Duhai diri, jadilah dirimu ibarat sebutir mutiara yang menyinarkan sinarnya hanya kepada yang berhak memilikimu…
Syukur saya kehadrat Illahi kerana masih diberi secebis iman yang dapat membendung diri ini dari hasutan duniawi yang tidak pernah letih mengajak manusia ke arah dunia fantasi. Sedih saya apabila mengenangkan rakan-rakan seperjuangan yang sudah berubah.
Zaman dah berubah, dunia dah maju…takut saya untuk menghadapi dunia reality sebenarnya, alhamdulillah mungkin keberadaan saya di bumi anbiya’ ini menyebabkan saya tidak berapa diuji dengan kehidupan Malaysia yang terlalu social, namun jauh di sudut hati ,saya terlalu sedih, dan tertanya-tanya mengapa boleh jadi sebegini? Adakah kalian tiada ilmu agama yang dapat menyelamatkan diri kalian? Tapi itulah, reality…orang yang banyak ilmu itulah yang sebenarnya banyak diuji…jangan kalian bangga dengan ilmu yang ada jika tidak dipraktikkan.
Di sini alhamdulillah, setiap jumaat akan diadakan muzakarah berkelompok. Di sinilah antara medan perkongsian ilmu,merangkumi segala aspek. Semasa jumaat yang lalu, ada salah seorang dari kami menceritakan tentang rakan-rakannya sudah tidak seperti dulu, yang sekarang ni pakaiannya sudah tidak seperti orang yang tahu hokum, buktinya banyak kita boleh lihat dalam facebook kawan-kawan kita. Bukan itu saja, boleh plak tayang gambar dengan pakwe..gayanya macam dah kahwin. Apa hal?
Sebenarnya di sini, bukanlah tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa, tapi hanya untuk diambil pengajaran dari apa yang saya katakan. Hati kita sentiasa berbolak-balik, maka doalah pada-Nya agar ditetapkan hati ini pada jalan yang lurus lagi diredhai.
Secara jujurnya, saya menulis artikel ini terutamanya adalah untuk diri ini yang terlalu lemah jika diuji sedemikian. Kita tidak boleh jamin apa yang akan terjadi suatu hari nanti, adakah kita akan tetap dengan pegangan kita selama ini kerana sudah ramai yang hanyut dengan lautan dunia yang menipu. Ia juga tidak terkecuali bagi seorang yang bergelar mahasiswa lepasan Mesir...yang mungkin dulunya terlalu menjaga dari segala aspek pemakaian,pergaulan dan sebagainya, tapi selepas pulang semua itu hanya tiggal bayangan, dia tidak seperti dulu. Sedih, terlalu sedih…sayang sangat…kerana dulu dia sebutir permata namun hari ini…dia sudah tidak apa-apa hanya mengikut arus yang merosakkan.
“Ya Allah jauhkanlah diri kami dari segala yang melalaikan…thabatkanlah hati kami ini dalam memperjuangkan agamamu sehingga menemui syahid dijalan-Mu. Jika kami diuji, kau bantulah diri ini…kerana kami akui, kami lemah tanpa pimpinan-Mu.”
Disini saya nak kongsi satu cerita, yang mungkin menarik perhatian kalian…pada fikiran saya. Cuba kalian fikir, apa jawapan yang kalian akan berikan jika kalian ditanya dengan persoalan yang berbunyi “ adakah kamu akan kekal dengan pakaianmu(berjubah) jika pulang ke Malaysia nanti,? Dan adakah kamu sanggup jika saya sembur kamu depan suami kamu di khalayak ramai jika kamu pakai pakaian yang tidak sepatutnya? Jika yang bertanyakan soalan itu kepada kalian adalah seorang yang bernama lelaki…apa reaksi kalian? Adakah kalian akan berlagak alim dan menyatakan kalian akan tetap dengan pemakaian kalian?. Untuk pengetahuan semua, saya dan beberapa rakan saya yang lain pernah ditanya sedemikian dalam suatu perkongsian ilmu dengan seorang ustaz yang merupakan salah seorang mahasiswa azhar(tapi soalanya saya ubah sedikit mengikut keadaan n kesesuaian pembaca.) sedikit ulasan dari soalan “berjubah” bermaksud tidak mengenakan baju kurung yang sebahagian dr kalangan azhariyyun(ikhwah & akhawat) tidak menyenangi pemakaian baju kurung kerana atas sebab-sebab tertentu berdasarkan keadaan disini, namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memakainya.
Dan jawapan saya dari kedua-dua soalan itu terlalu mudah. Saya menyatakan “insyaAllah” dr soalan yang pertama dan jawapan “sanggup” dari soalan kedua. Mungkin ada dikalangan kalian akan merasa ragu-ragu untuk menyatakan jawapan,kerana ia juga terjadi pada diri ini, namun saya menjawab soalan itu ada sebab musababnya…hati ini saje yang tahu. Tapi di sini saya nak kongsi kenapa saya jawab sedemikian. Kenapa saya menyatakan insyaAllah bgi soalan pertama? Kerana dalam hati saya menyatakan bahawa saya di sini bukan hanya memakai jubah semata-mata, ada juga kadang-kadang saya pakai baju kurung..mungkin waktu ustaz tanya soalan itu beranggapan yg saya tidak pakai baju kurung di sini. Dan sebab kedua saya, walaupun jika ustaz itu beranggapan saya hanya memakai jubah disini, memang niat di hati nak istiqamah, namun mana kita tahu apa yang akan terjadi selepas itu. Jadi dalam apa perkara sekalipun kita perlu cakap insyaAllah(jika diizinkan Allah) menunjukkan kebergantungan dan keyakinan seorang hamba kepada pencipta segala kejadian .
Seterusnya kenapa saya menjawab saya sanggup jika ustaz itu sembur saya kalau saya berpakaian tak elok bagi persoalan kedua kerana saya sedar,saya hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari lupa dan salah, mungkin sekarang pakaian saya mengikut syariat, tapi siapa yang akan jangka suatu hari nanti(harap dijauhkan) saya rasa jika semburan itu boleh menyebabkan saya tersedar dan insaf…itu adalah yang terbaik walaupun ia mungkin agak memalukan. Tegurlah diri ini, jika terlanjur pada jalan sebenar…saya terlalu takut jika saya berubah suatu hari nanti…tiada yang nak menegur kesilapan itu…tegurlah sahabatmu ini jika kau menyanyanginya…jika kau tak mampu mengungkapkannya…cukuplah mendoakan kebaikan baginya agar dia dibukakan pintu hati untuk menerima petunjuk.
Sunday, May 9, 2010
Muslimah, adakah kau mudah berubah?
Posted by Siti at 5:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment