BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 14, 2011

Man yara nafsahu fauqo turab..., dollah.




Sahabat, siapa kita di sisi pencipta? Allah memandang kita bawah, hanya dari tanah, jadi kenapa kita meninggi diri? Sehingga kita menganggap diri lebih mulia dan tinggi dari tanah. Ingatlah! bahawa kita semua dari tanah dan akan ke tanah jua akhirnya.…jadi jangan merasa diri kitalah yang paling bagus dari orang lain, itu sifat sombong namanya. Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa bersifat tawadduk dengan apa yang kita ada. Jangan sekali memandang diri kita lebih mulia dari orang lain,kerana mungkin orang itu lebih tinggi dan mulia darjatnya di sisi Allah.

Sahabat, hati itu lebih utama untuk dijaga. Usahlah biarkan hati kita hitam dek kesombongan dan keangkuhan diri. Biarlah tinggi mana pun diri dan darjat kita jangan sekali-kali memandang rendah pada orang lain. Sebagai manusia yang bergelar hamba kepada-Nya dan mengetahui hakikat penciptaan, kita sepatutnya melihat manusia lain lebih mulia dan tinggi dari diri kita…itulah sifat tawadduk, jalan penginsafan untuk lebih dekat kepada-Nya.

Syeikh ‘Alaa membuat misalan seorang tenaga pengajar duduk dalam majlis ilmu… mengajar orang…berpakaian baik dan ilmunya tiada tandingan namun apabila dia melihat kepada seorang yang duduk di tepi kedai kafe sambil menghisap syisya(seperti hisap rokok) maka terdetiklah dalam hatinya “aku lebih baik darinya, aku berada di majlis ilmu tapi dia tidak” perasaan bangga itu meresap di jiwa dan sanubari maka apakah darjatnya di sisi Allah? Sama-sama kita renungkan.

Dan Syeikh juga menceritakan kisah seorang imam besar mekah yang dahulunya merupakan seorang pencuri tapi apabila dia mendengar kalam dari seseorang yang menyebut ayat Allah, maka ketika itu dia tersedar dan sejak dari itu dia terus meninggalkan perbuatan keji itu dan bertaubat. Selepas itu dia mencari dan menuntut ilmu sehinggalah dia menjadi seorang imam di mekkah. Maka rahmat dan hidayah Allah bersamanya.

Jadi sahabat, seorang yang melakukan dosa banyak mana pun…jika dia bertaubat maka dia lebih mulia dari kita…jadi sama-sama kita renung diri masing-masing.

“La tatakabbur…la tatakabbur…la tatakabbur…”. Itulah antara kata-kata Syeikh ‘Alaa sebelum bersurai.

Tuesday, April 5, 2011

Ketemu Cinta....


Ku temukan cinta…

Sedikit coretan penyeri bicara…
Indah sungguh perasaan ini…
Adakah ini cinta…
Ya, inilah dinamakan cinta…

Tidak dapat ku gambarkan melalui kata…
Hanya Allah yang mengetahui…
Bagaimana tenang dan rindunya…
Seorang insane yang mendamba kasih-Nya…

Pertama kali ku melihat…
Ku rasa tenang dan tersenyum...
Terpancar nur di wajahnya...
Paras setanding akhlaknya…
Aku mengucap syukur atas kurniaan dari-Nya…

Tutur katanya yang lembut…
Mendamaikan hati yang resah…
Senyumannya tidak lekang…
Menghias wajah…

Itulah dia seorang murabbi ummah…
Syeikh yang berjiwa hamba…
Hamba kepada Pencipta…
Sesiapa yang mengenalinya pasti tertawan…
Dek peribadinya yang luhur dan suci…

Beliau umpama sebutir mutiara…
Yang menyinari setiap hati…
Dalam pencarian Tuhan..
Mengenal hakikat hamba...
Redha-Nya segalanya…

Dengan ilmu dan amal di sanubari…
Menjadi bekal penguat diri...
Dari keangkuhan dan kesombongan...
Semua demi redho Illahi...


Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca post kali ini, di harap kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Sebenarnya, puisi diatas tu saya nak cerita tentang Syeikh A’la yang mana beliau merupakan murabbi ummah. Umur beliau yang muda tidak menjadi alasan untuk berseronok sehingga melupakan segala perintah Allah. Di usia muda, beliau menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah. Ukuran ilmu dan pengamalannya bukanlah pada bilangan umurnya yang sedikit. Dulu saya pernah mengikuti pengajian beliau tapi tidak lama, hanya beberapa hari sahaja saya menghadirkan diri di masjid tersebut.

Tidak lama selepas itu saya mula culas untuk ke sana sehinggalah pada 3/4/2011 saya mula terpanggil kembali untuk ke pengajian beliau atas beberapa kesedaran. Mungkin dahulu saya tidak berapa focus dan tidak faham kerana tidak mendengar dengan jelas suara syeikh memandangkan akhwat berada di bahagian atas masjid dan SYeikh mengajar di bahgian bawah bersama para ikhwah tapi Alhamdulillah pertama kali saya datang balik ke masjid itu, saya bersyukur kerana syeikh mengajar secara terus khusus untuk akhawat sahaja di bahagian atas tidak seperti dulu yang campur dengan ikhwah dibahagian bawah.

Teruja rasa dapat melihat syeikh dengan lebih dekat,bukan itu sahaja, suara syeikh juga dengar dengan lebih jelas sekali. Setiap kali tengok syeikh A’la tenang rasanya. Beliau seperti seorang bapa melayan kerenah seorang anak kecil apabila mengajar walaupun beliau masih muda. Melihat kesungguhan dan kesabaran beliau sewaktu menyampaikan ilmu, membuat saya terpegun . Tutur katanya yang indah, cara beliau,kepandaian dan semua yang ada pada syeikh membuat diri berfikir betapa mulia dan bersihnya hati Syeikh. Beliau seorang yang pandai buat orang tersenyum dan ketawa. Yang paling saya kagum, diwajah beliau tidak lekang dari senyuman. Senyuman Syeikh A’la menyejukkan hati sesiapa sahaja yang melihat.

Buat masa sekarang, Syeikh mengajar usul fiqh dan ia sangat menarik. Pengajian Syeikh bermula seawal jam 7 pagi dan tamat sebelum jam 9 kerana pada jam 9 pagi bermulanya kuliah di jamiah(university). Selepas tamat pengajian syeikh pada waktu pagi, bersambung pula selepas asar dan berhenti kira-kira jam 6 sebelum maghrib. Waktu pengajian pagi, Syeikh bukan sahaja mengajar usul fiqh semata, bahkan mengaji dan mengulang hafalan surah Al-baqarah bersama-sama, dan selepas itu Syeikh akan bercerita sesuatu yang dapat di ambil hikmah darinya. Dan akhirnya Syeikh sentiasa mengingatkan supaya hafaz Quran dan sentiasa mendoakan kami selamat.

Alhamdulillah, saya syukur sangat dapat belajar dan menuntut ilmu dengan Syeikh A’la. Ia merupakan satu nikmat dari-Nya.Ramai yang ikut pengajian Syeikh memenuhi bahagian surau akhawat. Mereka termasuklah pelajar dari thailand dan Indonesia tapi yang paling ramai pelajar dari Malaysia.Namun , saya juga sedih sebab tak semua sahabat saya mengikuti pengajian Syeikh…bukan saya tak ajak atau tak beritahu tapi apa daya kitakan, kita usaha Allah yang menentukan. Hidayah datang dari Allah. Saya doakan moga mereka dibukakan pintu hati dan kebaikan untuk mengikuti pengajian. Saya juga harap kalian doakan saya moga istiqamah mengikuti pengajian.

Itu sahajalah buat masa ni, insyaAllah jika ada masa terluang saya akan kongsikan apa yang telah Syeikh sampaikan.

Sunday, April 3, 2011

Sesuatu yang Indah...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurniaan. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana masih diberi daya upaya dan juga kekuatan untuk saya menulis dan mencurahkan segala yang tersirat dalam lubuk hati kecil ini.

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni, nak kata busy…tidaklah, tapi tiada idea barangkali untuk dicurahkan dan dikongsikan bersama. Di kesempatan punyai mood dan idea ni, saya ingin mencoretkan serba sedikit luahan rasa yang indah barangkali dan ia sememangnya indah.

Tapi…sebelum itu, saya ingin maklumkan pada pembaca kalian bahawa saya sudah berada di bumi anbiya’,alhamdulillah sudah selamat pulang kesini tanggal 23/3/2011 yang lalu setelah pelbagai rusuhan dan demostrasi yang telah diadakan oleh penduduk mesir bermula 25/1/2011.

Alhamdulillah, sekarang mesir adalah mesir yang baru. Teruja juga waktu sampai kesini, banyak perubahan di sini…di merata tempat diwarnakan dengan bendera mesir(merah, putih, hitam), pelbagai tulisan dan lukisan juga di cat di dinding-dinding, batu-batu dan di jalan-jalan. Antara tulisan yang dilakar ialah 25 yanayir revolusion…, welcome to new Egypt.., syabah yuhibbu misra…,suqut alfasad…,dan macam-macam lagilah. Boleh dikatakan penuh dengan warna warni.

Namun, dengan jatuhnya pemerintahan di sini…tidak bermakna mesir telah aman seratus peratus…rakyat mesir masih berjaga-jaga kerana banyaknya terdapat banduan yang berkeliaran. Walaubagaimanapun Alhamdulillah, wafidat(pelajar asing) di sini berada dalam keadaan selamat kerana keprihatin yang diberikan oleh mama dan baba di sini baik(orang tempatan mesir ataupun gelaran bagi tuan rumah).

Pada hari jumaat 1/4/2011 mesir dikejutkan dengan satu gegaran kira-kira jam 3:35 petang sebelum azan asar berkumandang. Gegaran tersebut kesan dari gempa bumi yang berlaku di Crete,Greece. Semua ahli bait rumah saya merasai gegaran tersebut, tapi saya tidak rasa kerana waktu tersebut saya sedang khusyuk bergerak-gerak meneliti dan membelek rambut sahabat saya untuk digunting sehingga tidak perasan berlakunya gegaran ketika itu.

Minta maaf, saya sebenarnya sudah mengantuk. Jadi, kemudianlah saya coretkan apa yang indah itu. insyaAllah esok masih ada, lagipun banyak yang ingin dicoretkan. Tak sabar rasanya menanti esok hari untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan