...makhluk Allah, dan ingat...kitalah sebaik-baik makhluk Allah... jadi apakah kita perlu takut dengan jin tersebut?”
“ kamu kuat, betul?”
“ kamu kuat atau lemah?”
“ separuh-separuh...” balas sahabatku nor.
“ tidak! Kamu kuat ! cakap saya kuat..”
“ ya! saya kuat..!”
“kamu kuat atau lemah” Syeikh sengaja mengulang persoalan yang sama untuk beri kekuatan kepada sahabatku.
“ saya kuat...” Syeikh tersenyum mendengar jawapan tersebut.
“ nor, dengar ini....bilamana kita banyak berfikir tentang sesuatu perkara, maka dengan itulah menyebabkan perkara tersebut muncul dan terzohir sedangkan perkara tersebut tidak berlaku pun. Kita hanya melihat benda yang laisa hadath(tidak pernah terjadi). Ia hanya khayalan atau mainan mimpi.”
“ibarat bilamana seorang isteri sentiasa berfikir tentang suaminya...apakah suaminya buat saat ini? Siapa kawan dia? Adakah perempuan? Adakah dia setia dengan aku? Dan sebagainya. Persoalan-persoalan ini akan menyebabkan si isteri diselubungi bayang-bayang dan sentiasa berada dalam keadaan resah sehingga menyebabkan dia mula mengesyaki suaminya membuat tidak senonoh di belakangnya sedangkan perkara tersebut tidak pernah berlaku. Apabila si suami pergi bekerja dia menganggap suaminya berfoya dan jika dia terdengar bualan telefon suaminya dia sangka suaminya bercakap dengan perempuan lain dan sebagainya. Padahal apa yang ternyata atau terzohir pada si isteri itu bukanlah yang sebenarnya tapi apabila dia sentiasa berfikir perkara negatif pada suami maka akan itulah yang dilihatnya sedangkan itu bukan hakikat.”
“nor,jika manusia itu ada yang soleh dan sebaliknya maka jin pun begitu...ada yang soleh dan sebaliknya juga...jadi apa perlu kita takut?”
"kamu kuat atau lemah?"
"saya kuat!"
“kamu perlu kuat dengan kekuatan Allah maka jin akan lemah...”
“bilamana kamu yakin dengan kuasa dan kekuatan Allah, maka kamu akan jadi kuat tidak lagi lemah dengan hanya perkara kecil ini...”
“masalah kamu terlalu kecil dan sangat mudah berbanding sahabat kamu yang lain yang ada lebih besar dari ini...jadi kamu kena kuat...”
“setiap hari kamu perlu jaga solat subuh...jangan sekali-kali lewat hingga terlepas waktu subuh...kedua, sentiasa berada dalam keadaan bersih...berwuduk, amal selawat dan doa ini...doa ini sebagai pendinding diri kamu...”
“insyaAllah dalam sepuluh hari atau 2 minggu sembuh...jika tidak, kita guna cara lain...tapi kamu perlu ingat, sesuatu kesembuhan itu memerlukan waktu jadi kita usaha selagi boleh...jangan putus asa...”
*pengalaman yang cukup mendidik...semoga Syeikh sentiasa dalam kasih dan rahmat-Nya. doakan Syeikh sembuh ye sahabat...2 hari lepas pengajian tunda sebab Syeikh tiada suara...harap hari ni Syeikh dah sembuh dan dapat sampaikan khutbah jumaat...teringat dekat Syeikh punya pasal,sampai termimpi-mimpi plak...hehehe.
Thursday, June 30, 2011
Kamu kuat? Aku kuat ! motivasi mendidik...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment