BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

Mutiara Sufi


Kring….kring…deringan telefon mengejutkan nada dari lena. “assalamualaikum,nak cakap dengan siapa? Tanya Nada dengan suara yang lemah. “helo,sofea ada?” balas pemanggil itu. Nada pelik mendengar suara lelaki menanyakan tentang kakaknya, kerana dia tahu sikap kakaknya yang sangat bertegas dengan lelaki sehinggakan ramai lelaki takut untuk mendekati kakaknya itu. “a…, maaf dia tak de,siapa ni?” dengan serta merta nada mengajukan soalan kepada pemanggil itu. “o..ye ke, kalau macam tu tak pe lah..”jawab lelaki tersebut terus meletakkan ganggang. “siapa ye tadi?pelik aku… dah lah bising,dengar orang gelak –gelak plak tu…” hairan nada memikirkan apa yang dia dengari dari telefon tadi. “erm, tak pelah..nanti aku tanya sufi” cuba untuk menenangkan hatinya sendiri. “assalamualaikum…” sofea memberi salam dari luar sejurus membuka pintu rumahnya itu. “waalaikummussalam..” jawab nada dengan senyum manis. “hai cik nada,kenapa tiba-tiba senyum semacam ni?” pelik sofea melihat gelagat adiknya itu. “tak de sufi,aku nak tanya ni,kau ada beri nombor telefon rumah kat budak lelaki ke?” tanya nada bersungguh-sungguh ingin mengetahui hal sebenarnya. “erm,seingat aku, rasa tak de..kenapa ye kau tanya macam tu?” soal sofea dengan kerutan di dahinya. “tadi. Masa kau keluar..ada budak lelaki call,dia kata nak cakap ngan kau…”jelas nada dengan semangatnya. “siapa?” tanya sofea keliru. “itulah masalahnya, aku tak tahu siapa… aku tanya, dia tak jawab..lepas aku cakap kau tak de…dia kata tak pelah n terus letak ganggang.” Jelas nada dengan panjang lebarnya. “ye ke? Tapi aku rasa macam tahu je sape…aku rasa budak kelas aku dan gang dia rasanya..sebabnya diorang selalu juga kacau, tapi kau tahulah akukan…memang tak layan langsung…” “ummi dengan ayah tahu ke?” tanya sofea risau. “alhamdulillah tak tahu…tapi ummi tanya tadi,tapi aku cuba mengelak”bisik nada dengan berhati-hati. “alhamdulillah…” tak sempat sofea menghabiskan kata-katanya telefon berdering. “pergilah angkat” arah nada kepada sofea. “ei, aku tak beranilah…bukannya biasa cakap ngan lelaki macam ni…” sofea cuba mengelak dari mengangkat telefon tersebut. “cepatlah… nanti ummi angkat lagi susah…”pujuk nada kepada kakaknya itu. “assalamualaikum, nak cakap ngan siapa?” ketar suara sofea melontarkan kata-kata. “ni sofea ke?” tanya pemanggil tersebut. “a..tak! ni kakak dia” cepat-cepat sofea menafikanya. “kalau macam tu, tak pe lah…” balas pemanggil tersebut dengan nada yang menggelikan. “wek,ei…memang sah budak tu…aku rasa dia tahu je aku tadi” beritahu sofea kepada adiknya.

………………………………………………………………………………………………
Pagi lagi sofea pergi ke sekolah kerana hari ini merupakan hari pertama sofea tinggal di asrama. Dengan semangat yang berkobar-kobar, sofea masuk ke kelasnya. Sebelum kelas bermula, sudah menjadi kebiasaan bagi semua pelajar untuk berhimpun di tapak perhimpunan untuk sesi taklimat. Pada hari itu, sebelum sempat sofea keluar kelas untuk ke tapak perhimpunan, seorang senior yang tidak di kenalinya menahannya dengan menanya belbagai soalan kepadanya. “awak sofea ke?” tanya senior tersebut. Belum sempat sofea menjawab, senior tersebut terlebih dahulu menanya soalan yang lain pula. “awak ada dapat surat tak?awak dah baca ke surat tu? Bertubi-tubi soalan yanag keluar dari senior tersebut menyebabkan sofea terpinga-pinga. “surat apa?” bisik hati sofea.s sebelum sempat sofea memikirkan dengan lebih banyak persoalan yang bermain di benaknya, tiba-tiba rakan sekalasnya menghampiri dan menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Sofea merasa pelik dengan riak muka rakannya itu, seperti sesuatu yang berlaku. Tanpa melengahkan masa sofea terus membaca isi surat tersebut. Riak muka sofea mula berubah apabila membaca isi kandungan surat itu dan sejurus habis kata-kata terakhir surat tersebut, dengan tidak semena-mena air mata cernihnya tumpah bagai air yang mengalir membasahi sebahagian tudungnya. Teresak –esak tangisan sofea ibarat seorang budak kecil yang kesakitan. Ya Allah, siapalah yang sanggup buat aku macam ni,aku rasa aku tak pernah menganiaya orang…sampai hati dia buat aku macam ni…”hati sofea berkata-kata betapa terkilan dan sedihnya diperlakukan seperti itu..Ramai yang melihat keadaannya ketika itu tertanya-tanya kenapa, apa yang terjadi. Ramai yang cuba meredakannya termasuk kakak senior tadi. Apabila ramai yang mengetahui isi surat tersebut,mereka menasihati sofea supaya melaporkan perkara terbabit ke pihak sekolah. Tanpa berfikir panjang, sofea terus memberitahu tentang perkara tersebut kepada cikgu yang bertanggungjawab dalam menangani masalah akhlak para pelajar dalam keadaan teresak-esak. Selepas kejadian tersebut, sofea menjadi bahan cerita oleh kebanyakan pelajar di situ. Ramai orang mengenali sofea di sebabkan peritiwa tersebut sehingga sofea merasakan dirinya seperti sudah kehilangan maruah dirinya di atas perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab menulis perkara yang menjijikkan lagi lucah itu.

………………………………………………………………………………………………
“sofea, awak lawa.. ramai orang minat awak,tak macam saya…dah lah tak lawa, tak de pun orang minat…kadang-kadang saya nak juga rasa orang minat saya.”kata wawa kepada rakannya itu. “segala puji hanya kepada Allah,wawa…awak tak boleh cakap macam tu…kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah berikan,Dia tak akan jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmahnya..mana awak tahu orang tak minat awak?mungkin ada orang minat, tapi dia hanya tak zahirkan dan ana rasa itu lebih baikkan? Pujuk sofea “awak nak tahu, sepatutnya awak rasa beruntung sebab awak terjaga dari fitnah…perempuan yang baik itu tidak seringkali di sebut namanya oleh orang yang sebarangan dan dia juga tidak menyebut-nyebut nama lelaki sebarangan.” “awak kena bersyukur dengan pemberian dari Allah,orang yang lawa tak semestinya dia sentiasa merasa gembira sebabnya kadang-kadang kesempurna paras rupa yang Allah anugerahkan kepadanya menyebabkan dia sering di ganggu. Jesteru itu mereka sering kali merasa tidak tenang dan serabut dengan keadaan itu. Dan awak perlu tahu hakikat kecantikan yang sebenar,ia bukan hanya terletak semata-mata pada wajah,tapi yang penting hati itu sendiri…walau macam mana cantiknya wajah seseorang tu,tak akan dapat dilihat cahaya di wajahnya jika hati tak secantik paras rupa and begitu juga sebaliknya.Dan sepatutnya orang yang kurang cantik tidak perlu merasa rendah diri kerana di sisi Allah semua manusia sama yang membezakan hanya ketaqwaan kepada Allah.”terang sofea kepada rakannya itu. Di malam yang hening,sofea bangun bermunajat kepada Allah. Dia memohon dari Allah agar di kurniakan kekuatan diri untuk terus thabat ,sabar dan tabah menghadapi segala cubaan di dunia ini. Setelah selesai menunaikan solat malam,dia termenung seketika dan berfikir tentang kata-kata dari rakannya wawa pagi semalam, seterus itu dia terus mendapatkan sekeping warkah berwarna hijau di dalam beg sekolahnya. Warkah dari seorang abang kepada seorang adik yang disayangi.

Aku suka melihat perempuan yang cantik ini,
Jika disalurkan dirinya kepada kebaikan..
Akhlaknya seiring sejalan dengan kesempurnaan parasnya.
Tapi sayang …
Aku hairan melihat perempuan yang cantik ini,
Seringkali menggoda lelaki..
Adakah mereka menganggap dunia ini akan kekal selamanya..
Adakah mereka tidak takut dengan azab seksa Allah?
Aku pelik melihat gelagat mereka yang ingin dikenali oleh lelaki..
Jika nama mereka tidak di sebut di bibir-bibir lelaki,
Mereka resah tak keruan..
Adakah mereka tidak mengetahui pandangan lelaki terhadap mereka..
Ataupun mereka memang suka lelaki mempermainkan diri mereka?
Nama mereka di jaja ke sana ke sini…
Seperti tiada nilai diri mereka..
Mereka seronok dan mungkin bangga..
Kerana ramai di antara lelaki yang mengenali mereka.
Dengan hanya kata-kata perangsang lelaki…
Mereka mudah mempercayai..
Adakah mereka tidak berfikir panjang dalam menentukan sesuatu..
Adakah mereka ingin menjadi hamba nafsu lelaki?
Insaflah dirimu wahai wanita…
Janganlah kau jadikan dirimu perosak lelaki..
Kerana dirimu terlalu berkuasa dalam melalaikan mereka…
Cukuplah dirimu dulu….yang hina…
Sehinggakan siapa yang mengangkat darjatmu…
Adakah kau mudah lupa?
Siapa lagi Kalau bukan yang bernama lelaki…
Rasulullahlah yang berusaha mengangkat ketinggianmu…
Islam itulah dasarnya …
Mengangkat martabatmu sehingga memuliakanmu
Takkan kau sanggup membuat yang sebaliknya kepada kedunya?
Ingatlah asal usulmu..
Jadi janganlah kau jadikan dirimu sebagai pemusnah…
Pemusnah generasi ummah..
Adakah kau tidak barsyukur?
Jangan kau menjadi fitnah dunia yang sementara ini.
Insaflah wahai puteri serikandi Islam…
Yang berjiwa kuat…
Jadilah dirimu mahal…
Tidak mudah hanyut dengan kehendak nafsu…
Jagalah dirimu dengan akhlak yang tiggi
Hiasilah dirimu dengan pakaian malu yang menebal..
Sehingga kau akan dapati
Akan lahirnya seorang mujahid yang berjiwa kental..
Dalam menelusuri perjuangan dakwah ini…
Dalam menegakkan islam dipersada dunia…
Menitis air mata sofea apabila membaca warkah terakhir pemberian abangnya itu. Dia rindu mendengar nasihat dan kata-kata semangat dari abangnya. A bangnyalah yang banyak meniupkan semangat perjuangan ke dalam dirinya seterusnya mendorong dirinya untuk menjadi seorang serikandi Islam yang kuat, yang tidak pernah gentar menghadapi lawan dan yang tidak akan tunduk dengan kehendak nafsu lelaki. Sofea merasa bersalah kepada abangnya kerana dia merasa dia tidak mampu menjaga amanah dari Allah sebaik mungkin .Tidak termampu rasa dirinya untuk menjadi sekuat dan setabah abangnya mengenangkan maruah dirinya telah di permainkan ketika ini. warkah ini merupakan kalam terakhir dari abangnya sebelum abangnya kembali ke rahmatullah. Abangnya telah meniggal dunia di bumi mesir menyebabkan dia tidak sempat menatap wajah abangnya buat kali terakhirnya. Walaupun sedih menyelubungi diri, sofea tetap redha dengan ketentuan-Nya. Jika dulu abangnya menjadi tempat sofea dan adiknya nada berkongsi sesuatu tapi sekarang sofea hanya ada nada untuk meluahkan perasaannya. “ya Allah kenapa kau menguji aku sampai tahap ini,ya Allah aku telah berusaha! untuk menjaga diri ini dari segala fitnah…tapi aku tidak berkuasa menentukan apa yang akan terjadi… janganlah kau hukum aku atas sebab kelalaian ku dalam usahaku ini ya Allah…walau bagaimana pun aku tetap redha dengan ketentuan-Mu kerana aku tahu kau tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia..mungkin kau jadikan ini untuk aku lebih tabah dalam perjuangan ini…dan mungkin juga sebagai kafarah dosaku dan mungkin juga untuk aku sedar bahawa selama ini aku belum cukup untuk menjaga diri…mungkin aku merasa bangga dengan kesempurnaan paras yang telah kau kurniakan kepada ku hingga aku lupa untuk mensyukuri nikmat itu ya Allah…walau atas apapun kau menguji ku, aku akan tetap bersangka baik pada-Mu ya Allah,kerana kau mengetahui setiap sesuatu …kau ampunkanlah segala dosaku,ummi dan ayahku,abang dan adikku,guru-guruku,rakan-rakanku,dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia… dosa besar atau kecil,sengaja atau tidak, dan dosa kami ketahui ataupun tidak, aku mohon segala-galanya kepada-Mu…Amin ya Allah.” Tanpa sofea sedari,pakaian solat nya telah basah disebabkan tangisannya yang tidak hnti-henti mengharap keampunan dan keredaan dari-Nya.

…………………………………………………………………………………………….
“sofea! Kau ni melampaulah…kenapa kau tuduh roy yang tulis semua tu?!” tengking Zaki ke arah sofea sejurus sofea melangkah kaki masuk ke kelas. “ya Allah, ujian apa lagi ni…kau kuatkanlah aku…” sempat sofea bermunajat dalam hatinya. “tuduh apanya?” sofea mula bersuara. “aeleh tunjuk baik pulak, kau tak payahlah pura-pura tak tahu..” “saya tak tuduh ye!” tegas nada sofea menegakkan kebenaran, tak sempat sofea menyambung kata-katanya zaki cuba mencelah “kau ni memang perasan cantik ye?, kalau dia ada kacau kau sekalipun, tak payahlah kau tuduh dia yang buat.” Tambah zaki dengan sinis. Panas wawa mendengar tuduhan-tuduhan yang tak berasas itu dilemparkan kepada rakannya menyebabkan wawa bangun mempertahankan sofea. “ea Zaki! Yang kau lebih-lebih ni apa hal? Ke kau bersubahat sekali, sedap mulut kau je cakap sofea ni perasan ye? Memang hakikat yang sofea ni Allah anugerahkan dia rupa paras yang cantik, dah apa hal nya kau nak tuduh dia perasan hah?” wawa membela sofea yang dari tadi tidak di berikan peluang langsung dari zaki untuk mempertahankan dirinya setelah bertubi-tubi zaki mengeluarkan hujahnya yang tidak berasas. Setiap kali sofea ingin mengatakan sesuatu, zaki terlebih dahulu memotongnya. “lah, kalau setakat cantik kat luar je, baik tak payah…tapi hati kotor dahlah sombong.” peril zaki. “zaki, kau cakap apa ni?untuk pengetahuan kau, sofea ni bukan setakat cantik luaran je..malahan dalaman sekali, kau tak kenal dia, jadi jangan sedap cakap je…kalau setakat kau cakap dia sombong di sebabkan dia tak layan lelaki,aku rasa kau silap menghukum orang.. aku rasa tak salah dan memang itu sepatutnya….takkan kau nak suruh dia layan kawan kau yang ntah apa apa tu? Ke, kau nak suruh dia layan kau?”sinis kata-kata wawa kepada Zaki. Tidak semena-mena meja di tumbuk oleh zaki terbakar mendengar sindiran dari wawa dan terus keluar dari kelas dalam keadaan yang marah. Sejurus kejadian itu, wawa mendapati sofea menangis sendirian di tempat duduknya di belakang. Dengan perlahan, wawa mendekati sofea “dah lah tu sofea, sabar ye…” pujuk wawa dengan lembut.

………………………………………………………………………………………………

Thursday, October 8, 2009

Impian...

kring...kring...deringan telefon mengejutkan suci dari lena yang panjang.