BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 21, 2010

Batas Pergaulan


Kepada Allah kita kembali

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.

Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)

Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?

Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.

Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.



Batas perlu dijaga

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.

Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.

Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"

Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.

Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"

Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. (Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang)

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.



Prevention is better than cure

Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.

Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.

Amiiin.

Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.

sumber:
www.iluvislam.com
Oleh : Farhana
Editor : doraemong13

Pelindung Vs Perosak




Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.




Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita? Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?


Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.


Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah?

Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi.
Pelindungkah?


Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.
Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.
Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.
Pelindungkah?


Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu,
supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.
Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.
Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!


Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.


Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!


Wahai 1ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!


Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.
Jadilah kalian pelindung yang sejati,
agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi,
sampai tiba saatnya nanti...


Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan 2husnul khatimah? Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita? Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai? Sanggupkah?



Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"

(Hadis riwayat lmam Muslim)


Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.


Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!
Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati.


Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati. Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.



Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?"

Aku menjawab, "Ya, benar."

Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati.




Glosari

1 Ar-rijal: Lelaki, pemuda.
2 Husnul khatimah: Pengakhiran yang baik.

sumber:
www.iluvislam.com
Oleh: Farhana
Editor: Rasailul Ashwaq

Thursday, July 29, 2010

Hitam atau putih?



Hitam atau putih, yang mana pilihan hati?
Hidup adalah tentang sebuah pilihan.
Hitam atau putih?
Hitam yang gelap atau putih yang cerah?
Ia terletak di tangan kalian.
Yang nanti kalian akan jalani ia.
Tunjukkanlah warna kalian.
Dengan pilihan yang terbaik.
Yang kelak menentukan penghujungnya.
Syurga atau neraka.

Thursday, July 22, 2010

Mutiara Sufi...insyaAllah full version


Kring….kring…deringan telefon mengejutkan nada dari lena. “assalamualaikum,nak cakap dengan siapa? Tanya Nada dengan suara yang lemah. “helo,sofea ada?” balas pemanggil itu. Nada pelik mendengar suara lelaki menanyakan tentang kakaknya, kerana dia tahu sikap kakaknya yang sangat bertegas dengan lelaki sehinggakan ramai lelaki takut untuk mendekati kakaknya itu. “a…, maaf dia tak de,siapa ni?” dengan serta merta nada mengajukan soalan kepada pemanggil itu. “o..ye ke, kalau macam tu tak pe lah..”jawab lelaki tersebut terus meletakkan ganggang. “siapa ye tadi?pelik aku… dah lah bising,dengar orang gelak –gelak plak tu…” hairan nada memikirkan apa yang dia dengari dari telefon tadi. “erm, tak pelah..nanti aku tanya sufi” cuba untuk menenangkan hatinya sendiri. “assalamualaikum…” sofea memberi salam dari luar sejurus membuka pintu rumahnya itu. “waalaikummussalam..” jawab nada dengan senyum manis. “hai cik nada,kenapa tiba-tiba senyum semacam ni?” pelik sofea melihat gelagat adiknya itu. “tak de sufi,aku nak tanya ni,kau ada beri nombor telefon rumah kat budak lelaki ke?” tanya nada bersungguh-sungguh ingin mengetahui hal sebenarnya. “erm,seingat aku, rasa tak de..kenapa ye kau tanya macam tu?” soal sofea dengan kerutan di dahinya. “tadi. Masa kau keluar..ada budak lelaki call,dia kata nak cakap ngan kau…”jelas nada dengan semangatnya. “siapa?” tanya sofea keliru. “itulah masalahnya, aku tak tahu siapa… aku tanya, dia tak jawab..lepas aku cakap kau tak de…dia kata tak pelah n terus letak ganggang.” Jelas nada dengan panjang lebarnya. “ye ke? Tapi aku rasa macam tahu je sape…aku rasa budak kelas aku dan gang dia rasanya..sebabnya diorang selalu juga kacau,ummi dengan ayah tahu ke?” tanya sofea risau. “alhamdulillah tak tahu…tapi ummi tanya tadi,tapi aku cuba mengelak”bisik nada dengan berhati-hati. “alhamdulillah…” tak sempat sofea menghabiskan kata-katanya telefon berdering. “pergilah angkat” arah nada kepada sofea. “ei, aku tak beranilah…bukannya biasa cakap ngan lelaki macam ni…” sofea cuba mengelak dari mengangkat telefon tersebut. “cepatlah… nanti ummi angkat lagi susah…”pujuk nada kepada kakaknya itu. “assalamualaikum, nak cakap ngan siapa?” ketar suara sofea melontarkan kata-kata. “ni sofea ke?” tanya pemanggil tersebut. “a..tak! ni kakak dia” cepat-cepat sofea menafikanya. “kalau macam tu, tak pe lah…” balas pemanggil tersebut dengan suara yang sengaja dibuat-buat menggoda terus memutuskan talian. “ie…memang sah budak tu…aku rasa dia tahu je aku tadi” beritahu sofea kepada adiknya.

………………………………………………………………………………………………
Pagi lagi sofea pergi ke sekolah kerana hari ini merupakan hari pertama sofea tinggal di asrama. Dengan semangat yang berkobar-kobar, sofea masuk ke kelasnya. Sebelum kelas bermula, sudah menjadi kebiasaan bagi semua pelajar untuk berhimpun di tapak perhimpunan untuk sesi taklimat. Pada hari itu, sebelum sempat sofea keluar kelas untuk ke tapak perhimpunan, seorang senior yang tidak di kenalinya menahannya dengan menanya belbagai soalan kepadanya. “awak sofea ke?” tanya senior tersebut. Belum sempat sofea menjawab, senior tersebut terlebih dahulu menanya soalan yang lain pula. “awak ada dapat surat tak?awak dah baca ke surat tu? Bertubi-tubi soalan yanag keluar dari senior tersebut menyebabkan sofea terpinga-pinga. “surat apa?” bisik hati sofea. sebelum sempat sofea memikirkan dengan lebih banyak persoalan di benaknya, tiba-tiba rakan sekalasnya menghampiri dan menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Sofea merasa pelik dengan riak muka rakannya itu, seperti sesuatu yang berlaku. Tanpa melengahkan masa sofea terus membaca isi surat tersebut. Riak muka sofea mula berubah apabila membaca isi kandungan surat itu dan sejurus habis kata-kata terakhir surat tersebut, dengan tidak semena-mena air mata cernihnya tumpah bagai air yang mengalir membasahi sebahagian tudungnya. Teresak –esak tangisan sofea ibarat seorang budak kecil yang ditinggalkan ibunya. Ya Allah, siapalah yang sanggup buat aku macam ni,aku rasa aku tak pernah menganiaya orang…sampai hati dia buat aku macam ni…” detik hati sofea, betapa terkilan dan sedihnya diperlakukan seperti itu..Ramai yang melihat keadaannya ketika itu tertanya-tanya kenapa, apa yang terjadi. Ramai yang cuba meredakannya termasuk kakak senior tadi. Apabila ramai yang mengetahui isi surat tersebut,mereka menasihati sofea supaya melaporkan perkara terbabit ke pihak sekolah. Tanpa berfikir panjang, sofea terus memberitahu tentang perkara tersebut kepada cikgu yang bertanggungjawab dalam menangani masalah akhlak para pelajar dalam keadaan teresak-esak. Selepas kejadian tersebut, sofea menjadi bahan cerita oleh kebanyakan pelajar di situ. Ramai orang mengenali sofea di sebabkan peritiwa tersebut sehingga sofea merasakan dirinya seperti sudah kehilangan maruah dirinya di atas perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab menulis perkara yang menjijikkan lagi lucah itu.

………………………………………………………………………………………………
“sofea, awak lawa.. ramai orang minat awak,tak macam saya…dah lah tak lawa, tak de pun orang minat…kadang-kadang saya nak juga rasa orang minat saya.”kata wawa kepada rakannya itu. “segala puji hanya kepada Allah,wawa…awak tak boleh cakap macam tu…kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah berikan,Dia tak akan jadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmahnya..mana awak tahu orang tak minat awak?mungkin ada orang minat, tapi dia hanya tak zahirkan dan ana rasa itu lebih baik,awak tak rasa ke? Pujuk sofea “awak nak tahu, sepatutnya awak rasa beruntung sebab awak terjaga dari fitnah…perempuan yang baik itu tidak seringkali di sebut namanya oleh orang yang sebarangan dan dia juga tidak menyebut-nyebut nama lelaki sebarangan.” “awak kena bersyukur dengan pemberian dari Allah,memang fitrah manusia sukakan pujian dan kecantikan,namun awak jangan ingat semua orang yang dipuji itu gembira dengan pujian,namun ada yang merasa takut…sebab besar kemungkinan pujian itu akan menambahkan keriakan..orang yang lawa tak semestinya dia sentiasa merasa gembira sebabnya kadang-kadang kesempurna paras rupa yang Allah anugerahkan kepadanya menyebabkan dia sering di ganggu. Jesteru itu mereka sering kali merasa tidak tenang dengan keadaan itu. Dan awak perlu tahu hakikat kecantikan yang sebenar,ia bukan hanya terletak semata-mata pada wajah,tapi yang penting hati itu sendiri…walau macam mana cantiknya wajah seseorang tu,tak akan dapat dilihat cahaya di wajahnya jika hatinya kotor,tak secantik paras rupa and begitu juga sebaliknya.Dan sepatutnya orang yang kurang cantik tidak perlu merasa rendah diri kerana di sisi Allah semua manusia sama yang membezakan hanya ketaqwaan kepada Allah.”terang sofea kepada rakannya itu. Di malam yang hening,sofea bangun bermunajat kepada Allah. Dia memohon kepada Allah agar di kurniakan kekuatan diri untuk terus thabat ,sabar dan tabah menghadapi segala cubaan di dunia ini. Setelah selesai menunaikan solat malam,dia termenung seketika dan berfikir tentang kata-kata dari rakannya wawa pagi semalam, seterus itu dia terus mendapatkan sekeping warkah berwarna hijau di dalam beg sekolahnya. Warkah dari seorang abang kepada seorang adik yang disayangi.

Aku suka melihat perempuan yang cantik ini,
Jika disalurkan dirinya kepada kebaikan..
Akhlaknya seiring sejalan dengan kesempurnaan parasnya.
Tapi sayang …
Aku hairan melihat perempuan yang cantik ini,
Seringkali menggoda lelaki..
Adakah mereka menganggap dunia ini akan kekal selamanya..
Adakah mereka tidak takut dengan azab seksa Allah?
Aku pelik melihat gelagat mereka yang ingin dikenali oleh lelaki..
Jika nama mereka tidak di sebut di bibir-bibir lelaki,
Mereka resah tak keruan..
Adakah mereka tidak mengetahui pandangan lelaki terhadap mereka..
Ataupun mereka memang suka lelaki mempermainkan diri mereka?
Nama mereka di jaja ke sana ke sini…
Seperti tiada nilai diri mereka..
Mereka seronok dan mungkin bangga..
Kerana ramai di antara lelaki yang mengenali mereka.
Dengan hanya kata-kata perangsang lelaki…
Mereka mudah mempercayai..
Adakah mereka tidak berfikir panjang dalam menentukan sesuatu..
Adakah mereka ingin menjadi hamba nafsu lelaki?
Insaflah dirimu wahai wanita…
Janganlah kau jadikan dirimu perosak lelaki…perosak ummah keseluruhannya
Kerana dirimu terlalu berkuasa dalam melalaikan mereka…
Cukuplah dirimu dulu….yang hina…
Sehinggakan siapa yang mengangkat darjatmu…
Adakah kau mudah lupa?
Siapa lagi Kalau bukan yang bernama lelaki…
Rasulullahlah yang berusaha mengangkat ketinggianmu…
Islam itulah dasarnya …
Mengangkat martabatmu sehingga memuliakanmu
Takkan kau sanggup membuat yang sebaliknya kepada yang telah berjasa kepadamu…
Ingatlah asal usulmu..
Jadi janganlah kau jadikan dirimu sebagai pemusnah…
Pemusnah generasi ummah..
Adakah kau tidak barsyukur?
Jangan kau menjadi fitnah dunia yang sementara ini.
Insaflah wahai puteri serikandi Islam…
Yang berjiwa kuat…
Jadilah dirimu mahal…
Tidak mudah hanyut dengan kehendak nafsu…
Jagalah dirimu dengan akhlak yang tiggi peribadi yang mulia…
Semulia insane-insan yang terdahulu

Hiasilah dirimu dengan pakaian malu yang menebal..
Sehingga kau akan dapati
Akan lahirnya seorang mujahid yang berjiwa kental..
Dalam menelusuri perjuangan dakwah ini…
Dalam menegakkan islam dipersada dunia…
Menitis air mata sofea apabila membaca warkah terakhir pemberian abangnya itu. Dia rindu mendengar nasihat dan kata-kata semangat dari abangnya. A bangnyalah yang banyak meniupkan semangat perjuangan ke dalam dirinya seterusnya mendorong dirinya untuk menjadi seorang serikandi Islam yang kuat, yang tidak pernah gentar menghadapi lawan dan yang tidak akan tunduk dengan kehendak nafsu lelaki. Tidak termampu rasa dirinya untuk menjadi sekuat dan setabah abangnya mengenangkan maruah dirinya telah di permainkan ketika ini. warkah ini merupakan kalam terakhir dari abangnya sebelum abangnya kembali ke rahmatullah. Abangnya telah meniggal dunia di bumi mesir menyebabkan dia tidak sempat menatap wajah abangnya buat kali terakhirnya. Walaupun sedih menyelubungi diri, sofea tetap redha dengan ketentuan-Nya. Jika dulu abangnya menjadi tempat sofea dan adiknya nada berkongsi sesuatu tapi sekarang sofea hanya ada nada untuk meluahkan perasaannya. “ya Allah kenapa kau menguji aku hingga tahap ini,ya Allah aku telah berusaha! untuk menjaga diri ini dari segala fitnah…tapi aku tidak berkuasa menentukan apa yang akan terjadi… janganlah kau hukum aku atas sebab kelalaian ku dalam usahaku ini ya Allah…walau bagaimana pun aku tetap redha dengan ketentuan-Mu kerana aku tahu kau tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia..mungkin kau jadikan ini untuk aku lebih tabah dalam perjuangan ini…dan mungkin juga sebagai kafarah dosaku dan mungkin juga untuk aku sedar bahawa selama ini aku belum cukup untuk menjaga diri…mungkin aku merasa bangga dengan kesempurnaan paras yang telah kau kurniakan kepada ku hingga aku lupa untuk mensyukuri nikmat itu ya Allah…walau atas apapun kau menguji ku, aku akan tetap bersangka baik pada-Mu ya Allah,kerana kau mengetahui setiap sesuatu …kau ampunkanlah segala dosaku,ummi dan ayahku,abang dan adikku,guru-guruku,rakan-rakanku,dan seluruh muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia… dosa besar atau kecil,sengaja atau tidak, dan dosa kami ketahui ataupun tidak, aku mohon segala-galanya kepada-Mu…Amin ya Allah.” Tanpa sofea sedari,pakaian solat nya telah basah disebabkan tangisannya yang tidak hnti-henti mengharap keampunan dan keredaan dari-Nya.

…………………………………………………………………………………………….
“sofea! Kau ni melampaulah…kenapa kau tuduh roy yang tulis semua tu?!” tengking zaidi ke arah sofea sejurus sofea melangkah kaki masuk ke kelas. “ya Allah, ujian apa lagi ni…kau kuatkanlah aku…” sempat sofea bermunajat dalam hatinya. “tuduh apanya?” sofea mula bersuara. “aeleh tunjuk baik pulak, kau tak payahlah pura-pura tak tahu..” “saya tak tuduh ye!” tegas nada sofea menegakkan kebenaran, tak sempat sofea menyambung kata-katanya zaidi cuba mencelah “kau ni memang perasan cantik ye?, kalau dia ada kacau kau sekalipun, tak payahlah kau tuduh dia yang buat.” Tambah zaki dengan sinis. Panas wawa mendengar tuduhan-tuduhan yang tak berasas itu dilemparkan kepada rakannya menyebabkan wawa bangun mempertahankan sofea. “ea Zaidi! yang kau lebih-lebih ni apa hal? Ke kau bersubahat sekali, sedap mulut kau je cakap sofea ni perasan ye?memang dia cantik, kau jeolaus ke?” wawa membela sofea yang dari tadi tidak di berikan peluang langsung dari zaidi untuk mempertahankan dirinya setelah bertubi-tubi zaidi mengeluarkan hujahnya yang tidak berasas. Setiap kali sofea ingin mengatakan sesuatu, zaidi terlebih dahulu memotongnya. “wawa dahlah tu, biarlah dia nak cakap apapun, buang masa je cakap ngan orang macam ni..” sofea cuba menenangkan wawa dengan menarik tangan wawa untuk duduk.“lah, kalau setakat cantik kat luar je, baik tak payah…tapi hati kotor dahlah sombong.” perli zaidi. “zaidi, kau cakap apa ni?untuk pengetahuan kau, sofea ni bukan setakat cantik luaran je..malahan dalaman sekali, kau tak kenal dia, jadi jangan sedap cakap je…kalau setakat kau cakap dia sombong di sebabkan dia tak layan lelaki,aku rasa kau silap menghukum orang.. aku rasa tak salah dan memang itu sepatutnya….takkan kau nak suruh dia layan kawan kau yang ntah apa apa tu? Ke, kau nak suruh dia layan kau?”sinis kata-kata wawa kepada Zaidi. Tidak semena-mena meja di tumbuk oleh zaidi terbakar mendengar sindiran dari wawa dan terus keluar dari kelas dalam keadaan yang marah. Sejurus kejadian itu, wawa mendapati sofea menangis sendirian di tempat duduknya di belakang. Dengan perlahan, wawa mendekati sofea “dah lah tu sofea, sabar ye…” pujuk wawa dengan lembut.

………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum…”sofea memberi salam sebelum masuk ke rumah. Selepas dua miggu sofea tinggal di asrama, inilah kali pertama dia pulang ke rumah kerana peraturan asrama memberi keizinan pulang hanya dua kali sebulan.Sejurus itu, belum sempat sofea melabuh punggungnya di sofa, nada terus mendapatkanya sambil menyoal pelbagai persoalan. “sufi, siapa yang tulis benda tu?” dengan semangatnya nada menanya untuk mendapatkan penjelasan dari kakaknya itu. “ntah, tak tahu siapa…” sofea memberi jawapan dengan muka yang slamba, macam perkara tu tak pernah berlaku. “ei kau ni, pelik aku, klu aku memang nak marah betullah kat orang tu, tapi kau slamba je, apa hal?” nada memberi pandangannya. “memanglah nak marah…tapi nak buat macam mana kan, benda pun dah berlaku, kau tahu tak aku dah letih dah nak menangis kat asrama tu, tapi tak de jalan penyelesaian juga, jadi lebih baik aku buat tak tahu je…kan senang…banyak doa pada Allah, insyaAllah hati kita jadi tenang…” jelas sofea. “erm, betullah tu…bukan apa, aku risau kat kau sebenarnya, ummi dan ayah pun sama…tapi tak pe lah kau dah boleh terima” nada memberi kata semangat kepada Sofea. “tapikan, kau tahu tak disebabkan perkara ni…aku jadi terkenal plak, semua orang kenal aku n ada juga orang yang tak kenal, beria-ria nak kenal aku…aku rasa macam maruah aku jatuh di sebabkan perkara ni..sedih aku kau tahu…”luah sofea tiba-tiba. “tak pelah, semua ni ujian dari Allah untuk hambanya yang betul-betul mampu menghadapinya, dan kau kena sabar…setiap perkara yang Dia timpakan pada kita tidak sia-sia melainkan ada hikmahnya…mungkin Allah uji kau dengan ujian ni, untuk kau jadi lebih kuat menghadapi ujian yang mendatang…Allah sayangkan kita sufi.” Nasihat nada sambil mengukir sekuntum senyuman buat kakaknya Sofea.
…………………………………………………………………………………………….

lembutmu tak beerti…kau mudah dijual beli… namun kau sayap kiri pada suami yang sejati…disebalik bersih wajahmu… disebalik tabir dirimu.. ada rahsia agung tersembunnyi dalam diri… itulah sekeping hati, yang takut pada illahi, berpegang pada janji mengabdikan diri…menitis airmata sofea menghayati setiap bait kata-kata lagu yang di dengarinya ketika itu. “nada, kau tahu tak...aku peliklah” tanya sofea tiba-tiba kepada adiknya yang khusyuk membaca buku. “apa?” respon nada dengan kenyataan kakaknya itu. “yelah, dari dulu sampai sekarang…semua orang yang suka kat aku, ntah apa-apa ntah…takde ke orang yang baik sikit suka kat aku? Kadang-kadang aku geram sangat ngan diorang tu…tak reti bahasa! Orang tak layan, tulah yang dia nak kacau…” luah hati sofea kepada nada. “ie encik sufi, klu orang yang baik…takkanlah dia nak kacau kau kan? Jadi kau tak tahulah…maknanya itu ada kemungkinan ada orang yang hensem yang beriman suka kau, tapi diorang tak tunjuk coz diorang tahu batas-batasnya..” pandangan nada sambil tergelak dengan ayat yang digunakan ‘yang hensem yang beriman’ “erm, ye ke? Tapi aku rasa tak juga…sebabnya, ada je yang nampak baik kat luar…tapi bukan main bercouple ngan kawan aku…nampak kat luar baik je, pijak semut pun tak mati.” Sofea cuba mematahkan pandangan adiknya sebentar tadi. “erm, betul juga..aku sokong kau” nada senyum kepada sofea. “so,kesimpulannya…kita kena jaga diri kita dengan sebaik-baiknya…, jangan mudah hanyut dengan kata-kata manis diorang” semangat sofea melontarkan hujahnya. “betul, betul, betul….jadi solehah, insyaAllah dapat soleh” nada mengiakan kata-kata kakaknya. Sejerus itu berderai suara kedua beradik itu ketawa.
“wei! Knp senyum sorang-sorang ni?” nada mengejutkan kakaknya yang dari tadi berkhayal, kejap sedih kejap sengeh, pelik melihat kakaknya. “kau ni nada, terkejut aku…”jerit sofea terkejut dengan sergahan nada. “tak sabar nak kahwin ke?” cuba memancing kakaknya. “banyaklah kau nak kahwin…aku kan nak sambung Qiraat kat mesir, tak de… tadi aku teringat kisah dulu-dulu...sejarah dulu.” Terang sofea sambil tersenyum. “ooo…” muncung mulut nada tanda memahami. “tapikan sufi, bukannya ummi cakap kalau kau nak gi sana kena kahwin…” nada mengingatkan kakaknya. “memanglah, tapi mana ada orang, nak kahwin ngan sape? Takkanlah ummi nak pergi minang anak org kat aku plak?aku ni perempuan…bukan laki,taknya pelik?” sofea cuba menyedapkan hatinya. “aaa kan…ye juga…tak pe lah, nanti aku doakan kau ada orang masuk minang..hihihi”gelak nada kepada kakaknya. “ei..banyaklah kau, ambil ni!” gedebuk sebiji bantal kena pada muka nada. “sakitlah…” renget nada. “sakit ke? Sorylah, itulah nak kena kan aku sangat…kan dah kena...” reaksi sofea bimbang kalau-kalau adiknya itu betul-betul cedera. “hihihi…, kena tipu, aku saje je…”cepat-cepat nada berlari keluar dari bilik takut dikejar kakaknya. “nantilah kau! malas aku nak kejar…”ngomel sofea keseorangan .
…………………………………………………………………………………………..

“ assalamualaikum semua” sofea memberi salam sejurus masuk ke dalam kelas. “waalaikumussalam cikgu” murid-murid menjawab salam bersama. “semua sihat?” tanya sofea kepada anak muridnya. “sihat cikgu..” “erm….kan cikgu cakap, kena cakap apa?” sofea mengingatkan anak muridnya. “alhamdulillah,sihat cikgu…” semua menjawab dengan kuatnya. “baiklah, kalau macam tu beri perhatian apa yang cikgu nak ajar hari ni…” arah sofea kepada anak muridnya. Selesai sofea menerangkan pelajaran kepada anak muridnya, seperti biasa dia akan bertanya apa yang tidak faham. “Alhamdulillah, setakat ni dulu untuk hari ni…ada apa-apa persoalan?” tanya sofea. Semua murid senyap dan hanya mengelengkan kepala menandakan tiada persoalan. “kamu ni kan, kalau cikgu tanya mesti tak de…., tapi kalau jawab periksa tu, macam-macam tulis!lepas ni, ulangkaji kat rumah! kalau ada soalan, jumpa cikgu tanya…jangan senyap je…kan cikgu pernah cakap, Dua orang yang tak kan dapat ilmu siapa?” cuba membuka minda anak muridnya. “orang yang malu bertanya dan orang yang sombong cikgu…”asyraf menjawab soalan yang dilontarkan sofea sebentar tadi. Asyraf merupakan salah seorang murid sofea,dia seorang budak yang petah berkata-kata dan genius. “jadi kenapa malu nak tanya?” sofea menyoal mereka dengan nada yang rendah ibarat seorang ibu bertanya kepada anaknya. “ cikgu, hari ni cikgu peliklah...” asyraf bersuara. “ha…kamu tak payah nak mengada-ngadalah asyraf, saje nak kenakan cikgukan?.” Sofea cuba untuk tidak dikenakan lagi oleh asyraf, kerana dia tahu asyraf suka menyakat dirinya…namun disebabkan itu jugalah menjadikan sofea rapat dengan asyraf dan dia sudah mengangap asyraf seperti adiknya sendiri. “betullah cikgu…cikgu sekarang ni tak de dah selalu garang macam dulu. “ye lah tu, cikgu yang selalu garang pun, kamu semua boleh main-main lagi…macam manalah cikgu nak lemah lembut ngan kamu...” Walaupun sofea selalu menunjukkan sifat garang pada anak muridnya namun kebanyakan mereka tidak takut,bahkan terlalu serasi, dan boleh bergurau senda antara satu sama lain bukan kerana mereka tidak menghormati sofea tapi sikap sofea yang mudah ramah,kelakar dengan kanak-kanak dan faktor umur antara merekalah yang menyebabkan mereka mesra dengan sofea “senyap! Kamu ni…bisingnya, ingat apa yang cikgu selalu pesan?” sofea cuba menenangkan keadaan kelasnya yang mula bising. “jangan bising…” anak muridnya menjawab bersama-sama. “bila masa plak cikgu pesan tu…kamu ni” sofea buat muka monyok kepada muridnya. Anak muridnya tergelak dengan riak muka sofea. “ingat, kita belajar kerana Allah, bukan sebab periksa…kalau kamu belajar sebab periksa, setakat periksa tu jelah ilmu kamu…tu pun kalau dia tak terbang melayang-layang lepas periksa… ilmu hanya di atas kertas bukan dalam diri…semua tu tiada nilai…ingat tau” pesan sofea kepada anak muridnya. “insyaAllah cikgu, kami ingat…”bersemangat sekali mereka menyatakan respon.
……………………………………………………………………………………………..

“cikgu kamu ye?” tanya Muhammad kepada asyraf sebaik sahaja melihat asyraf melambai tangan kepada seseorang dari luar. “aaa,doctor su…” jawab asyraf acuh tak acuh tidak berhenti melambai. Sempat juga m memandang dari tepi sisi keretanya, dia melihat kelibat seseorang yang dia pernah kenali ketika masa dahulu. Sebaik sahaja dia mengamati, “apa nama cikgu kamu tu?” tanya Muhammad inginkan kepastian. “cikgu siti nursofea syafiyyah binti Muhammad syafiq, tapi abang dengan kawan-kawan panggil cikgu sofea je..” petah asyraf menyebut nama cikgunya itu. “wau, bagusnya abang ni… boleh ingat nama cikgu yang panjang macam tu,siap dengan nama ayah lagi.he…, ke ada apa-apa ni…?” Muhammad cuba menyakat anak sedaranya itu. “well,tegoklah sape…doctor su nak tahu tak, cikgu sofea tu garang tau, tapi kitorang tak takut sebab cikgu kelakar dan kitorang sayang kat cikgu..,cikgu selalu ingatkan dan nasihatkan kitorang. Cikgu pernah cakap, kalau kita tak de ilmu nanti kita jadi jahil dan mudharat bagi orang yang jahil adalah jalan mudah bagi syaitan untuk masuk dalam diri seseorang tu…jadi kalau tak nak bagi syaitan masuk, kita kena sentiasa belajar…walaupun nanti gigi kita dah tak de pun.., itulah yang cikgu beritahu” bersemangat sekali asyraf bercerita pada bapa saudaranya itu “maksudnya?”Muhammad mengerut dahinya terpana dengan kata-kata anak saudaranya. . “maksudnya…walau kita dah jadi datuk atau nenek sekalipun...hehehe” “ooo…”kedua-dua mereka ketawa ,namun jauh di sudut hati Muhammad, merakamkan pelbagai kata-kata ‘memang sah dia…ya Allah, aku terlalu merindui dan menyayanginya…’. Tidak lama “doctor su, dengar ni…ramai orang nak pikat cikgu sofea..” asyraf bercerita lagi. Menyedari ceritanya tidak dilayan, asyraf cuba menarik-narik tangan bapa saudaranya itu untuk mendengar teletahnya. “doctor su, doctor su...dengar ni,” Muhammad mula tersedar dari lamunannya “oh, sory apa yang abang cakap tadi?” cuba memujuk asyraf. “abang cakap…cikgu sofea tu ramai orang minat…ada tu sampai senior menengah nak pikat cikgu…ada yang hantar bunga, sebab tulah kadang-kadang mood cikgu nak marah je.” “ye?” m mengerut dahinya. Walaubagaimanapun Muhammadtidak rasa pelik dengan keadaan itu kerana dari sekolah lagi sofea selalu jadi perhatian, teringat m pada suatu peristiwa dulu. “sudahlah…, tak payah takut dengan ugutan tu..” Muhammad cuba menenangkan sofea berjalan membawanya ke bilik guru melaporkan kes tersebut. Dalam sendu, sofea sempat mengomel sendirian menyatakan tidak setuju dengan tohmahan yang diberikan oleh m keatasnya, walaupun pada hakikatnya sofea menganggap Muhammad tidak mendengarinya namun m mendengar setiap yang keluar dari mulut sofea namun tidak berapa jelas “tak takut langsung, org nangis sebab lain …ntah apa-apa ntah,geramnya...”rungut sofea geram dengan Muhammad yang menyuruhnya berhenti menangis. Muhammad hanya tersenyum mendengar leteran sofea. ‘ei, dia ni…dalam keadaan macam ni pun sempat nak marah aku plak, dahlah aku yang teman dia…nampak lembut, tapi garang juga’getus hati m buat tidak tahu dengar leteran sofea. m tahu sofea seorang yang berani,kuat, pandai menjaga diri walau diuji dengan pelbagai kerenah lelaki yang cuba mendekatinya dan ini yang menyebabkan m yakin sofea punyai prinsip pada dirinya. Bagi Muhammad, dia terlalu mengagumi sofea dengan ketegasan dia sebagai seorang yang bergelar muslimah yang membawa Islam dalam kehidupannya.
…………………………………………………………………………………………..

Di hening pagi yang damai, seusai solat dhuha berjemaah, ummi mendekati sofea “sufi,semalam…ada rombongan datang nak merisik sufi. Ummi harap sufi faham...ummi bukan nak paksa sufi kahwin, tapi sufi fikirlah ye…ummi beri masa pada sufi” beritahu ummi pada anaknya itu. “tapi ummi…janganlah paksa sufi, sufi hanya nak sambung belajar…tu je” sofea terkejut mendengar berita dari ibunya menyatakan rombongan yang datang. “lagipun kan ummi,kalau sufi kahwin pun…macamlah suami sufi nak ikut sufi kat sana…sama jugakan?entah izin atau tak sufi belajar kat sana” cuba memujuk umminya. “ha! Sebab tulah ummi suruh fikir…kalau abdullah tu bukan belajar kat sana, ummi tak denya nak beria macam ni…dia pun belajar kat sana juga…sekarang dia balik cuti, jadi senanglah sufi, ada orang jaga kat sana… tak delah ummi risau sangat…” jelas umminya sambil memujuk sofea. “ummi ni, macamlah kat sana tu sufi sorang je Malaysia…ramailah ummi,kawan-kawan…” Cuba Mencari alasan mengelak. “ummi tahu, tapi kamu tu lain… yang kat Negara sendiri pun , macam-macam hal, macam mana?” “yelah…, nanti sufi cuba fikirkan…”sofea mengalah juga akhirnya malas bertikam lidah dengan ibunya. Ayah sofea hanya memerhati dan mendengar apa yang dibincangkan dua beranak tersebut. Selepas isterinya beredar,niat ayahnya untuk memujuk sofea kerana dia sedar akan keadaan sofea yang tidak dapat menerima perkara yang telah diberitakan ibunya sebentar tadi. Namun ,belum sempat ayahnya membuka mulut sofea terlebih dahulu bersuara“ayah, macamna ummi boleh yakin sangat dgn orang tu..lagipun sufi tak kenal pun.”sengaja mencari alasan walau pada hakikatnya dia tidak kisah kenal atau tidak lelaki yang bakal menjadi suaminya itu…sebab dia berpegang pada prinsip, mengenali seseorang itu sebelum akad bukan syarat menjamin kebahagian sesebuah rumah tangga yang bakal dibina.
“tadikan ummi ada cakap,nama dia Abdullah…sufi, biasanya naluri seorang ibu itu tepat..lagipun dia tu junior arwah abang kamu kat tahfiz dulu,ayah tengok budaknya pun baik ,ada ilmu agama… “ayah, kalau baik depan je buat apa, ramai je orang ada ilmu agama, tapi tak guna, sia-sia..”sofea cuba untuk mencari alasan “betullah apa yang sufi cakap tu, tapi apa yang ayah perhati…dia sangat menggunakan ilmu yang dia ada…akhlak dia sepadan parasnya, mungkin kalau arwah abang kamu masih hidup, dia pun akan setuju”menenangkan anaknya yang dalam keadaan keliru. “tapi ayah, saya ni budak kecik lagi..saya tak sedialah dengan semua tu, nak jaga diri sendiri pun tak mampu…macam mana nak jaga orang lain” luah sofea kepada ayahnya. “hah, sebab tulah ummi nak sangat sufi kahwin...tengok, sekarang sufi dah mengakukan, nak jaga diri sendiri tak mampu...” pandai ayahnya memancing anaknya itu. ‘adui! Kenapalh boleh cakap macam tu…last-last aku plak yang terkena, idea..idea…idea’ monolog hati sofea. Sofea termati kata untuk memberi alasan. “sufi, ayah tahu...perkara ni mungkin mengejutkan sufi apatah lagi dengan umur sufi sebegini…tapi demi kebaikan, ayah harap sufi minta petunjuk dari-Nya…itulah yang selayaknya…ummi dan ayah tak dapat buat apa-apa jika Dia tak menghendaki perkahwinan ni terjadi…ummi dan ayah hanya merancang tapi perancangan Dialah yang terbaik.” Penuh hikmah ayahnya meleraikan kekusut yang bermain dihati sofea ketika ini. “terima kasih ayah kerana memahami sufi” senyum sofea tenang dengan kata-kata ayahnya.
………………………………………………………………………………………………
Di pertiga malam yang sunyi, sofea bangkit dari lena yang panjang. Digagahi jua kakinya melewati bilik air untuk mengambil wudhuk. Seterus itu menunaikan tahjud dan tidak lupa solat istikharah. Dikesempatan itu, sofea memanjatkan doa agar dia dibukakan hati menerima segala takdir yang tertulis bagi dirinya. “ya Allah, aku hamba-Mu…yang lemah lagi tidak terdaya…Engkaulah yang aku sembah dan meminta pertolongan.Aku sedih dengan apa yang berlaku mungkin kerana diri ini tidak dapat menerima dan aku juga sedih dengan setiap tingkahku yang mungkin mengguris hati orang-orang yang ku sangat sayangi …aku merasa hina di sisi-Mu, Ya Allah bantulah aku dengan setiap pekerjaanku selagi kau redha ke atasnya…kau kuatkanlah aku…aku lemah tanpa pimpinan-Mu… ya Allah ampunlah aku…bukan niatku untuk menyakiti hati kedua ibu bapaku dan oaring disekelilingku, namun ya Allah aku manusia biasa yang tidak pernah sunyi dari salah dan silap…kau bimbinglah aku jalan keredhaan-Mu…ya Allah kau ampunkan segala dosa ibu bapaku…mereka telah banyak berjasa kepadaku…ya Allah jika ini mengembirakan hati mereka dan terbaik untuk diriku, untuk agama, dunia dan akhiratku…maka kau permudahkanlah…kau lembutkanlah hati ini dalam menerima takdir-Mu walau ia terlalu berat bagi ku. Aku tidak mengerti ya Allah, mengapa aku bersifat sebegini…padahal sebuah perkahwinan itu suci. Namun mungkin aku tahu…aku hanya mengikut nafsuku semata-mata…atau mungkin aku takut kebebasanku tersekat...atau mungkin faktor usiaku…atau mungkin aku terasa beban…aku tidak tahu yaAllah, namun satu yang pasti…aku tidak inginkannya ketika ini.” Tersedu-sedu sofea dengan esak tangisnya sehingga dia terlena sendirian. Azan subuh mengejutkan sofea dari lenanya yang panjang. Sofea cuba membuka matanya perlahan-lahan yang dirasakannya bengkak kerana esakan semalam. Tanpa berlengah, sofea mengambil wudhuk untuk menunaikan solat subuh. Di sujud terakhirnya sofea memanjatkan doa “ya Allah aku ingin mengecapi cinta-Mu...diri ini terlalu lemah dengan permainan nafsuku sendiri…ya Allah kau berilah aku ketenangan,kekuatan dalam ketaatan kepada-Mu…dan aku mohon redha-Mu untuk diri ini, ummi dan ayahku, adik beradikku, saudara-maraku,guru-guruku,kawan-kawanku dan seluruh ummat islam di muka bumi ini..kau peliharalah ummi dan ayahku,ampunkanlah mereka…” tidak pernah sofea lupa mendoakan kesejahteraan ayah dan ibunya.
………………………………………………………………………..........................
“Sofea ada panggilan untuk awak.” Beritahu cikgu suri kepada sofea. “ok” sofea membalas sambil mengambil ganggang dari tangan cikgu sofea. “assalamualaikum, siapa ni?” tanya sofea kepada pemanggil tersebut. “waalaikumussalam, cikgu sofea ye?” tanya pemanggil itu. “ye saya, ada apa yang boleh saya bantu?” ramah sofea berbicara. “cikgu, sebenarnya saya dah lama sukakan cikgu… saya rindu sangat dengan cikgu, boleh tak cikgu jadi teman wanita saya?” tanya pemanggil tersebut. “heh, kamu ni siapa?jangan main-main dengan saya ye…”tinggi nada sofea kerana terkejut dengan kenyataan dari pemanggil itu. “ saya anak murid cikgu” dengan beraninya dia menyatakan diri sebagai anak murid sofea. “tolong hormat sikit ye…saya ni cikgu kamu, walaupun saya ni tak jauh beza umur dengan kamu tapi saya tetap cikgu kamu…faham!” Dia tidak menyangka seorang murid dapat menyatakan sedemikian terhadap seorang guru. “lagi satu, kamu jangan ingat saya tak kenal kamu ye…belajar dulu, jangan nak mengada-ngada nak berpakwe makwe lah kat sekolah ni!”tegas sofea kepada anak muridnya itu. “tapi cikgu, saya cintakan cikgu…” “banyaklah kamu punya cinta! kan dah banyak kali saya nasihatkan dalam kelas, kamu tak faham ke…?”rendah nada sofea mengenangkan anak muridnya yang tidak terlalu matang dalam menilai sebuah cinta yang sebenar. ‘tut..tut…” tiba-tiba line terputus. ‘ya Allah tunjukkanlah jalan kepadanya…’ sempat lagi sofea memanjatkan doa dalam hatinya kepada anak muridnya itu. “kenapa sofea?” sempat cikgu suri menanya. “tak tahulah cikgu, macam-macam budak-budak ni…saya peliklah diorang ni, umur masih belasan tapi bercinta sakan! He..” geram sofea sambil menggeleng kepalanya. “biasalah sofea, budak zaman sekarang, bukan nak dengar kita cakap…” komentar cikgu suri. Sofea hanya tersenyum mendengar komentar dari cikgu suri. ‘tak dengar kita cakap ke atau kita tak tunjuk contoh yang baik pada mereka?’ pertanyaan yang hanya bermain di kepala sofea tidak terluah. Cikgu suri juga merupakan cikgu sementara sebaya dengan sofea, dikalangan pelajar menengah lelaki…dia merupakan cikgu kesayangan kerana sikapnya yang terlalu sporting sehigga ada dikalangan pelajar lelaki menjadi adik angkatnya. Sudah 3bulan sofea menjadi guru ganti di sekolah agama swasta yang melibatkan gabungan sekolah rendah dan menengah di situ. Kebanyakan sofea mengajar pelajar sekolah rendah, hanya beberapa kelas menengah yang tertentu.
………………………………………………………………………………………………
“ummi, sufi terima abdullah,insyaAllah…”malu-malu sofea untuk mengungkapkan kata-kata itu yang sebenarnya hatinya sudah terbuka untuk menerima perkahwinan itu setelah sekian lama dia memohon petunjuk dari-Nya dikeheningan malam. “ye ke sufi! Alhamdulillah syukur...” gembira ibunya apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut anaknya yang selama ini dia nanti-nantikan. Ibunya memeluk sofea seerat-eratnya. “ni kenapa ni, bising-bising umminya?” tiba-tiba ayahnya menjenguk di dalam bilik sofea. “mehlah sini ayahnya, ummi gembira sangat ni…anak kita dah besar…” “memanglah anak kita dah besar, ummi baru tahu ke?” sengaja bergurau dengan isterinya. “memanglah ayahnya…anak kita ni dah nak kahwin…” sengaja mengusik sofea. “alhamdulillah...baguslah macam tu, sebab tu ayah tengok makin berseri-seri muka anak kita…pelik juga…”kedua-dua tergelak, tidak habis-habis mengenakan sofea. “ayah ni, malu sufi...ummi pun sama kenakan sufi, tak baiklah…”muncung mulut sofea seperti anak kecil yang merajuk. “alahai, janganlah merajuk…kata nak kahwin?” ayahnya cuba memujuk. “bukan merajuklah ayah ni…”berkerut dahi sofea menafikan, dia tidak suka dirinya dikatakan merajuk . Namun kadangkala pada hakikatnya dia memang suka merajuk. “yelah,yelah…ayah ngan ummi masuk tidur dulu ye…nanti adik kamu bangun plak, assalamualaikum” ayahnya menarik tangan ibunya untuk keluar. “waalaikumussalam, ok” sofea menghadiakan sekuntum senyuman kepada ibu dan ayahnya.
……………………………………………………………………………………………
“sufi, ummi cakap kau terima dah, betul ke?”tanya nada untuk kepastian. “aaa…” “wah! suatu yang menakjubkan…” “apa plak yang menakjubkan?” kening sofea terangkat ,pelik dengan adiknya itu. “yelah, tak sia-sia aku doakan kau ada orang masuk minang… hihihi” gelak nada mengenakan sofea. “ooo… tak pe…lepas ni aku doakan kau cepat-cepat kahwin plak ye…hihihi” sofea mengenakan nada balik. “apa plak, akukan anak bongsu, mana boleh kahwin awal…aku kena jaga ummi ngan ayah,lagipun mesti sunyi kalau aku tak de kat sinikan?”nada tidak mengalah “iye? Apa-apa jelah…”malas sofea melayan adiknya itu. “kau kenal dia?” tanya nada kepada kakaknya. “tak…” “tapi macamana kau boleh terima dia?” pelik nada dengan kakaknya itu.“memang bukan senang nak buat keputusan, apatah lagi benda ni melibatkan masa depan kita,hidup kita…tapi aku yakin dengan petunjuk dari Allah..dalam apapun nada, setiap perkara yang kita lakukan kena minta petunjuk dari Dia. Dia yang mengetahui segala-galanya. insyaAllah,Aku akan terima apa yang Allah dah tetapkan untuk aku.”petah sofea menerangkan pada nada. ‘tapi, aku masih ingatkan dia..namun hatiku juga tenang dengan keputusan ni…Engkaulah yang Maha mengetahui.’ hati kecil sofea berbicara. “terharu aku dengar kau cakap…” nada mengesat airmatanya. Sebenarnya dalam gembira, nada sedih untuk melepaskan kakaknya…kerana sofealah satu-satunya tempat nada bergurau senda apatah lagi semenjak kematian abang sulungnya.
………………………………………………………………………………………………
“akak!”kuat suara asyraf memanggil nada. Nada hanya berpaling mendapati suara tersebut. Sejurus itu asyraf membuat isyarat kepada nada supaya tunggu di situ. Nada pelik dengan budak kecil itu. ‘siapa plak budak ni,boleh plak suruh aku stop…dahlah nak gi tengok sufi dalam bilik’ monolog nada sambil menggaru kepala. “akak, mana cikgu sofea?”tanya asyraf petah. “ooo…adik ni siapa?” ramah nada menanya budak yang dihadapannya itu. “minta maaf, saya ni anak murid kesayangan cikgu sofea…hihihi” asyraf menunjukkkan lagaknya. “ye..” nada hanya senyum melayan kerenah asyraf. “yelah…mananya cikgu sofea?” asyraf tidak sabar lagi untuk jumpa dengan cikgunya itu. “sekejap ye dik, akak tengok dulu…” “ok, cepat sikit..” arah asyraf seperti mengarah seorang pekerja. Tuk…tuk..tuk.. nada mengetuk pintu bilik sofea sambil memutar tombol pintu buka perlahan-lahan. “ sufi, ada budak kecik nak jumpa kau, tak tahulah sape,banyak plak dia cakap…mengalahkan orang tua…dia cakap anak murid kau…” bisik nada kepada sofea sambil mak andam di sisi menyiapkan sofea. “ooo…asyraflah tu,panggillah dia” “ok,sufi cantiklah kau…aku rasa suami kau boleh terbeliak nanti…” sempat lagi bergurau dengan kakaknya sebelum melangkah keluar. “apa-apa jelah kau ni.”balas sofea. “cikgu, cantiknya!mesti doctor su terkejut…”asyraf bersuara takjub dengan wajah cikgunya yang telah siap di andam. Nada mengangkat kening sambil tersenyum memandang kakaknya itu. “doctor su…siapa?” sofea pelik dengan kenyataan asyraf. “bapa saudara sayalah, yang saya cerita kat dalam kelas hari tu.” Sofea cuba untuk ingat balik. “apa cita-cita kamu?”sofea bertanya kepada asyraf. “saya nak jadi doktor macam doctor su.” “siapa tu?” “bapa saudara saya cikgu, dia sekarang kat mesir...” “ooo…cikgu ingat, jadi kenapa doctor su akan terkejut kalau tengok cikgu?” nada menyoal asyraf sekali lagi untuk meleraikan kekusutan di fikirannya. “alah cikgu ni, bukannya doctor su yang akan kahwin dengan cikgu…malu-malu plak,pura-pura tak kenal plak cikgu ni…” sakat asyraf sambil tersenyum meleret. “o..ye,erm..” sofea kelihatan kaget mendengar kenyataan dari anak muridnya itu sambil tersipu menggaru kepalanya yang tidak gatal. “cikgu, doctor su nak datang rumah, boleh tak?” terngiang di telinga sofea. “patutlah, bapa saudara budak ni rupanya…” monolog sofea sambil tersenyum.
………………………………………………………………………………………………
“aku Muhammad Abdullah Anas bin Ismail terima nikahnya siti nursofea syafiyyah binti Muhammad syafiq dengan mas kahwin 300 ringgit tunai.” Tenang abdullah melafazkan akad. Mengalir airmata sofea terharu seusai akad disahkan. Pelbagai perasaan yang bermain di fikiran sofea ketika itu bercampur antara gembira kerana perkahwinan ini dipermudahkan, takut dan pelbagai lagi kerana risau akan tanggungjawab yang akan dipikul bergelar seorang isteri tidak dilaksanakan dengan sebaiknya namun sofea tetap bersyukur dengan setiap apa yang dikurnia-Nya. selepas itu, m dan sofea sempat mengerjakan solat sunat perkahwinan. seusai solat ,abdullah berpaling kea rah sofea, sofea tunduk mal uterus menyalami tangan abdullah dan mengucupnya. Lama sofea mengucup tangan abdullah, menyedari keadaan itu, abdullah mengangkat muka sofea. Sejurus itu sofea berani untuk menatap wajah suaminya itu yang tidak dikenalinya sebelum ini. Abdullah hanya mengukir sekntum senyum yang manis buat sofea “anas!ya Allah terima kasih… aku bersyukur kerana engkau telah mengurniakan dia untukku…hanya engkau yang mengetahui segala-galanya.” Hati sofea berbicara. . Tidak semena-mena, airmata sofea jatuh tidak dapat ditahan lagi bersyukur atas kurniaan-Nya yang tidak disangka. Melihat keadaan sofea yang tiba-tiba menitis airmata, abdullah gelisah namun dia tetap buat reaksi biasa dan terus menyarungkan cincin dijari manis sofea. Sekali lagi sofea mengucup tangan abdullah.“insyaAllah isteri solehah” sempat lagi abdullah membisikkan ke telinga sofea terus mengucup dahi sofea. Sejuk hati sofea apabila mendengar kata-kata suaminya itu. “alhamdulillah ya Allah atas segala-galanya.”bicara hati sofea. Siapa sangka abdullah yang bergelar suaminya sekarang adalah anas yang pernah sofea kenali,merupakan cinta sofea yang sekian lama berputik di alam menengah lagi, namun tiada siapa yang tahu perasaannya itu melainkan Dia yang maha mengetahui.Sofea cuba untuk menjaga perasaan kurnian-Nya itu dari segala noda agar ditemukan dalam limpah rahmat kasih sayang-Nya dengan ikatan yang sah bergelar suami isteri.Hakikat cinta itu indah, namun tiada siapa yang dapat merasai melainkan dengan kehendak dari-Nya. Kembalilah kepadanya nescaya kau akan merasai manisnya cinta yang diimpikan.
…………………………………………………………………………………………….

Wednesday, July 21, 2010

Jangan salahkan….redho dan menerima..




“semua ni salah dia” , “aku tak lulus ni sebab dioranglah, yang tak faham!”, “ni kau punya pasallah…”. Kalau nak ikutkan,macam –macam ayat yang kita sering dengar dari mulut individu yang apabila dia melakukan sesuatu perkara,maka tidak seperti apa yang dia harapkan( tidak menjadi) ataupun kalau berlaku perkara yang tidak diingini,dia cuba menyalahkan orang lain. Persoalannya di sini, betul ke apa yang terjadi pada diri individu itu disebabkan salah orang lain, dan bukan salah individu itu sendiri?

Di sini saya cuba untuk merungkaikan serba sedikit tentang persoalan diatas. Pada pandangan saya, setiap natijah yang berlaku dalam hidup kita semuanya berpunca dari diri kita sendiri, bukan salah orang lain. Seperti kata-kata yang kita sering dengar yang berbunyi “apa yang kita tuai itulah yang kita akan dapat”.

Kesimpulannya terlalu mudah, kita ada pilihan untuk memilih. Samaada kita nak sesuatu hasil yang baik atau sebaliknya. Jika hendakkan jagung, jangan pula kita menuai tembakau. Tidak pasal-pasal jagung manis yang diidam, tembakau busuk yang melingkari.

Tapi kita perlu ingat, tak semestinya apa yang kita inginkan tercapai jika jalannya tak ke arah itu dan tak semestinya juga jika kita ambil jalan kearah apa yang kita inginkan natijahnya akan dapat seperti apa yang diingini. Kerana semua itu ada sebab musababnya yang perlu kita renung bersama-sama. Itu jugalah yang dinamakan ujian kesabaran. Hidup ini tidak selalunya indah. Tidak dinamakan hidup seseorang itu jika ia tidak diuji. Maka sabar,redho dan menerima segala ketentuan dari-NYa. insyaAllah kita akan lebih menghargai setiap saat hidup ini.