BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 30, 2010

Face...face...


Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk untuk menghadapi exam ni, sempat lagi diberi peluang oleh-Nya untuk mencoret apa yang terbuku and terlintas…ingat ke nak rehat dari menulis, tapi tak boleh sebab duk terngiang-ngiang dalam kepala ni sehingga mengganggu untuk study,jadi terpaksa ambil juga sedikit masa untuk tulis.(Esok 31/5/10 exam tafsir,doakan ye..)

Pandangan isu facebook.

Sebenarnya dari mula lagi saya tidak berapa menyenangi tentang penggunaan facebook ni, namun saya tidaklah melarang keras sesiapa yang ingin join facebook sebab alasan diorang yang mungkin boleh guna pakai (tapi bagi saya walau apa alasan pun,saya tak berapa setuju), Cuma saya akan menyatakan “buat apalah, tak de faedah pun…bazir masa je.” Itulah ayat yang biasa saya gunakan jika ada dikalangan rakan-rakan saya menanyakan “anti ada facebook tak?buatlah facebook..” . bagi saya tiada kepentingan ,lagipun saya ni bukanlah orang yang suka nak melayan orang macam orang lain, jadi tak de maknalah saya nak join. Mungkin atas sikap saya yang macam ni agaknya menyebabkan saya tak berapa berminat, tapi itu tak bermakna saya tak pernah guna facebook.

Untuk pengetahuan, saya pernah gunakannya tapi log in guna id kawan(alhamdulillah kawan saya tu baik betul, siap bagi password lagi,jadi tak perlu saya buat facebook yang lain untuk tambah keahlian bagi musuh), saje nak tengok-tengok kawan lama(inilah kebiasaan alasan orang guna, “nak erat ukhwah,nak cari kawan lama”boleh guna pakai ke?). Biasanya kalau buka pun sebab nak tengok gambar, tu je dan itulah tercetusnya post saya yang lalu ‘muslimah adakah kau mudah berubah?’.

Untuk pengetahuan juga, saya tak delah pandai sangat dalam pengunaan facebook ni, jadinya saya pelik kalau orang cakap guna facebook boleh sampaikan dakwah…gayanya macamlah guna facebook sahaja yang boleh sampaikan dakwah, benda lain (media lain atau apa-apalah) tak boleh sampaikan dakwah ke?. Dan gayanya juga macam dekat facebook saje yang banyak dakwahnya…tapi yang peliknya setakat saya buka facebook kawan saya, tak delah plak kata-kata ilmu atau dakwah ke? Tak tahulah plak klu saya yang tak pandai nak buka? Tapi kalau tengok facebook kawan-kawan yang lain pun, kalau check wall diorang tak delah cerita berkisar dakwah pun? Tapi,kalau buka dekat photo tu,yang banyaknya duk komen gambar yang ntah apa-apa ntah…macam tak de kerja lain.

Husnuzhon (baik sangka) jelah, mungkin kawan-kawan yang saya buka tu, bukan dari orang yang menyatakan facebook ni untuk sampaikan dakwah kot, jadi tak delah dakwah tu. Trendnya seperti facebook ni satu kewajipan plak…pelik saya rasa.

Jadi kat sini saya nak ceritalah sikit, masa hari tu saya bercakap ngan adik ,call melalui internet, borak punya borak tiba-tiba masuk tentang facebook, cerita dia lebih kurang macam ni……….. adik saya menyatakan dia nak buka facebook, apa lagi, saya melentinglah, bukannya apa, waktu-waktu macam ni pun nak buka facebook lagi? orang duk kecoh pasal isu draw Muhammad, tak sedar ke? Sebenarnya ayat ni saya tuju kepada orang yang fahamlah tapi buat-buat tak faham(nak sampaikan dakwah tapi dalam masa yang sama, kita yang melingkupkan Islam dengan mengkayakan orang yang nak menentang kita..last-last dia senang-senang je nak jatuhkan kita, mengikut apa yang saya tahulah, kalau kita buka facebook ni kita menyumbang kepada musuh kita berapa billion ntah, betul atau tak? Kalau fakta saya salah, tolong betulkan ye..dan kalau buka tu, bukan setakat 2 atau 3 minit tapi ada sampai 24 jam…tak boring ke?) sebabnya mungkin adik saya tu, dia tak memahami(pada fikiran saya) lagipun dia baru menengah, jadi apa lagi saya bebellah,tak delah marah beria sangat “ buat apalah buka facebook tu…tak de kerja ke?” lebih kurang macam tulah agaknya..saya pun dah lupa saya bebel apa.

Lepas tu, sempat plak dia berceramah kat saya “alah nak sampaikan dakwah, untuk menginsafkan orang,..” dan apa-apa lagilah dia cakap. Dalam hati saya pandai plak budak ni cakap. Lepas tu saya jawab “ banyaklah kau punya dakwah..” lepas tu dia cakap “yelah….pot pet,pot pet….”tiba-tiba adik saya yang lain, menyampuk “alah, ustaz pun buka..” mula-mula saya termati kata juga (mengaitkan dengan seseorang yang dikagumi) tapi saya tetap tidak mengalah “o ye, ustaz…(dia bukan malaikat adik oi..) dah kalau ustaz tu terjun longkang, kau nak ikut jugalah? Banyak keburukan dari baiknya, kalau dia nak buka, buka jelah…dah kalau kau prihatin tak de nya nak buka.”(saya cakap ni pun lepas insaf, dah tak buka facebook dah)Lebih kurang macam tu lah agaknya ayat saya. Selepas tu seingat saya, habis macam tu je...lepas tu dia cakap kat saya pasal millatfacebook, tapi saya buat tak endah je…sebab saya tak tahu tentang tu, tapi lepas tu baru saya tahu pasal millatfacebook tu, lepas baca dalam iluvislam. (cerita ni saya ubah juga sikit-sikit untuk pemahaman pembaca, tak de lah sebiji sangat)

Jadi, fikir-fikirlah sendiri…dan saya pun sekarang tengah cuba untuk berubah tak nak buka facebook lagi semata-mata nak tengok gambar …jom mulakan hidup yang baru! Katakan tak nak pada facebook.

Ini hanya pandangan saya,dan saya harap kalian ambil positif setiap apa yang saya perkatakan, tiada kene mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah mati,kalau apa yang saya cakap ni tak betul…tolonglah betulkan dan berilah komen, kot kotlah saya yang buta it…(hingga apa yang saya cakap pasal facebook ni,boleh dikatakan semua negative) ataupun mereka (pengguna facebook) yang terlebih expert dalam benda lagho(lalai) ni. Sekian, he..he..he..kalau terasa tu,jangan marah…nanti cepat tua. Smile…klu nak tahu pasal millat boleh buka kat sini http://aisyah1001.blogspot.com/

Friday, May 14, 2010

Aku Engkau dan Dia...?


Aku Engkau dan Dia

Aku adalah aku…
Engkau adalah engkau…
Dia adalah Dia…

Walau sesiapapun aku dan engkau,
Hakikatnya kita adalah sama,
Dinamakan manusia sebagai hamba kepada Dia yang Esa,
Aku hanya insane biasa,

Yang tidak terlepas dari lupa dan salah,
Siapalah aku untuk memberi pandangan,
Untuk menegur,
Untuk menyatakan ya atau tidak,

Namun atas kesedaranku,
Sebagai khalifah di muka bumi ini,
Aku perlu tegar,
Menghadapi pelbagai ragam manusia…
Dalam menegakkan yang hak dan mencegah kebatilan,
Kerana tidak dinamakan pejuang jika tidak diuji,

Aku juga sedar hakikat pandangan manusia,
Ia boleh diterima dan juga boleh ditolak,
Bukan seperti kalam Al-Quran,
Yang sentiasa benar,

Dan aku nasihati engkau,
Usahlah engkau memaksa aku,
ataupun mempengaruhi aku,
Untuk menerima segala apa yang kau perkatakan,
Hanya disaluti dengan ego semata-mata,

Kerana engkau dan aku,
Punyai mata,telinga,akal dan hati,
Yang dikurniakan oleh Dia,
Untuk melihat,mendengar,berfikir,
Dan menilai yang mana baik,
Dan yang mana buruk,

Bukanlah aku,
Untuk engkau terus 100% menerima pandanganku,
Namun aku mengharap,
Engkau berfikir terlebih dahulu,
Sebelum menerima atau menolak.
Menyatakan ya ataupun tidak,

Kerana seperti yang sudah aku nyatakan di atas,
Aku adalah manusia biasa,
Yang tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan lupa,

Dan aku juga tahu,
Engkau juga manusia yang sama seperti diriku,
Bukan sentiasa benar,
Tapi tetap berusaha,
Ke arah yang lebih baik,
Itulah yang ku harapkan,

Dan aku rasai,
Itulah juga yang engkau rasai,
Kerana kita punyai fitrah,
Inginkan sesuatu yang suci,

Namun,
Aku tidak menolak bahawasanya kita jua punyai nafsu,
Nafsu Amarrahlah yang menjadi penghalang,
Untuk mendapatkan fitrah itu…

Namun aku dan engkau jua tahu imanlah penentu segalanya,
Iman yang kuat dapat melawan nafsu,
Tapi iman yang tipis…sebaliknya,

Kita sama disisi Dia,
Tidak kira aku dan engkau,
Hitam ataupun putih,
Tapi yang membezakan kita adalah ,
Iman Dan Taqwa kepada Dia,

Ingatlah Dia tidak pernah menganiaya kita,
Bahkan Dia terlalu menyanyangi kita,
Buktinya sifat kasih sayang-Nya,
Aku dan engkau hidup di dunia ini,

Tapi aku dan engkau tidak pernah mensyukuri,
Setiap nafas yang Dia kurniakan,
Terlalu ego dengan diri,
Seringkali melawan perintah-Nya.

Izinkanlah aku dan engkau,
Menyentuh cinta Dia,
Dengan secebis keikhlasan dalam berjuang,
Menegakkan Ad-Din Illahi,
Agar Dia meredhoi aku dan engkau,
Di dunia dan akhirat…

Monday, May 10, 2010

Duhai Anak, ambillah ia sebagai pedoman....


Wasiat seorang ayah kepada anaknya.

Wahai anakku,
Sesungguhnya ayahmu ini telah uzur,
Hidup ini telah ayah laluinya,
Sehiggakan ayah merasa bosan dengannya,
Sesungguhnya ayah wasiatkan kepadamu anakku,
Dengan apa yang telah ayah lalui,
Sesungguhnya jagalah ia,
Sampaikanlah kamu pada kaummu apa yang disampaikannya,
Maka jagalah apa yang ingin ayah perkatakan ini:

Berlemah lembutlah di sisi keluargamu,
Dan ini menyebabkan keluargamu menyukaimu,
Rendahkanlah dirimu dengan tidak menyombongkan diri,
Kerana mereka akan mengangkat ketinggianmu,

Bermanis mukalah kamu kepada mereka,
Kelak mereka akan menurutimu dengan memberi ketaatan kepadamu,
Janganlah kamu bangga diri ke atas mereka dengan sesuatu,
Maka dirimu akan disanjung,

Hormatilah anak-anak kecil,
Sepertimana kamu menghormati orang yang lebih tua darimu,
Maka orang yang lebih tua darimu akan menghormatimu,
Dan anak-anak kecil akan menyanyangimu,

Pemurahlah kamu dengan hartamu,
Janganlah berkira dengan hartamu,
Peliharalah kaum keluargamu,
Muliakanlah jiranmu,

Bantulah sesiapa yang meminta pertolonganmu,
Muliakanlah tetamu yang bertandang ke rumahmu,
Segeralah kamu menghulurkan pertolongan apabila seseorang dalam kesusahan,
Maka sesungunhya ke atas kamu lambat-laun akan menemui ajalmu,
Prihatinlah kamu terhadap apa-apa masalah yang menimpa,
Maka dengan itu akan menyempurnakan kekuatanmu.

Sunday, May 9, 2010

Dengarlah....wahai adam.


Wahai adam,

Sesungguhnya semasa aku menarikan jari jemariku ketika ini,
Aku merasa risau untuk meneruskan tarianku ini,
kerana mungkin ada hati-hati akan terguris,
Namun untuk menyedarkanmu dari mimpi,
Dan untuk menjaga diriku ini,
Aku kuatkan jua jari jemariku ini untuk terus menerus menari,
moga-moga dengan tarianku ini akan menjadi ubat dan penyembuh kepada semua kelak,

Bukan tujuanku di sini untuk menghentammu,
Namun jauh di sudut hatiku ini,
Hanya kesedihan yang menyelubungi,
Bukan kerana aku tidak dapat menyanyangimu,
Sepertimana mereka yang diluar sana sibuk dengan bermanja mesra denganmu,
Tanpa sebuah ikatan yang menyucikan,

Tapi aku sedih dengan perwatakanmu,
Yang sanggup menepikan segala-galanya demi keseronokan,
Mungkin bagi dirimu,
Aku ini hanya sebuah mainan untuk mengisi kekosongan,

Tapi adam,
Adakah kau lupa dengan penciptaanmu?,
Apakah tugas kau yang perlu kau pikul?,
Ataupun kau sengaja berbuat lupa,
Ataupun kau sememangnya yang inginkan sedemikian?,

Yang sanggup mengajakku ke arah kemaksiatan,
Memang aku tidak menyalahkan kau seratus peratus,
Kerana aku tahu,
Diriku ini juga adalah penyebabnya,

Namun kau tahukan wahai adam,
Nafsuku melebihi akalku,
Namun kau sebaliknya,
Sepatutnya kau yang perlu menghalang aku,
Dari sesuatu yang tidak sepatut aku lakukan,

Tapi aku kecewa dengan sikapmu,
Yang mengambil kesempatan dengan kelemahanku,
Yang terlalu berlembut denganku,
Menyebabkan aku hanyut,
Jauh dari landasan hidup yang sebenarnya,

Terciptanya kau untuk menjadikan diriku mulia,
Namun apa yang telah kau lakukan?,
Kau telah merosakkanku,
Kau telah melukakanku,
Kau telah menghinakan diriku,

Dengan kata-kata manis yang kau taburkan,
Dan juga dengan janji-janji kosong yang kau ungkapkan,
Ketika mana kau mengajakku untuk bercouple,
Sedangkan kau tahu couple itu salah,

Cukuplah wahai adam,
Aku tidak perlukan semua itu,
Aku hanya harap,
Kau dapat membentukku kepada yang lebih baik,

Wahai adam,
Aku tahu kau bukanlah sempurna,
Cukuplah seorang adam yang dapat membimbing diri ini,
Membimbing ke jalan keredhoan-Nya,
Dengan jalan yang cukup indah,

Kau mengambilku menjadi suri dalam hidupmu,
Jalan di mana Dia meredhoi ikatan kita,
Akan menyuburkan benih-benih kasih yang berpanjangan,
Kelak akan menyemai cinta di syurga menanti.

Muslimah, adakah kau mudah berubah?


Duhai diri, jadilah dirimu ibarat sebutir mutiara yang menyinarkan sinarnya hanya kepada yang berhak memilikimu…

Syukur saya kehadrat Illahi kerana masih diberi secebis iman yang dapat membendung diri ini dari hasutan duniawi yang tidak pernah letih mengajak manusia ke arah dunia fantasi. Sedih saya apabila mengenangkan rakan-rakan seperjuangan yang sudah berubah.

Zaman dah berubah, dunia dah maju…takut saya untuk menghadapi dunia reality sebenarnya, alhamdulillah mungkin keberadaan saya di bumi anbiya’ ini menyebabkan saya tidak berapa diuji dengan kehidupan Malaysia yang terlalu social, namun jauh di sudut hati ,saya terlalu sedih, dan tertanya-tanya mengapa boleh jadi sebegini? Adakah kalian tiada ilmu agama yang dapat menyelamatkan diri kalian? Tapi itulah, reality…orang yang banyak ilmu itulah yang sebenarnya banyak diuji…jangan kalian bangga dengan ilmu yang ada jika tidak dipraktikkan.

Di sini alhamdulillah, setiap jumaat akan diadakan muzakarah berkelompok. Di sinilah antara medan perkongsian ilmu,merangkumi segala aspek. Semasa jumaat yang lalu, ada salah seorang dari kami menceritakan tentang rakan-rakannya sudah tidak seperti dulu, yang sekarang ni pakaiannya sudah tidak seperti orang yang tahu hokum, buktinya banyak kita boleh lihat dalam facebook kawan-kawan kita. Bukan itu saja, boleh plak tayang gambar dengan pakwe..gayanya macam dah kahwin. Apa hal?

Sebenarnya di sini, bukanlah tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa, tapi hanya untuk diambil pengajaran dari apa yang saya katakan. Hati kita sentiasa berbolak-balik, maka doalah pada-Nya agar ditetapkan hati ini pada jalan yang lurus lagi diredhai.

Secara jujurnya, saya menulis artikel ini terutamanya adalah untuk diri ini yang terlalu lemah jika diuji sedemikian. Kita tidak boleh jamin apa yang akan terjadi suatu hari nanti, adakah kita akan tetap dengan pegangan kita selama ini kerana sudah ramai yang hanyut dengan lautan dunia yang menipu. Ia juga tidak terkecuali bagi seorang yang bergelar mahasiswa lepasan Mesir...yang mungkin dulunya terlalu menjaga dari segala aspek pemakaian,pergaulan dan sebagainya, tapi selepas pulang semua itu hanya tiggal bayangan, dia tidak seperti dulu. Sedih, terlalu sedih…sayang sangat…kerana dulu dia sebutir permata namun hari ini…dia sudah tidak apa-apa hanya mengikut arus yang merosakkan.

“Ya Allah jauhkanlah diri kami dari segala yang melalaikan…thabatkanlah hati kami ini dalam memperjuangkan agamamu sehingga menemui syahid dijalan-Mu. Jika kami diuji, kau bantulah diri ini…kerana kami akui, kami lemah tanpa pimpinan-Mu.”

Disini saya nak kongsi satu cerita, yang mungkin menarik perhatian kalian…pada fikiran saya. Cuba kalian fikir, apa jawapan yang kalian akan berikan jika kalian ditanya dengan persoalan yang berbunyi “ adakah kamu akan kekal dengan pakaianmu(berjubah) jika pulang ke Malaysia nanti,? Dan adakah kamu sanggup jika saya sembur kamu depan suami kamu di khalayak ramai jika kamu pakai pakaian yang tidak sepatutnya? Jika yang bertanyakan soalan itu kepada kalian adalah seorang yang bernama lelaki…apa reaksi kalian? Adakah kalian akan berlagak alim dan menyatakan kalian akan tetap dengan pemakaian kalian?. Untuk pengetahuan semua, saya dan beberapa rakan saya yang lain pernah ditanya sedemikian dalam suatu perkongsian ilmu dengan seorang ustaz yang merupakan salah seorang mahasiswa azhar(tapi soalanya saya ubah sedikit mengikut keadaan n kesesuaian pembaca.) sedikit ulasan dari soalan “berjubah” bermaksud tidak mengenakan baju kurung yang sebahagian dr kalangan azhariyyun(ikhwah & akhawat) tidak menyenangi pemakaian baju kurung kerana atas sebab-sebab tertentu berdasarkan keadaan disini, namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memakainya.

Dan jawapan saya dari kedua-dua soalan itu terlalu mudah. Saya menyatakan “insyaAllah” dr soalan yang pertama dan jawapan “sanggup” dari soalan kedua. Mungkin ada dikalangan kalian akan merasa ragu-ragu untuk menyatakan jawapan,kerana ia juga terjadi pada diri ini, namun saya menjawab soalan itu ada sebab musababnya…hati ini saje yang tahu. Tapi di sini saya nak kongsi kenapa saya jawab sedemikian. Kenapa saya menyatakan insyaAllah bgi soalan pertama? Kerana dalam hati saya menyatakan bahawa saya di sini bukan hanya memakai jubah semata-mata, ada juga kadang-kadang saya pakai baju kurung..mungkin waktu ustaz tanya soalan itu beranggapan yg saya tidak pakai baju kurung di sini. Dan sebab kedua saya, walaupun jika ustaz itu beranggapan saya hanya memakai jubah disini, memang niat di hati nak istiqamah, namun mana kita tahu apa yang akan terjadi selepas itu. Jadi dalam apa perkara sekalipun kita perlu cakap insyaAllah(jika diizinkan Allah) menunjukkan kebergantungan dan keyakinan seorang hamba kepada pencipta segala kejadian .

Seterusnya kenapa saya menjawab saya sanggup jika ustaz itu sembur saya kalau saya berpakaian tak elok bagi persoalan kedua kerana saya sedar,saya hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari lupa dan salah, mungkin sekarang pakaian saya mengikut syariat, tapi siapa yang akan jangka suatu hari nanti(harap dijauhkan) saya rasa jika semburan itu boleh menyebabkan saya tersedar dan insaf…itu adalah yang terbaik walaupun ia mungkin agak memalukan. Tegurlah diri ini, jika terlanjur pada jalan sebenar…saya terlalu takut jika saya berubah suatu hari nanti…tiada yang nak menegur kesilapan itu…tegurlah sahabatmu ini jika kau menyanyanginya…jika kau tak mampu mengungkapkannya…cukuplah mendoakan kebaikan baginya agar dia dibukakan pintu hati untuk menerima petunjuk.