BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 9, 2010

Suatu kepastian…..?




Mati suatu kepastian....
Sejak dua menenjak ni, terlalu banyak saya menerima perkhabaran tentang kematian orang yang saya kenali…dan ini terlalu menginsafi diri ini, yang terlalu kerdil di sisi-Nya. Jadi, dengan itu saya nak mengajak pembaca sama-sama menginsafi hidup ini…dengan artikel ni…

Mati?mati…?mati…kita ma’ruf setiap makhluk di dunia ini tidak lari dari kematian. Setiap makhluk yang hidup, pasti akan menghadapi mati…menemui dan kembali kepada penciptanya.. namun bila waktunya, masanya , dan bagaimana , hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.


Perkara ini dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Semua yang ada di bumi akan binasa. Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.” (Surah ar-Rahman, ayat 26-27)

Lumrah kehidupan, setiap yang datang akan pergi…perlu kita insafi bahawa jemputan maut akan datang bila-bila masa yang dikehendaki-Nya tanpa mengira masa sihat atau sakit, tua muda, miskin kaya,lapang sibuk,perempuan lelaki atau apa keadaan sekalipun. Malah maut tidak akan terlewat atau cepat dari ketentuan-Nya yang telah ditetapkan di Loh Mahfuz.

Jesteru, setiap dari kita perlu muhasabah diri…berapa banyak amalan yang kita ada untuk bekalan di sana kelak? Kerana kehidupan di dunia ini hanya sementara…keseronokan dunia tidak kekal…kehidupan akhirat jua yang kekal abadi kerana apabila sampai waktunya, kita akan dipanggil menghadap Allah Yang Maha Kuasa yang telah menciptakan kita dengan sebaik kejadian. Seharusnya kita perlu bersyukur kepada Allah ,kerana kita masih diberi nyawa untuk membuktikan cinta kita kepada-Nya dengan mentaati setiap suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Alangkah beruntungnya insane yang beriman dan bersiap sedia dalam menghadapi kematian dengan amal soleh dan ketakwaan kepada Allah. Namun, rugi dan malanglah bagi orang yang tidak mengambil peluang yang ada,bahkan mereka mengingkari perintah Allah sedangkan mereka dalam keadaan mengetahui bahawa mati itu suatu kepastian yang tiada lagi peluang kali kedua atau seterusnya untuk kembali ke dunia yang fana ini.

Maka berwaspadalah dengan setiap apa yang kita lakukan…perbanyakkanlah diri dengan mengingati mati…kerana Rasulullah menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan mengingati mati sebagaimana berdasarkan kepada sabdanya yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan.

“Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi).

Dengan mengingati mati, seseorang Muslim akan sentiasa menginsafi dirinya dan menyedari bahawa Allah Maha Memerhati dan Mengawasi setiap gerak gerinya sama ada pada waktu terang-terang atau sunyi. Maka insaflah wahai diri…bangunlah dari mimpi yang kau ciptakan sendiri…dari angan-angan kosong…dari pesona-pesona dunia…yang ketika mana kau merasakan dunia ini kau yang punya…dengan nikmat-nikmat cinta dari makhluk-Nya yang kau tagih…kau katakan bahawa itulah cinta suci…namun apakah benar hakikatnya itu? Tanyalah iman mu wahai diri…carilah cinta yang sebenarnya…yang abadi…bukan cinta makhluk yang melalaikanmu…dari cinta yang sebenar…sama-samalah kita memperbaiki diri. Bangunlah !WAhai Mujahid, Mujahidah Islam...

0 comments: