BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 14, 2010

Aku Engkau dan Dia...?


Aku Engkau dan Dia

Aku adalah aku…
Engkau adalah engkau…
Dia adalah Dia…

Walau sesiapapun aku dan engkau,
Hakikatnya kita adalah sama,
Dinamakan manusia sebagai hamba kepada Dia yang Esa,
Aku hanya insane biasa,

Yang tidak terlepas dari lupa dan salah,
Siapalah aku untuk memberi pandangan,
Untuk menegur,
Untuk menyatakan ya atau tidak,

Namun atas kesedaranku,
Sebagai khalifah di muka bumi ini,
Aku perlu tegar,
Menghadapi pelbagai ragam manusia…
Dalam menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan,
Kerana tidak dinamakan pejuang jika tidak diuji,

Aku juga sedar hakikat pandangan manusia,
Ia boleh diterima dan juga boleh ditolak,
Bukan seperti kalam Al-Quran,
Yang sentiasa benar,

Dan aku nasihati engkau,
Usahlah engkau memaksa aku,
ataupun mempengaruhi aku,
Untuk menerima segala apa yang kau perkatakan,
Hanya disaluti dengan ego semata-mata,

Kerana engkau dan aku,
Punyai mata,telinga,akal dan hati,
Yang dikurniakan oleh Dia,
Untuk melihat,mendengar,berfikir,
Dan menilai yang mana baik,
Dan yang mana buruk,

Bukanlah aku,
Untuk engkau terus 100% menerima pandanganku,
Namun aku mengharap,
Engkau berfikir terlebih dahulu,
Sebelum menerima atau menolak.
Menyatakan ya ataupun tidak,

Kerana seperti yang sudah aku nyatakan di atas,
Aku adalah manusia biasa,
Yang tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan lupa,

Dan aku juga tahu,
Engkau juga manusia yang sama seperti diriku,
Bukan sentiasa benar,
Tapi tetap berusaha,
Ke arah yang lebih baik,
Itulah yang ku harapkan,

Dan aku rasai,
Itulah juga yang engkau rasai,
Kerana kita punyai fitrah,
Inginkan sesuatu yang suci,

Namun,
Aku tidak menolak bahawasanya kita jua punyai nafsu,
Nafsu Amarrahlah yang menjadi penghalang,
Untuk mendapatkan fitrah itu…

Namun aku dan engkau jua tahu imanlah penentu segalanya,
Iman yang kuat dapat melawan nafsu,
Tapi iman yang tipis…sebaliknya,

Kita sama disisi Dia,
Tidak kira aku dan engkau,
Hitam ataupun putih,
Tapi yang membezakan kita adalah ,
Iman Dan Taqwa kepada Dia,

Ingatlah Dia tidak pernah menganiaya kita,
Bahkan Dia terlalu menyanyangi kita,
Buktinya sifat kasih sayang-Nya,
Aku dan engkau hidup di dunia ini,

Tapi aku dan engkau tidak pernah mensyukuri,
Setiap nafas yang Dia kurniakan,
Terlalu ego dengan diri,
Seringkali melawan perintah-Nya.

Izinkanlah aku dan engkau,
Menyentuh cinta Dia,
Dengan secebis keikhlasan dalam berjuang,
Menegakkan Ad-Din Illahi,
Agar Dia meredhoi aku dan engkau,
Di dunia dan akhirat…

0 comments: