BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 9, 2010

Dengarlah....wahai adam.


Wahai adam,

Sesungguhnya semasa aku menarikan jari jemariku ketika ini,
Aku merasa risau untuk meneruskan tarianku ini,
kerana mungkin ada hati-hati akan terguris,
Namun untuk menyedarkanmu dari mimpi,
Dan untuk menjaga diriku ini,
Aku kuatkan jua jari jemariku ini untuk terus menerus menari,
moga-moga dengan tarianku ini akan menjadi ubat dan penyembuh kepada semua kelak,

Bukan tujuanku di sini untuk menghentammu,
Namun jauh di sudut hatiku ini,
Hanya kesedihan yang menyelubungi,
Bukan kerana aku tidak dapat menyanyangimu,
Sepertimana mereka yang diluar sana sibuk dengan bermanja mesra denganmu,
Tanpa sebuah ikatan yang menyucikan,

Tapi aku sedih dengan perwatakanmu,
Yang sanggup menepikan segala-galanya demi keseronokan,
Mungkin bagi dirimu,
Aku ini hanya sebuah mainan untuk mengisi kekosongan,

Tapi adam,
Adakah kau lupa dengan penciptaanmu?,
Apakah tugas kau yang perlu kau pikul?,
Ataupun kau sengaja berbuat lupa,
Ataupun kau sememangnya yang inginkan sedemikian?,

Yang sanggup mengajakku ke arah kemaksiatan,
Memang aku tidak menyalahkan kau seratus peratus,
Kerana aku tahu,
Diriku ini juga adalah penyebabnya,

Namun kau tahukan wahai adam,
Nafsuku melebihi akalku,
Namun kau sebaliknya,
Sepatutnya kau yang perlu menghalang aku,
Dari sesuatu yang tidak sepatut aku lakukan,

Tapi aku kecewa dengan sikapmu,
Yang mengambil kesempatan dengan kelemahanku,
Yang terlalu berlembut denganku,
Menyebabkan aku hanyut,
Jauh dari landasan hidup yang sebenarnya,

Terciptanya kau untuk menjadikan diriku mulia,
Namun apa yang telah kau lakukan?,
Kau telah merosakkanku,
Kau telah melukakanku,
Kau telah menghinakan diriku,

Dengan kata-kata manis yang kau taburkan,
Dan juga dengan janji-janji kosong yang kau ungkapkan,
Ketika mana kau mengajakku untuk bercouple,
Sedangkan kau tahu couple itu salah,

Cukuplah wahai adam,
Aku tidak perlukan semua itu,
Aku hanya harap,
Kau dapat membentukku kepada yang lebih baik,

Wahai adam,
Aku tahu kau bukanlah sempurna,
Cukuplah seorang adam yang dapat membimbing diri ini,
Membimbing ke jalan keredhoan-Nya,
Dengan jalan yang cukup indah,

Kau mengambilku menjadi suri dalam hidupmu,
Jalan di mana Dia meredhoi ikatan kita,
Akan menyuburkan benih-benih kasih yang berpanjangan,
Kelak akan menyemai cinta di syurga menanti.

0 comments: