“saya sebenarnya kecewa dengan akhawat kat sini,masa saya tengah mencari dulu…tak de orang yang nak kat saya…tapi Alhamdulillah yang ada sekarang ni, baik… ”luahan hati seorang ustaz.
“kita ni dalam memilih itu perlu…tapi jangan terlalu jual mahal. Hah,tengoklah akhawat sekarang, dah umur lanjut pun tak kahwin lagi...maksud saya,akhawat yang dulu-dulu orang taqdim(melamar untuk dijadikan isteri)tapi dia tolak,tak terima, dan macam-macamlah alasan.” Huraian ustaz lagi(ada penambahan huraian dari penulis sendiri).
Tiba-tiba rasa macam terkena batang hidung tapi tetap maintain.
“memang perlu untuk kita memilih apatah lagi ia berkaitan masa depan, tentang dunia dan akhirat kita, tapi kalau yang datang pada kita tu, orang yang kita redhai agama dan akhlaknya maka permudahkan…”nasihat ustaz (penulis hurai sendiri apa yang difahami)
Tiba-tiba tersenyum sendirian. “betul tu…”
“bukankah Rasulullah sendiri berpesan yang maksudnya: “jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.”-Riwayat al-Baihaqi-
Hati merasa tenang. “bukankah mencari cinta Allah dan Rasul-Nya itu yang utama? Aku percaya, cinta Allah akan memberikan aku segalanya hatta seseorang yang aku inginkan dan perlukan…bukan aku terlalu memilih tapi aku yakin dengan janji-Nya dalam surah al-Nur 24:26 yang mafhumnya: dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik pula.”
“Salahkah aku? Jika aku berat untuk menerima seseorang kerana aku merasakan diri ini perlu lebih mencintai Allah sebelum aku inginkan seseorang yang juga mencintai-Nya lebih dari segalanya. Aku tidak mahu yang menjadi pasanganku kelak yang tidak dapat membimbing aku ke jalan redho-Nya. Seorang pejuang agama yang soleh lagi bertaqwa itulah yang aku perlu dan inginkan dan ini bukan senang untuk dapatkannya jika diri masih lalai dengan dunia”
“aku tidak pernah menolak seseorang, namun aku punyai sebab yang aku rasakan perlu untuk aku bertegas,bukankah agama dan akhlak jadi taruhan?”
Teringat memori semalam tentang tiga lamaran berturutan. “sarah, akak selaku wakil dari bait muslim… nak beritahu ada ikhwah taqdim awak. Macamana ye?awak dah ada orang ke?nak tahu status awak?.” “secara jujurnya memang saya tiada sape-sape” “ok,jadi awak terima ke?” “terima atau tak, saya tak dapat nak jawab… semua bergantung pada mak ayah” “ok,awak nak pesan apa-apa ke pada ikhwah tu?” “tak de, Cuma saya nak beritahu…apa-apa pun Tanya mak ayah saya dulu.”
Tersenyum, namun sampai saat ini tiada apa-apa berita mengenai lamaran itu dari ibubapaku. Aku tertungu-tunggu juga, namun tidak berani agaknya ataupun belum bersedia ataupun mungkin…hanya main-main. Tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustazah ni.
“ikhwah yang melamar ni,sebenarnya tak kisah tentang masalah ibubapa akhawat ni…Cuma diorang nak tahu apa kata putus dari akhawat tu sendiri, masalah mak ayah tu diorang boleh selesaikan, kalau dah dapat kata putus pandai-pandailah diorang pujuk mak ayah kamu” kata seorang ustazah(isteri kepada ustaz) apabila akhawat memberi respon bahawa bukan kami tak nak, tapi masalah ibubapa yang susah nak terima kahwin waktu belajar ni selepas ditanya sebab kenapa akhawat tak terima lamaran.
Tiba-tiba aku berfikir.“mungkin dia ingat aku tak pandai buat keputusan sendiri dan itu menyebabkan dia tak ambil kisah apa yang aku pesan padanya melalui kak sya. whateverlah,kalau dia betul-betul serius, dia perlu hormat keputusan aku.Bukan aku tak reti buat keputusan sendiri,tapi aku dah buat keputusan bahawasanya mak ayah aku yang akan tentukan siapa yang sesuai jadi suamiku. Aku berdoa agar Allah memberi petunjuk-Nya kepada kedua ibubapaku.”
Lamaran kedua.“pak cik nak Tanya, sarah dah ada pakwe ke kat sana?” tiba-tiba soalan itu menjengah telingaku. “erm,mana ada…tak de masa nak berpakwe makwe ni.”responku. “hah, bolehlah macam tu…ada budak ni, baik orangnya…pak cik berkenan betul dengan dia. insyaAllah kalau nak akhirat tu akan dapat. Hah macamana sarah, terima tak?” “saya tak tahulah pak cik…pak cik tanyalah mak ayah saya.”
“tak pelah dulu, sarah ni tak habis belajar lagi” jawapan yang diberikan mak kepada pak cik menunjukkan beratnya hati mak untuk menerima lamaran tersebut. Jadi secara kesimpulanya, pak cik faham maksud tersirat mak.
Sampailah pada lamaran ketiga yang terlalu memeningkan kepala aku. Lamaran yang tidak diduga kehadirannya. Membuatkan aku terlalu stress sehingga aku hampir membuat suatu keputusan yang tak rasional yang akan menyebabkan maruah diri tercemar dengan kata-kata sendiri kerana kata-kata melambangkan keperibadian seseorang. Namun aku masih waras untuk menuturkan sesuatu perkataan itu kerana aku tahu kata-kata itu juga dapat mengguris hati sesiapa sahaja.
Dengan sebab lisan,manusia bermusuhan. Dengan sebab lisan, manusia tiada kesepakatan. Dengan sebab lisan juga manusia tidak menghiraukan larangan Allah dan tidak takut dengan seksaan-Nya sehingga sanggup mengunakan perantaraan jin dan syaitan untuk membalas dendam pada seseorang yang menyakitinya dengan hanya melalui kata-kata yang keluar dari mulut seseorang yang datang selalunya dari emosi marah yang tidak menentu. Aku tidak mahu dengan hanya sebab pertuturan itu akan memusnahkan segalanya,aku cuba mengawal emosi yang bercelaru.
Membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup bukanlah sesuatu yang mudah seperti mengunyah kacang, tapi ia memerlukan ketelitian ,pemikiran yang mendalam dan petunjuk dari-Nya yang utama.
“salam, maaf mengganggu. Harap sihat. Maaf jika kedatangan message ni mengganggu saudari. Saya nak minta izin. Sebenarnya saya nak taqdim(lamar) saudari sebelum terlambat atau terlepas. Harap kedatangan message ini dirahsiakan.”
Aku masih terkejut dan merasakan berada dalam mimpi, aku tidak terus membalas message tersebut. Pada keesokan harinya, dia menghantar message sekali lagi.
“saudari, minta izin sekali lagi. Respon saudari,saya tak tahu saudari dah ada orang taqdim ke belum,terima saya atau tak. Please respon…” “maaf, saya tak dapat nak beri jawapan pada persoalan saudara, sebab saya, tanggungjawab mak ayah saya...keputusan mak ayah saya, keputusan saya.”balas sarah selepas pening memikirkan ayat yang sepatutnya dibalas kerana masih tidak percaya dengan kedatangan message dari dia(orang yang dikenali).
“ok tak pe, saya faham.. nanti saya Tanya mak ayah saudari. Boleh saya dapatkan no. mak ayah saudari?” message yang diterima mengejutkan sarah, dan sarah tidak menyangka dia akan Tanya no. mak ayah kerana dalam fikiran sarah tidak akan seserius macam ni.
“saya minta maaf, buat masa ni saya tiada kekuatan untuk beri no mak ayah saya kepada saudara.”sarah membalas selepas berfikir panjang dan berharap dengan message ini membuatkan dia faham bahawa perkara ini memerlukan masa untuk difikirkan.Namun harapan sarah tidak seperti yang diharapkana apabila menerima message dari dia selepas sehari balasan yang dihantar sarah kepadanya.
“saudari macam mana? Senyap je?” message yang dihantar membuatkan sarah tertekan dan merasakan dia terlalu memaksa. “ee…dia ingat benda ni, benda kecik ke? Tak menyempat-nyempat…patutnya dia bagilah aku masa, untuk fikir…solat istikharah,bincang ngan keluarga dan sebagainya, kalau dah macam ni gayanya…tak tahulah kalau dah kahwin nanti” bebel sarah sendirian. “salam, saya harap saudara jangan terlalu mengharap. Saya tak nak beri harapan pada orang.” Balas sarah.
Jadi nak dipendekkan kisah ni, sarah memutuskan keputusannya dengan membalas message yang berbunyi “salam,maaf sebab buat saudara tertunggu-tunggu jawapan.saya hargai niat baik saudara kepada saya,tapi saya tak dapat nak teruskan, saya doakan saudara dapat seorang yang lebih baik” setelah pelbagai message dan miss call yang di buat olehnya kepada sarah tidak dibalas oleh sarah.
“Bukan niat aku buat dia tertunggu-tunggu, tapi aku hanya perlukan waktu untuk tenangkan fikiran dalam buat keputusan yang penting dalam hidup aku.” Selepas istikharah dan berfikir secara waras, sarah mengambil keputusan tersebut. Sarah merasa tenang selepas menghantar message itu, ringan rasa bahunya selepas sekian lama(tak sampai seminggu pun,tapi atas message-message yang dihantar menyebabkan sarah merasa dipaksa dan didesak) memikul beban masalah yang dihadapinya selama ini.(alhamdulillah,hanya mengambil masa sehari dua sahaja masalah diselesaikan)
“aku bukan menolak secara terus,namun aku masih memberi peluang kepadamu walau pada hakikatnya aku tahu engkau bukanlah seperti apa yang aku inginkan dan perlukan, tapi kau telah membuat keyakinanku bertambah kuat untuk meminggirkanmu dengan caramu sendiri yang kau tunjukkan. Yang membuatkan aku tertanya-tanya dan bersangka denganmu”
"mungkin sekali imbas aku yang bersalah kerana tidak memberi no mak ayah kepadamu,namun mana mungkin untuk aku memberinya kepadamu kerana aku masih tidak dapat menerima kehadiran lamaran ini."
“caramu menghantar message untukku sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan aku ragu dengan dirimu, itu bukanlah yang syar’ei jika membawa fitnah dan aku tidak redho dengan itu. Seharusnya engkau perlu berfikir lebih panjang dalam keinginanmu.”
“adakah aku dikira melampau apabila aku menolaknya atas sebab yang perlu? Adakah melampau kiranya aku menolaknya kerana runtuhnya kepercayaanku kepadanya?Tegas dalam membuat keputusan itu perlu apabila keadaan mendesak, namun ia harus dinilai dengan akal dan hati yang bersih melalui petunjuk-Nya bukan dengan emosi melulu yang dikuasai syaitan.”
“setiap masalah dan dugaan hidup yang datang adalah dari Allah, jadi seharusnya kita sebagai manusia perlu utamakan-Nya dalam setiap perkara. Dia yang menciptakan segala hal dan keadaan dan seharusnya Dialah sebaik-baik tempat kembali.”
"ini mungkin ujian untukku, dan mengajaran untuk semua yang mahu memikirkannya."
"nilaian seorang wanita itu bukan terletak pada berapa ramai yang melamar dirinya namun ia terletak kepada siapakah yang melamarnya."
*dalam post kali ini adalah kisah benar, namun banyak penambahan yang dibuat dari penulis sendiri untuk dijadikan kisah ini ok untuk dibaca.Harap memberi manfaat kepada semua.
Wednesday, December 15, 2010
Memilih demi redho-Nya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment