“awak…awak mesti dah ada orang kan?”
“dah ada orang? Maksud awak apa?”
“mesti awak ada teman lelaki kan?”
“erm, mana ada. Tak de pun…”
“ye ke? Saya tak percayalah awak…ramai kawan-kawan kita yang dah ada…takkan awak tak de?”
“iya…saya tak de”
“awak…bila saya tengok kawan-kawan yang dah ada, saya rasa teringin juga”
“awak…pada pandangan saya, itu bukanlah satu keperluan tapi itu lebih pada kehendak. Awak kena ada prinsip dan pendirian awak. Awak tak boleh ikut ke arah perkara kemaksiatan, jangan mudah terpengaruh dengan orang. Awak kena ada pegangan dan jati diri.”
“awak…saya nasihatkan awak, tak payahlah awak fikir nak rasa ada teman lelaki, lebih baik awak fikirkan masa depan awak. Fikirkan nak ada suami bukankah itu lebih baik?”
“bukannya sama je?”
“tak sama awak… fikiran kita yang membezakan perbuatan kita dengan orang lain. Pemikiran melahirkan perbuatan dan tindak tanduk kita. Biasanya jika kita fikirkan perkara yang baik dan diredhoi, jarang sekali kita tersilap langkah…jarang sekali kita melaluinya dengan jalan maksiat kepada-Nya. Jadi, fikiran dan perbuatan menggambarkan tahap kematangan seseorang itu.”
“awak…seseorang yang matang tidak sesekali hanya memikirkan kenikmatan yang sementara semata namun lebih kepada kenikmatan yang abadi”
“awak…seseorang yang matang juga sebenarnya adalah orang yang meletakkan diri sepenuhnya kepada pengawasan Allah.”
“awak…tidak menjadikan kita itu matang selagi mana Allah bukanlah yang utama dalam diri dan hidup kita.”
“ macam apa yang saya utarakan tadi...kita boleh Nampak bahawa seseorang yang befikiran atas suatu tujuan yang baik dalam hidup tidak sekali meletak diri mereka dalam perkara yang dapat menjerumus diri mereka kepada kemusnahan…”
“awak…cukuplah Allah di hati, mintalah dengan Dia kerana dia lebih mengetahui segalanya…”
“tiada kebahagian jika didasari di atasnya kemaksiatan…”
“ awak…awak janganlah berasa rendah diri,bersedih hati atau gundah gulana apabila awak tidak memiliki seorang teman lelaki seperti mana kawan-kawan yang lain namun lebih pantas awak berasa syukur kepada Allah kerana Dia memelihara awak dari jalan zina… dan awak terlalu tinggi darjatnya kerana awak sedaya mungkin menjaga harga dan kesucian diri …”
“awak…bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, insyaAllah jika kita syukur pada-Nya nescaya Dia akan tambah nikmat yang kita tidak sangka-sangka…jangan jadikan kebiasaan kawan-kawan menyebabkan goyang iman kita...”
"awak...kalau kawan-kawan kita macam tu, tidak sepatutnya kita ikut mereka,tapi kitalah yang lebih utama nasihat dan beri peringatan kepada mereka..."
“awak…antara tanda syukur kepada-Nya ialah kita sentiasa ingat-mengingati dan kita memelihara diri dari perkara kemaksiatan kerana semua anggota yang kita ada sekarang adalah pemberian dari-Nya…”
“awak…cuba awak bayangkan kalau kita tak syukur dan kita melakukan apa yang tidak sepatutnya dengan anggota kita…tiba-tiba Allah tarik pemberian-Nya...jadi,fikir-fikirkanlah…”
-Peringatan untuk diri terutamanya dan semua. Semoga kita dipelihara oleh-Nya dari segala kemungkaran-
Monday, January 17, 2011
Matang- biasa+syukur=.........
Posted by Siti at 5:36 PM 0 comments
Labels: Remaja
Sunday, January 9, 2011
Kerana satu perjanjian...
Salam sayang dan kecintaan kepada anak-anak Islam yang dikasihi Allah sekalian.
Salam perjuangan penuh makna buat pejuang agama Allah yang sentiasa tersenyum walau diuji silih berganti.
“Wahai anak-anak Islam, sudahkah kalian bersedia untuk berjuang?”
“Kami bersedia!”
“cuba kalian tunjukkan apa persediaan yang kalian punyai?”
“ tengok!kami punyai ramai kawan-kawan yang menyokong kami…yang member sokongan dari depan dan belakang..”
“ itu belum mencukupi wahai anak-anak Islam…kami mahukan pendokong! Penggerak kepada perjuangan suci ini.”
“dengarlah wahai anak-anak Islam…kami mahukan kalian faham apakah itu Islam? apakah erti sebuah perjuangan Islam yang sebenar?…kami tidak mahu kalian hanya mengikut atas dasar semangat semata kerana kelak kalian akan jatuh tersungkur dipertengahan, kelak kalian mungkin akan berpaling, memilih antara dua persimpangan...”
“ anak-anak Islam bangkitlah! Kami mahukan kalian ikhlas dalam setiap tindak tanduk pelakuan kalian dalam meraih redho-Nya…setelah kalian tanam benih kefahaman dalam diri maka berputiklah bunga-bunga keikhlasan…”
“wahai anak-anak Islam…sedarilah jika bunga-bunga keikhlasan mekar mewangi dalam sanubari maka buah kemanisan amal yang kalian akan dapati. Beramallah kalian dengan pengamalan yang sebaiknya…kerana ia tidak menjadi suatu kesusahan buat kalian apabila ia telah dihiasi dengan wangian keihklasan …”
“wahai anak-anak Islam, pewaris masa depan…selepas kalian dapati buah amal, perlulah bagi kalian untuk berjihad…berusaha! berjuang sehabis mungkin dalam setiap amal kebaikan yang kalian lakukan demi Islam dipersada perjuangan…demi kecintaan kalian pada agama tercinta…”
“wahai pengemudi generasi Islam,pemangkin ummah!kalian perlu ingat… Tiada perjuangan tanpa pengorbanan...usah kalian bicara tentang perjuangan jika takut dilanda ombak…usah kalian bicara tentang pengorbanan andai diri masih berangan-angan dibuai mimpi di siang hari…berjuang ertinya berkorban…”
“ wahai anak-anak Islam…ketaatan itu perlu dalam setiap kebaikan...tiada ketaatan tanpa agama dijulang…tiada ketaatan jika disulami kebatilan…taatlah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya dan pemimpin dikalangan kalian…Demi menegakkan Islam di mata dunia..”
“wahai penolong agama Allah,selepas ketaatan, berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah! Iaitu Islam…tetaplah thabat menghadapi dugaan dan ujian yang mendatang…jangan pernah goyah…jangan pernah kalian tinggalkan Islam walau sedetik cuma…jangan pernah tinggalkan perjuangan suci ini…tiada keizzahan tanpa Islam terpatri dalam diri, hati dan sanubari…”
“apabila kalian teguh Islam dalam diri…kalian akan dapati kenikmatan tajarrud kerana Allah semata-mata…tiada selainya kecuali Dia yang maha esa…”
“wahai anak-anak Islam…berukhwahlah kerana Allah. Jalinkan tali persaudaraan di antara kalian demi penguat antara satu sama lain kerana perjuangan Islam bukan hanya di hujung lidah semata namun ia memerlukan kesatuan…kesatuan yang kukuh…bukan perpecahan yang diimpi…bukan perpecahan yang dibentuk…”
“dengarlah wahai pejuang agama Allah…sedarlah…bahawasanya tiada kepercayaan tanpa ikatan yang kukuh…tiada kepercayaan tanpa persaudaraan yang terjalin erat…tiada kepercayaan tanpa ada kefahaman yang sohih…tiada kepercayaan tanpa keikhlasan dalam diri…tiada kepercayaan tanpa amalan yang zahir dari hati yang suci…tiada kepercayaan tanpa perjuangan yang dibuktikan dengan pengorbanan…tiada kepercayaan tanpa ketaatan yang diberi…tiada kepercayaan tanpa keteguhan hati…tiada kepercayaan tanpa merasai nikmat tajarrud kerana-Nya…tiada kepercayaan tanpa sesuatu…tiada kepercayaan tanpa kesemuanya yang terjalin rapi…berperingkat demi suatu perjanjian…menegakkan yang hak…menumbangkan kebatilan…kerana Islam agama di sisi-Nya….”
Posted by Siti at 2:48 PM 0 comments
Labels: Perjuangan
Saturday, January 8, 2011
Strawbery choco upside down cake...
Salam…
Post kali ini…
Post yang simple je…
Nak cerita tentang buat kek hancur…
Lawak betul…
Itulah,Padan dengan muka…
Sebabnya, pandai-pandai je buat kepala sendiri…
Tak sempat nak Tanya kawan…
Sebab terlalu excited sangat….
Nak angkat kek tu…
Nak tengoklah macamana rupanya…
Tak sempat tunggu sejuk…
Dah terbalikkah kek tu…
Jadi apalagi…
Kek pun hancur…
Tak dapat nak diselamatkan…
Memang klakar sangat…
Biasalah…
Budak baru belajar…
Boleh kira sangat berapa kali buat kek…
Jarang je…
Masa hari tu pun…
Tiba-tiba je mood nak merapu datang…
So, jadilah kek hancur yang tak pernah dibuat orang…
Tapi hancur-hancur pun…
Masih sedap…
Macam kek coklat basah…erm…sedapnya…
Tapi biasa je pun…
Cuma hari esok tu…
Dia jadi keras sikit…
ni dia gambar kek hancur...strawberry dah tak nampak coz hangus...
Posted by Siti at 5:06 PM 0 comments
Labels: Boring
Sunday, January 2, 2011
Dilemma seorang pedusi...
Salam sayang kepada semua. Bukan mudah meraih kasih insan andai diri masih tidak mengenal erti kasih-Nya.
“awak, kadang-kadang saya nak juga rasa macamana orang suka saya,minat kat saya…saya tak pernah rasa awak… Saya tak macam awak… awak cantik,ramai orang minat, terkejar-kejarkan awak, tak macam saya.”
“tak delah, siapa kata awak tak cantik?
awak cantik sangat…Cuma awak je yang tak perasan.”
“awak tak payahlah tipu..klu saya ni cantik, dah lama orang minat kat saya kan? Tapi tak de pun.”
Tersenyum.
“awak, cantik tu subjektif...bukan dinilai pada pandangan mata semata. Mungkin bagi orang lelaki yang biasa-biasa akan menilai seorang perempuan itu melalui pandangn mata semata tapi tidak bagi mereka yang punyai mata hati (yang soleh lagi bertaqwa).”
“dan satu lagi, awak suka ke klu orang minat atau cintakan awak sebab kecantikan awak semata,bukan sebab awak itu awak? Klu kecantikan awak Allah tarik, macamna dengan orang yang cinta atau minat kat awak tu? Confirm dia dah tak tengok kat awak kan? Awak nak macam tu ke?”
“awak…kecantikan luaran itu tidak akan kekal menjangkau usia, namun hati yang bersih dan cantiklah akan sentiasa menghiasi luaran awak maupun dalaman awak. InsyaAllah, dengan kecantikan itulah yang akan buat awak tersenyum sampai akhir hayat awak.”
“saya tahu awak…tapi saya nak juga rasa perasaan disayangi dan menyayangi dari seorang lelaki.”
Menghela nafas.
“perasaan awak tu memang fitrah awak…dan tak salah pun awak rasa macam tu…cuma bukankah ia lebih baik jika awak rasa dan nikmati perasaan tu selepas awak terima nikahnya? Tidakkah awak rasa begitu.?”
“macamana saya nak terima nikahnya, sedangkan saya tak de siapa yang suka? Bukan begitu pula?”
Menggeleng kepala.
“awak…mana awak tahu tak de orang yang sukakan awak?jodoh tu bukan sebab kita suka ataupun tak suka, tapi jodoh tu sebab perancangan-Nya sejak azali. Kegelisahan dan kerisauan awak tu yang sebenarnya telah menyempitkan pemikiran sihat awak. Awak kena yakin pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah untuk awak. Raih cinta-Nya dahulu sebelum cinta manusia…InsyaAllah awak akan rasa perasaan disayangi dan menyanyangi itu dalam diri awak kelak.”
“awak..awak bolehlah cakap macam tu, sedangkan awak tak pernah rasa apa yang saya rasa!”
“mungkin betul awak cakap…mungkin saya tak pernah rasa apa yang awak rasa dan mungkin awak pun tak pernah rasa apa yang saya rasa. Awak…setiap manusia ada ujian yang perlu ditempuhi. Lain orang, lain ujiannya.Mungkin bagi awak, saya seorang yang beruntung sangat sebab ramai yang cuba untuk mendekati saya tapi jika itulah yang awak rasa dan fikirkan, awak silap…awak silap besar sangat…”
“awak…saya tak pernah rasa lelaki yang cuba dekat dengan saya tu menyanyangi saya dengan seikhlasnya melainkan hanya mengambil kesempatan pada diri saya, awak…,walaubagaimana pun saya hanya manusia biasa awak…kadang-kadang perasaan suka ,terasa diri ini terlalu istimewa daripada perempuan lain dan bagga itu menerpa...namun saya cepat-cepat menepis perasaan tu awak…sebab saya tak nak perasaan tu memusnahkan diri saya kelak…saya takut awak…saya takut hati saya kotor…saya terpaksa mujahadah awak…dan awak juga perlu mujahadah!”
“awak…bukan itu saje, saya keliru awak…saya tak tahu siapa yang harus saya percaya. Lelaki ini ataupun itu? Saya serabut awak…tak tenang langsung! Pergi sana ada orang kacau, pergi sini ada orang kacau. Awak suka ke macam tu? Dan saya tak rasa pun orang-orang yang kacau saya tu, betul-betul sukakan saya melainkan nak permainkan saya.”
“ramai yang menjadi mangsa! awak…mangsa dikecewakan, disihir, dirogol dan sebagainya oleh lelaki yang tak punyai perasaan. Semuanya disebabkan kecantikan yang sementara. Jadi Awak perlu rasa syukur dengan apa yang awak ada…yang Allah kurniakan pada awak biarpun ia bukan kecantikan luaran.”
“awak…awak wanita suci, awak perlu jaga itu…jangan sekali-kali awak merendahkan martabat awak…disebabkan nafsu awak. Biarlah jika bukan di dunia…tapi di akhirat sana awak akan kecapi kasih sayang dan kecintaan yang abadi. Moga-moga dengan mujahadah awak ni,Wildan-wildan menanti dengan setianya untuk menyambut awak di pintu syurga menanti.”
Wanita,
Hati yang bersih dan murni itu sudah cukup membuatkan dirimu cantik.
Tidak bersusah untuk kau mengenakan mekap dimukamu berwarna warni seperti badut.
Tidak usah kau memakai fesyen yang menjolok mata seperti jahiliah.
Tidak pening kau memikirkan bagaimana untuk membuat pembedahan plastic.
Sebenarnya kau itu paranoid!
p/s : wanita, kau terlalu istimewa. Aku terlalu menyanyangi dirimu. Jangan kau hanyut dengan perasaanmu. Kau perlu bangkit! Cuba menyanyangi dirimu sendiri. Jangan hanya mengharap pada manusia lain untuk menyanyangi dirimu. Mujahadahlah!
-pedusi:wanita/perempuan
Posted by Siti at 4:07 AM 0 comments
Labels: Kerana dirimu begitu berharga