BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 23, 2010

Warkah istimewa...



Salam di kejauhan buat adikku…
Warkah ini khas buatmu…

Wahai adikku,
Dengarlah apa yang ingin ku bicarakan…
Walaupun aku bukanlah contoh yang terbaik buat dirimu…
Namun ku harap kau tidak melihat diri ini…

Tapi lihatlah apa yang ingin ku perkatakan…
Kerana hidup ini telah ku lalui lebih lama dari dirimu…
Terlalu banyak liku-liku yang terpaksa ku tempuh…

Wahai adikku,
Sebagai daei…
Seharusnya mempunyai peribadi contoh…
Terutama pada kedua ibubapamu…

Cuba kau renung…
Apakah digelar daie bagi orang yang tidak berbuat baik kepada kedua ibubapa mereka?
Apakah digelar daie bagi orang yang tidak mengambil endah perihal keluarga mereka?
Aku terlalu kagum denganmu wahai adikku…

Namun aku lebih kagum jika kau dapat menilai…
Dimana dakwahmu yang perlu kau suburi…
Agar dakwahmu tidak menjadi fitnah dikemudian hari…

Dakwahmu tidak akan sampai…
Andai dirimu terlalu ego untuk merendahkah egomu…
Dihadapan ibubapamu…

Aku tidak ingin kau jadi seperti diriku…
Yang dulu mungkin terlalu mengikut nafsu…
Seringkali melawan kedua mereka…
Kerana itu aku terlalu mengharap kepadamu…

Bahagiakanlah mereka…
Selagi kau punyai masa…
Selagi mereka masih disisimu..
Walaupun ku tahu…
Bukan mudah bagi dirimu untuk semua itu…
Mungkin kerana usiamu yang terlalu muda…
Jiwa yang sering memberontak…

Aku merayu padamu wahai adik…
Jangan kau sekali-kali melukakan hati mereka…
Walau dengan hanya melewat-lewatkan suruhan mereka…
Walau hanya dengan riak wajahmu…
Yang mungkin akan mengguris hati mereka...
Kerana ku sedih melihat itu…
Ku terasa sayu wahai adik…

Namun wahai adikku,
Aku tidak sama sekali menyalahi dirimu…
Jika kau sedemikian…
Tapi aku menyalahkan diriku…
Kerana mungkin diriku dahululah yang kau lihat…

Wahai adikku,
Kadang-kadang kita tidak pernah untuk menghargai apa yang ada disisi kita…
Namun apabila ia tiada baru kita terasa…
Aku tidak ingin lihat kau jadi diriku dulu…

Ingatlah wahai adik…
Dakwahmu tidak akan kemana-mana…
Semuanya sia-sia…
Jika ibubapamu kau abaikan…

Janganlah kau salahkan mereka…
Jika dakwahmu terhalang…
Tapi salahkanlah dirimu…
Kerana tidak menunaikan hak mereka sebagai seorang anak…

Mengertilah wahai adikku,
Daie perlu mujahadah yang tinggi melawan nafsu…
Jangan kau jadi sepertiku…
Yang kadang –kadang kalah dengan nafsuku sendiri…

Cukuplah warkah ini sebagai ingatan kau wahai adikku…
Kerana sekali lagi aku nyatakan…
Aku bukanlah yang terbaik untuk kau ikuti...
Namun jika ada terselit kebaikan yang kulakukan kau ikutilah…
Tapi jika sebaliknya, kau jauhilah ia dari dirimu…

Aku doakan kau jadi anak yang taat…
Selagi mana mereka tidak mengajakmu kepada kemaksiatan…
Jadilah daie yang hebat seperti mana hebatnya akhlakmu kepada ibubapamu…
Jadilah daei pembangun ummat seperti mana kau membangunkan dirimu dari buaian mimpi indah….
Jadilah daei yang kuat seperti mana kau meluruskan dirimu dari cengkaman nafsu…
Jadilah daie yang ikhlas seperti mana dirimu ketika berseorangan…

Semoga Allah memberkatimu…

Sunday, June 20, 2010

Nasihatku…"tangisilah perasaanmu itu..."



Di sini hidupku di dunia…
Sebelum hidup kekal abadi nun diakhirat sana…
Kadang kala aku tidak mengerti hidup ini…
Aku tidak mengerti apakah perasaan ini…

Yang kadang kala menerjah di ruang hati ini…
Sampai aku tidak memahami diriku ini…
Perasaan marah, geram…
Perasaan gelisah,serabut…
Perasaan malas,bosan…
Kekosongan….

Semuanya bercampur-baur…
Ku rasa kehilangan…
Sesuatu yang tidak dapat kunyatakan ia…
Walaupun ia bukanlah suatu kehilangan insane yang ku sayangi..
Namun, perasaan ini cukup membuatkanku derita…
Sengsara...apakah semua ini?

Walau hakikatnya ku punyai ibu yang menyayangi…
Ku punyai ayah yang memahami…
Ku punyai adik-beradik yang boleh bergurau senda…
Ku punyai segala-galanya yang menyeronokan…
Menyebabkanku keliru apakah perasaan ini…

Aku seperti jasad yang tidak bernyawa…
Aku tiada perasaan untuk melakukan apa-apa…
Puas sudah ku mengadu pada orang-orang disekelilingku…
Namun ia tidak mengurangkan kekeliruanku…
Semua perkara yang ku buat tidak kena…
Ku cuba untuk memadankan perasaan yang bermain…
Namun apa dayaku?

Ku termenung sendiri…
Sehingga mengalir air mata jernih…
Tiba-tiba ia muncul tanpa kusedari…
Dari mana datangnya ia?
Sehingga terungkap segala-galanya…

Ku temui bahawasanya…
Aku insan kerdil..
Hamba Lemah dan tidak terdaya di sisi-Nya…
Mungkin ini peringatan bagiku…
Dari tuhanku…
Supaya Hambanya sedar…

Bahawasanya ada khilaf dalam ketaatan dan kepatuhan kepada-Nya…
Aku insafi semua…
Tiada sesiapa di dunia ini…
Yang boleh menenangkanku…
Kecuali dengan izin dari-Nya…
Yang menciptakan segalanya…
Semua tiada tandingan disisi-Nya…

Ku menangis dan terus menangis…
Membawa hati yang sunyi…
Ku ingin mendamba cinta-Nya..
Dalam tangis…
Ku mohon kekuatan dari-Nya…
Sehigga ketenangan datang tanpa dipinta…
Kekuatan yang entah kemana hilang…
Menjengah kembali…

Nasihatku kepada kalian…
Insafilah diri…
Menangislah selagi mana dirimu mampu untuk menangis…
Walau hanya dengan satu titisan…
Jangan di tahan ia…
Kerana ianya fitrah insan…
Di dalamnya ada ketenangan yang dicari…
Setenang air dikali...

Bila terasa sedih…
Allahlah tempat mengadu…
Kepada manusia…
Kadangkala terasa beban…
Kerana itu bukanlah yang utama…

Janganlah ego untuk sujud dan berdoa kepada-Nya…
Kerana setiap sesuatu itu datang dari-Nya…
Dan yang utama kembali kepada-Nya…
Allah Maha mendengar rintihan hamba-hamba-Nya…
Ingatlah nasihatku ini hanya kepada Allah tempat mengadu…

Friday, June 18, 2010

Duhai hati



Duhai hati jantung hidupku…
Engkaulah segalanya…
Yang membentuk diriku ini…
Diantara dua..
Baik diriku atau sebaliknya…
Wahai hati sanubariku,
Apakah perlunya kau disisiku?
Namun ku mengerti,
Terciptanya hati ini…
Untuk diri insani,
Yang perlu dibajai dengan iman…
Agar hati ini tetap ukuh disanubariku…
Agar tiada langkahku khilaf…
Bersama dunia yang penuh mimpi dan angan-angan…
Biar ombak yang melanda…
Biar taufan yang mendatang..
Walaubagaimana diriku ini…
Namun ku tetap mengerti ku punyai hati…
Tika diriku berduka,
Tika diriku sedih,
Namun hati inilah yang memujukku…
Hati ini telah menyakinkan diriku..
Yang mungkin selama ini…
Ku tidak sedari kau disisiku…
Namun kaulah penyelamat diriku…
Dari k uterus hanyut dalam duniaku sendiri…
Dari ku merasa tiada gunanya lagi untuk aku hidup…
Hampir sahaja ku berputus asa…
Namun dengan adanya hati ini…
Ku gagahi jua…
Kerana ku sedar,
Hadirnya kau..
Untuk diriku yakin dan percaya…
Sesungguhnya perlu adanya iman yang kuat..
Di hati setiap insani…
Mengenalkanku siapa diri ini..
Mengingatkanku bahawa ku punyai Tuhan…
Menginsafi segala kejadian…
Kerana Allahlah tuhan yang menciptakan segala hati…
Yang tersemat dalam setiap jasad insani…
Kembalilah kepada-Nya…
Dengan hati yang bersih lagi suci…
Dan sesungguhnya hati ini disaluti Iman…
Yang menunjukkan jalan kembali kepada-Nya.

Friday, June 4, 2010

Antara bidadari ....



Wahai kakakku,
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja?

Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
Tetapi di situlah wahai adikku,
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki…

Menjadi izzah yang paling gah,
Bahkan lebih gah egonya seorang lelaki…
Kerana sendu rayunya…
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun,

Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah,
Tetapi ia senjata,
Senjata yang paling berharga.

Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..

Pernahkah adikku dengar,
Pesanan Illahi pada hambanya?

Wahai lelaki-lelaki yang beriman,
Tundukkanlah pandanganmu dan ttutupkanlah auratmu

Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanan-Nya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal..
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya,

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
Agar memelihara auratnya,
Kerana di situlah kehormatannya..

Bukan fitnah semata-mata,
Jikalau ar-rijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu.
Sesungguhnya wanita yang beriman,
Yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

Tetapi kakakku,
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai adikku sayang,
Al-haya’(sifat malu ),
Ada dalam diri setiap insane,
Wujudnya seiring dengan nafas insani..

Dan Al-haya’ itulah pakaian IMAN,
Pada diri wanita itu,
Indah al-haya’ sebagai pembenteng diri.

Namun,
Bilamana al-haya’ itu lebur,
Imannya runtuh.

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.

Namun adikku,
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.

Wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita,
Pandai-pandailah dikau menilai,
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

Wahai adikku,
Janganlah adik gusar…
Tatkala tiada lelaki,
Yang hadir memetikmu,
Dan jangan engkau sesekali merendahkan dirimu,
Menggugurkan dirimu menyembah tanah…
Sedangkan engkau sebenarnya,
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu…

-nukilan ini bukan hasil idea sendiri,diambil dari youtube. semoga bermanfaat untuk semua.-