BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 4, 2010

Antara bidadari ....



Wahai kakakku,
Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja?

Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
Tetapi di situlah wahai adikku,
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki…

Menjadi izzah yang paling gah,
Bahkan lebih gah egonya seorang lelaki…
Kerana sendu rayunya…
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun,

Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah,
Tetapi ia senjata,
Senjata yang paling berharga.

Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..

Pernahkah adikku dengar,
Pesanan Illahi pada hambanya?

Wahai lelaki-lelaki yang beriman,
Tundukkanlah pandanganmu dan ttutupkanlah auratmu

Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanan-Nya?

Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal..
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya,

Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
Agar memelihara auratnya,
Kerana di situlah kehormatannya..

Bukan fitnah semata-mata,
Jikalau ar-rijal dan an-nisa’ sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu.
Sesungguhnya wanita yang beriman,
Yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

Tetapi kakakku,
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu?

Wahai adikku sayang,
Al-haya’(sifat malu ),
Ada dalam diri setiap insane,
Wujudnya seiring dengan nafas insani..

Dan Al-haya’ itulah pakaian IMAN,
Pada diri wanita itu,
Indah al-haya’ sebagai pembenteng diri.

Namun,
Bilamana al-haya’ itu lebur,
Imannya runtuh.

Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.

Namun adikku,
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.

Wahai adikku,
1001 keindahan penciptaan wanita,
Pandai-pandailah dikau menilai,
Antara permata dan debu-debu kilauan pasir.

Wahai adikku,
Janganlah adik gusar…
Tatkala tiada lelaki,
Yang hadir memetikmu,
Dan jangan engkau sesekali merendahkan dirimu,
Menggugurkan dirimu menyembah tanah…
Sedangkan engkau sebenarnya,
Telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu…

-nukilan ini bukan hasil idea sendiri,diambil dari youtube. semoga bermanfaat untuk semua.-

0 comments: