BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 21, 2010

Syukur...adakah kita orangnya?



Bersyukur...

Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Allah Yang Maha Esa. Menyebut tentang syukur, saya mula terkenang diri yang lemah ini…rasa terlalu kerdil di hadapannya…kadang-kadang kita tidak pernah rasa cukup dengan apa yang kita miliki…sehiggakan kita selalu mengeluh… “apa yg ada jarang disyukuri..apa yg tiada sering dirisaukan…nikmat yg dikecap, barukan terasa bila hilang… apa yang ditunggu, timbul rs jemu bila sudah di dalam genggaman..” ini adalah berapa rangkap kata yang diambil dari lirik lagu yang disampaikan oleh Nazrey Raihan. Di sini saya nak menyentuh sedikit tentang suasana seorang mahasiswa yang merantau nun jauh dari tanah tumpah darah tercinta(Malaysia) demi mengutip mutiara-mutiara ilmu yang ada di rantauan. Saya rasa sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang merantau, akan adanya satu organisasi mahasiswa yang menjaga setiap kebajikan ahlinya…dan di bumi Mesir juga tidak terkecuali, organisasi yang bertanggungjawab di sini dikenali dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Alhamdulillah sudah 80 tahun umur Pmram berdiri gah di bumi Mesir, banyak onak duri yang telah ia lalui…suka duka, tangis tawa itulah sejarah Pmram yang kita tidak dapat sangkalkan lagi, banyak sudah pengorbanan yang ia curahkan kepada kita sebagai seorang yang bergelar mahasiswa di bumi bertuah ini (mesir). Saya rasa tidak perlulah saya bercerita panjang lebar tentang apa jasa pmram, kerana sudah cukuplah rasanya saya menyatakan bahawa bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan kecapi sekarang ini dan jagalah ia seadanya, jangan apabila sudah tiada baru nak menangis…kerana tangisan itu tidak akan bermakna lagi. Mungkin ada sebahagian dari kita yang tidak bersependapat dengan Pmram, ini kerana mereka menganggap bahawa kita datang ke Mesir untuk belajar, bukan datang nak berpersatuan…itu memang tidak dinafikan …tapi apabila kita tahu apa perjuangan pmram, baru kita tersedar…saya nasihatkan kepada kawan-kawan yang mungkin ada berfikiran seperti itu, ayuhlah kita muhasabah diri…mungkin apa yang saya akan perkatakan agak pahit untuk di telan oleh kalian namun moga-moga dengan kepahitan itu menjadi penyembuh dan afiat kepada kalian. Dulu saya seperti kalian juga, tapi selepas kita melalui sesi-sesi pentarbiah, kita mula tersedar dari lamunan…cuba kalian bayangkan jika tiadanya satu-satunya persatuan yang menaungi kita...apa akan terjadi? Cuba kalian ingat, suatu ketika dulu, semasa kalian mula-mula sampai di lapangan terbang… siapa yang bersusah payah menjemput kalian?siapa yang mengangkat barang-barang kalian yang sudah tentu bukannya sikit? Dan semasa nama kalian muqayyad siapa yang ambil tahu? Dan jika kalian ditakdirkan belajar di furu’, siapa yang menguruskan segala urusan penghantaran kalian? Dan sebenarnya terlalu banyak lagi...tapi kalian tidak pernah untuk ambil tahu atau berterima kasih malah kalian hanya tahu mencari kesalahan semata-mata…tidakkah kalian fikir tentang bebanan mereka? Kalian hanya tahu kalian nak belajar sahaja ke? Dan kalian ingat mereka yang menguruskan kalian itu tak nak belajar? Cuba kalian fikir, jika mereka hanya fikirkan tentang diri mereka sahaja… boleh sahaja mereka membiarakan kalian terkontang kanting sendirian…dengan alasan kerana mereka datang sini pun untuk belajarkan?jadi buat apa mereka bersusah payah menguruskan kalian? Tapi itulah mereka…atas dasar ihsan dan tanggungjawab, mereka sedar di sana masih ada tugas-tugas yang perlu mereka lunaskan sesama manusia…sebenarnya saya amat terkilan dengan setengah dari kalangan kita, menyatakan “kita kena sedar diri,kita datang sini untuk belajar bukan duk sibuk-sibuk nak jadi pimpinan..” tak tahulah kenapa semasa saya dengar ayat ni, macam-macam perasaan yang hadir….ada rasa geram, nak marah tapi sedih pun ada sebab bagi saya, orang yang menukilkan kata-kata seperti itu memang tiada kefahaman…dengan kata-kata seperti itu menampakkan sangat dia adalah seorang yang tidak berfikiran terbuka…bukannya seorang pimpinan itu juga perlu belajar? bahkan dengan lebih mendalam, bukan hanya setakat ilmu di kuliah semata-mata tapi ilmu dalam pentadbiran juga perlu dia belajar sekaligus dapat mempraktikkan kedua-dua ilmu yang ada melalui kepimpinannya dan pembelajaran dan pendidikan(pentarbiahan) suatu benda yang berbeza…mungkin di kuliah, kita hanya dapat pembelajaran namun tidak pentarbiahan, buktinya sangat banyak…yang kita dapat lihat hari ini…ramai orang yang belajar tinggi-tinggi master, phd dan sebagainya, tapi akhlaknya tak setanding dengan apa yang dia belajar…dalilnya,kebanyakan yang terpengaruh dengan ajaran sesat ayah pin .siapa? kalau bukan orang yang ada sijil, ,antara lainnya.. sofiah adalah seorang yang terpelajar namun menjadi pelacur dan banyak lagilah kes-kes yang lain…disebabkan tiada pentarbiahan dalam pembelajaran walaubagaimanapun, saya mendoakan agar dibukakan kefahaman yang mendalam kepada siapa yang berfikiran seperti apa yang saya nukilkan di atas…kerana saya pernah lalui perasaan orang yang tiada kefahaman ataupun mungkin ada, tapi tidak mendalam. Ada juga yang menyatakan “mak ayah suruh kita datang sini untuk belajar” betullah apa yang dikatakan tu, tapi cuba kita teliti betul-betul ayat tu, klu betullah mak ayah kita menta’kidkan kita datang sini hanya untuk belajar semata-mata bermakna tak perlulah kita makan,minum,tidur dan sebagainyakan…betul tak? kenapa saya boleh tafsirkan seperti tu…betullah.. sebabnya mak ayah cakap datang sini belajar je…jadi tak payahlah makan,minum,tidur atau main bola ke, apa ke…bukan saya nak menyatakan kenyataan mak ayah itu salah, dan itu tidak sama sekali...dan saya rasa semua mak ayah nak kita belajar, bukan bermain-main…dan saya rasa persatuan itu bukan suatu mainan…namun di sinilah kita yang berperanan dalam mengiakan kata-kata mak dan ayah kita…sebenarnya dalam setiap aspek yang kita lakukan, merupakan aspek belajar,Cuma yang bezanya antara formal ataupun tak… sudah-sudahlah kita menjadi orang yang banyak mengkritik perkara yang kita tidak tahu asal usulnya…(tidak membina)tapi jadilah kita orang yang sentiasa membantu untuk menampal apa kekurangan yang ada dan memperbetulkan ia dengan menjadi tenaga kerja atau pemikir demi Islam tercinta…dengan sedikit kemampuan yang kita ada…moga-moga ia di nilai di sisi-Nya. Moga ditetapkan hati saya dan kalian dalam perjuangan menuju mardhotillah.

Saturday, April 17, 2010

SeRuan buat si Belangkas



Mac 24, 2007 • Dikirim dalam Uncategorized
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
fs_loveislam@ yahoo.com

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,
pelbagai maksiat menular di sana-sini. Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis
hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?
Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialah
yang mengotorinya.


Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedang
mekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.
“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang
membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang
atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih
jalan halal lagi diberkati ini. Niat suci tersebut boleh mengundang limpahan
keberkatan dari sisi-Nya. Niat yang bersih berperanan mengawal haluan cinta agar
terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya. Apa
yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas
berumah-tangga. Ingat tu!

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,

Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan oleh
syarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang) . Andai di sana
nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.
Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah
(bertunang) dan saling setia pada janji syara’ yang di bina. Awas! Hindari
segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.
Bagi gadis suci yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih
mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Ingat, urusan jodoh bukan ditentukan oleh lelaki, ibubapa atau sesiapa, tetapi
ianya urusan Allah s.w.t. Dah sedia termaktub di loh mahfuz. Berkait usaha, anda
juga boleh memulakannya jika punyai keberanian yang tinggi. Manusia hanya mampu
berusaha tapi tak berdaya menentukan apa-apa tanpa izin-Nya. Oleh itu, jangan
risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu
buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia
nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu
jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.
Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan
ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi
berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas taqwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,
Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu. Yang masih tak meletakkan nikah
sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejar
cita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalam
lautan cinta.

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segera
berzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.
Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudah
bertemu calonnya. Syabab selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepada
bidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak
mereka. Betul kan ya syabab?

Kerisauan ini lumrah. Ia lahir dari sifat bertanggung- jawab. Ia juga lahir
dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab.
Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika
seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup
sendiripun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan
syabab takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup
dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan
ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kita
berfikiran optimis. Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan
kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:


“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang
layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas
pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32). Nah, Allah telahpun memberi
jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip dari
al-Qurtubhi:

“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah
kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,
padahal Allah telah menjaminnya.”

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah
riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat
mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,
“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membaca
firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala
materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah
dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya.
Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.

Buat syabab, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupun
sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerja
sendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:
“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan
semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan
mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan boleh
dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dan
keberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yang
paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka
laksanakanlah khitbah (pertunangan) . Perlaksanaan khitbah dalam Islam ada
pelbagai cara sebagaimana dicontohkan dalam sirah antaranya,

1) Khitbah melalui keluarga si gadis
2) Khitbah dengan menyampaikan secara langsung kepada si gadis bukan walinya
3) Khitbah si gadis kepada lelaki soleh melalui orang tua atau kerabat atau
dirinya sendiri.
4) Khitbah secara sindiran semasa iddah.

Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidak
terlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnya
amat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan
yang menghampiri zina.
Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki. Aisyah r.a.
menjelaskan,
“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan
kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad).
Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi
wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!
Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah
pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah pada
Allah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.

“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia
menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka
berpuasalah.” (HR Bukhori).

Friday, April 9, 2010

Suatu kepastian…..?




Mati suatu kepastian....
Sejak dua menenjak ni, terlalu banyak saya menerima perkhabaran tentang kematian orang yang saya kenali…dan ini terlalu menginsafi diri ini, yang terlalu kerdil di sisi-Nya. Jadi, dengan itu saya nak mengajak pembaca sama-sama menginsafi hidup ini…dengan artikel ni…

Mati?mati…?mati…kita ma’ruf setiap makhluk di dunia ini tidak lari dari kematian. Setiap makhluk yang hidup, pasti akan menghadapi mati…menemui dan kembali kepada penciptanya.. namun bila waktunya, masanya , dan bagaimana , hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.


Perkara ini dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Semua yang ada di bumi akan binasa. Dan tetap kekal zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.” (Surah ar-Rahman, ayat 26-27)

Lumrah kehidupan, setiap yang datang akan pergi…perlu kita insafi bahawa jemputan maut akan datang bila-bila masa yang dikehendaki-Nya tanpa mengira masa sihat atau sakit, tua muda, miskin kaya,lapang sibuk,perempuan lelaki atau apa keadaan sekalipun. Malah maut tidak akan terlewat atau cepat dari ketentuan-Nya yang telah ditetapkan di Loh Mahfuz.

Jesteru, setiap dari kita perlu muhasabah diri…berapa banyak amalan yang kita ada untuk bekalan di sana kelak? Kerana kehidupan di dunia ini hanya sementara…keseronokan dunia tidak kekal…kehidupan akhirat jua yang kekal abadi kerana apabila sampai waktunya, kita akan dipanggil menghadap Allah Yang Maha Kuasa yang telah menciptakan kita dengan sebaik kejadian. Seharusnya kita perlu bersyukur kepada Allah ,kerana kita masih diberi nyawa untuk membuktikan cinta kita kepada-Nya dengan mentaati setiap suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Alangkah beruntungnya insane yang beriman dan bersiap sedia dalam menghadapi kematian dengan amal soleh dan ketakwaan kepada Allah. Namun, rugi dan malanglah bagi orang yang tidak mengambil peluang yang ada,bahkan mereka mengingkari perintah Allah sedangkan mereka dalam keadaan mengetahui bahawa mati itu suatu kepastian yang tiada lagi peluang kali kedua atau seterusnya untuk kembali ke dunia yang fana ini.

Maka berwaspadalah dengan setiap apa yang kita lakukan…perbanyakkanlah diri dengan mengingati mati…kerana Rasulullah menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan mengingati mati sebagaimana berdasarkan kepada sabdanya yang bermaksud: “Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan.

“Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri.” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi).

Dengan mengingati mati, seseorang Muslim akan sentiasa menginsafi dirinya dan menyedari bahawa Allah Maha Memerhati dan Mengawasi setiap gerak gerinya sama ada pada waktu terang-terang atau sunyi. Maka insaflah wahai diri…bangunlah dari mimpi yang kau ciptakan sendiri…dari angan-angan kosong…dari pesona-pesona dunia…yang ketika mana kau merasakan dunia ini kau yang punya…dengan nikmat-nikmat cinta dari makhluk-Nya yang kau tagih…kau katakan bahawa itulah cinta suci…namun apakah benar hakikatnya itu? Tanyalah iman mu wahai diri…carilah cinta yang sebenarnya…yang abadi…bukan cinta makhluk yang melalaikanmu…dari cinta yang sebenar…sama-samalah kita memperbaiki diri. Bangunlah !WAhai Mujahid, Mujahidah Islam...

Monday, March 22, 2010

Sambungan Mutiara Sufi....


“Assalamualaikum…”sofea memberi salam sebelum masuk ke rumah. Selepas dua miggu sofea tinggal di asrama, inilah kali pertama dia pulang ke rumah kerana peraturan asrama memberi keizinan pulang hanya dua kali sebulan.
Sejurus itu, belum sempat sofea melabuh punggungnya di sofa, nada terus mendapatkanya sambil menyoal pelbagai persoalan. “sufi, siapa yang tulis benda tu?” dengan semangatnya nada menanya untuk mendapatkan penjelasan dari kakaknya itu. “ntah, tak tahu siapa…” sofea memberi jawapan dengan muka yang slamba, macam perkara tu tak pernah berlaku. “ei kau ni, pelik aku, klu aku memang nak marah betullah kat orang tu, tapi kau slamba je, apa hal” nada memberi pandangannya. “memanglah nak marah…tapi nak buat macam mana kan, benda pun dah berlaku, kau tahu tak aku dah letih dah nak menangis kat asrama tu, tapi tak de jalan penyelesaian juga, jadi lebih baik aku buat tak tahu je…kan senang…banyak doa pada Allah, insyaAllah hati kita jadi tenang…” jelas sofea. “erm, betullah tu…bukan apa, aku risau kat kau sebenarnya, ummi dan ayah pun sama…tapi tak pe lah kau dah boleh terima” nada memberi kata semangat kepada Sofea. “tapikan, kau tahu tak disebabkan perkara ni…aku jadi terkenal plak, semua orang kenal aku n ada juga orang yang tak kenal, beria-ria nak kenal aku…aku rasa macam maruah aku jatuh di sebabkan perkara ni..”luah sofea tiba-tiba. “tak pelah, semua ni ujian dari Allah untuk hambanya yang betul-betul mampu menghadapinya, dank au kena sabar…setiap perkara yang Dia timpakan pada kita tidak sia-sia melainkan ada hikmahnya…mungkin Allah uji kau dengan ujian ni, untuk kau jadi lebih kuat menghadapi ujian yang mendatang…Allah sayangkan kita sufi.” Nasihat nada sambil mengukir sekuntum senyuman buat kakaknya Sofea.

Saturday, March 20, 2010

Jom Jelajah ke Dunia baru...


Alam dan Dunia Baru….Salam saya ucapkan kepada pembaca sekalian,sebelum saya merapu , first sekali, sempena musim cuti sekolah ni memang sudah menjadi kebiasaan orang mengadakan kenduri kahwin, dan dengan itu saya mengucapkan selamat melayari bahtera rumah tangga, semoga ia mendapat barakah…terutamanya, saya ucapkan kepada orang terdekat dengan saya iaitu kakak saya sendiri(asma’ ismail) dan pasangannya (muhamad zaki b. mazlan) telah diijab Kabulkan pada 28/2/10 yang lepas n kendurinya telah berlangsung 13/3/10 baru-baru ini. Semoga rumahmu menjadi syurgamu. Sebenarnya kat sini saya nak ceritalah serba sedikit yang saya tahu tentang bagaimana perkahwinan ini boleh terjadi dengan kehendak-Nya. Mesti korang tak percayakan?, jika saya katakan kakak saya tak pernah pun mengenali suaminya sebelum ini,kalau ada pun,sms sekali dua sahaja semasa mereka baru kenal oleh sebab orang tengah di antara kakak saya adalah abang ipar dia sendiri sekarang ni…. Lepas tu dua-dua menyepi, tiada khabar antara satu sama lain…tut..tut…dia cakap nak datang rumah. Menakutkan tak? Kalau saya memang terkejut.... dan semasa tunang pun mereka tidak banyak berhubung, mungkin sebab dua-dua sibuk, tapi bagus juga macam tu, boleh jaga hati ckit...kan orang cakap waktu tunang lah yang banyak dugaannya…tapi kakak saya tunang tak lama, terus kahwin…nak katanya semua senanglah urusan dia…saya bersyukur sangat…tak macam sekarangkan… nak kahwin pun susah, padahal benda tu senang je...lagipun benda tu halal, tapi sekarang ni dah terbalik…diorang merumitkan perkahwinan tapi memudahkan penzinaan. Mesti korang pelikkan kenapa saya cakap macam tu…ok, cuba korang fikir…saya bagi satu situasi, si a dan si b adalah satu pasangan kekasih, mereka ingin sekali mengakhiri hubungan mereka dengan jalan yang halal iaitu perkahwinan, namun hasrat mereka dihalang oleh orang-orang yang tidak memahami, hanya atas alasan… mereka masih belajar...patutke macam tu? Saya tak nak jawab…tapi korang fikirlah sendiri akibatnya…apa yang boleh saya katakan di sini, kita tahu jiwa remaja macamana, mereka inginkan sesuatu yang baru, ingin disayangi, ingin menyangi…jika kita mengatakan tidak kepada mereka, seharusnya kita susuli ia dengan nasihat bukanya dengan menghalang atau menghentam mereka dengan mengatakan yang semuanya negative…bagaimana mereka hendak menerima… . Ops! Saya ni dah merapu rasanya…tapi tulah sebenar hakikat…reality bahawasanya jika remaja-remaja sekarang bercouple sana- sini,mereka tidak kisah, tiada orang nak kecoh seperti kecohnya apabila mereka menyatakan hasrat untuk jalan yang halal dan sebenarnya itulah salurannya…ni tidak, nak juga couple…dah sah-sah yang couple tu haram… Semua sudah maklum kaedah fiqh telah menjelaskan bahawa Sesuatu perkara yang mendekatkan diri kita kepada benda yang haram, maka hukumnya haram…sudah jelas dan nyata dalam Al-Quran yang mafhumnya janganlah kamu mendekati zina….hah! ni ada lagi satu kenyataan yang menyatakan “klu kahwin terabai pelajaran...” Saya tak nak ulas panjang tentang kenyataan ni, Cuma apa yang saya tahu perkahwinan bukan alasan untuk kita tidak berjaya…buktinya ramai yang kahwin si perempuan lebih menjadi hebat dan si lelaki lebih menjadi mantap dari sebelumnya dan memang tidak dinafikan ada juga sebaliknya,tapi itu bukan salah perkahwinan… itu bergantung bagaimana mereka mencorakkan rumah tangga mereka itu sendiri,jika mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan tahu apa tujuan sebenar suatu perkahwinan itu, hanya semata-mata untuk mendapat redho Illahi,maka seterusnya tidak menjadi masalah untuk berkahwin ,(ini hanya pandangan, sebabya saya pun tak ada pengalaman pun…tapi tu lah kan daripada diorang bercouple lebih baiklah kahwin) dan kita tidak boleh sekalai-kali menyalahkan apa yang Allah telah halalkan untuk kita… yang sepatutnya dipersalahkan adalah diri individu itu sendiri… Tapi ,saya nasihatkan kepada sesiapa yang merasa tidak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga, jagalah dirimu dengan sebaiknya, jauhilah dari perkara-perkara yang merosakkan...kerana dirimu terlalu bernilai buat Islam tercinta…jangan sesekali cuba untuk mencari jalan mudah dengan bercouple...jangan jadikan dirimu fitnah dalam agama..kerana kamu akan merasai bahangnya. Namun, jika sudah sampai serumu (jodohmu) terimalah ia seadanya, walaupun kamu masih tidak bersedia…kerana suatu persediaan itu belum tentu dapat mengukur jatuh dan bangunnya sesebuah institusi rumahtangga,jika ia tidak dimulakan… Mungkin kita sahaja yang merasa tidak bersedia namun hakikatnya Allah lebih mengetahui segala-galanya. Analogi dia macam ni,ok…kalau kita tengok orang nak lumba lari… sebelum diorang mulakan larian diorang tu…pengadil akan memberi arahan ke garisan sedia….mula.klu kita tengok,waktu pengadil menyatakan arahan sedia tu…semua pelari akan megangkat punggungnya menandakan bersedia…dan lepas tu apabila mendengar arahan mula… mereka terus memulakan larian mereka…namun cuba kita bayangkan klu ada pelari yang hanya bersedia sahaja…tidak meneruskan lariannya…apa akan jadi…?rasa-rasanya orang yang tak bersedia untuk berlari pun boleh kalahkannya…jadinya bersedia atau tidak, itu bukan masalahnya…ramai je orang yang kahwin sebab dah bersedia, tapi ramai jugalah yang tersungkur…sebenarnyakan, saya dah tak tahu merapu apa ni…whateverlah…tapi apa pun saya tegaskan lagi kat sini…Allah lebih mengetahui segalanya…kat sini kan.... saya nak luahkan perasaan ckit…sebenarnyakan… saya sedih sangat tengok kawan-kawan saya yang bercouple tak tentu hala…nak marah pun ada…tapi nak wat mcmn kan…saya hanya mampu berdoa agar mereka diberi petunjuk dan dibukakan hati untuk berubah…bukannya apa…saya pelik tau ada orang menyatakan “memanglah kita pegang pada prinsip tapi sampai bila ?klu tak, macamana?”sebenarnya inilah antara alasan orang yang bercouple cuba untuk menegakkan benang yang sudah basah.. yang saya peliknya macamana apanya? Kenapa?klu tak couple, tak boleh kahwin ke? Ke sebab takut klu orang cakap kolot? Kononnya, klu orang yang tiada pasangan ni dikatakan kolot…ye ke macam tu? Tapi bagi sayalah diorang yang fikir macam tulah yang sebenarnya kolot. Di sini saya nak cerita sikit satu kisah, tapi cerita ni khusus kepada sesiapa yang beranngapan klu tak couple, tak kahwin. al kisahnya macam ni, kejap! Macam nak buat novellah plak…takpe, saya ringkaskan ceritanya…dengarnya… Si l da si p nak kahwin, padahal antara keduanya tak mengenali antara satu sama lain, nak dipendekkan cerita, diadakan satu pertemuan antara kedua belah pihak untuk bersua muka...sudah menjadi adat jika ada seseorang datang untuk melihat si gadis, maka si gadis akan menghidang air kehadapan.. dan begitulah yang dilakukan oleh si p,kerana si l ingin melihat si p, namun seketika si p menghidangkan air, dan seketika itu jugalah si l tertunduk malu…jadi nak dipendekkan cite, si l terlepaslah nak tengok si p…jadi lps tu si l ni meminta izin sekali lagi untuk melihat si p…dan sstelah diizinkan, si l cuba untuk melihat si p, namun,belum sempat si l melihat raut muka si p…si l dengan sukacitanya melamar si p dengan hanya selepas melihat jari jemari si p. selepas itu si p menerima lamaran si l walau pada hakikatnya si p tidak kenal langsung siapakah gerangan si l hatta melihat mukanya walau sekilas. Sehigga Sampailah beberapa hari sebelum perkahwinan berlangsung baru itulah kali pertama si p melihat raut muka si l. Dan sekarang ni diorang Alhamdulillah dah ada 2 cahaya mata. Jadinya boleh simpulkan kat sini,cinta perlu dipupuk bukannya datang secara tiba-tiba. Klulah cinta tu datang secara tiba-tiba... maka tak mustahillah jika ia pergi pun secara tiba-tiba jugakan? Best tak? Jadi, apa yang korang rasa?ntah lah? Tak rasa apa-apa?tak tahu? Atau biasa je? Tapi yang paling penting korang pandai-pandailah fikir sendiri…sebabnyakan saya dah mengatuk dah ni..sorrylah klu korang tak faham apa yang saya tulis ni…oklah jumpa lagi….tata..