BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 9, 2011

Wanita solehah...mendamaikan...


Wanita solehah...
adalah sebaik-baik keindahan...

Menatapnya menyejukkan qalbu..
Mendengarkan suaranya menyejukkan batin...
Ditinggalkan menambah keyakinan...

wanita solehah...
adalah bidadri syurga yang hadir di dunia ini...

wanita solehah...
adalah ibu dari anak-anak yang mulia...

wanita solehah...
adalah isteri yang meneguhkan jihad suami...

wanita solehah...
menebar rahmat bagi rumahtangga...

cahaya dunia dan akhirat...

Friday, July 29, 2011

Tentang cinta...


Apabila bicara tentang cinta,ia tidak dapat lari dari mengatakan tentang hati dan perasaan kerana cinta letaknya di hati. Terletaknya ia di lubuk hati yang paling dalam, tiada siapa yang menjangka kedatangannya. Lahirnya ia merupakan fitrah manusia, mendamaikan setiap jiwa yang memilikinya.

Martabat cinta terbahagi kepada 3 bahagian yang utama:

1) Cinta Agung (a’la)
2) Cinta Pertengahan (wasot)
3) Cinta Biasa (adna)

Cinta Agung merupakan cinta yang paling tinggi martabatnya. Ia adalah cinta kepada Allah, cinta kepada kekasih-Nya iaitu junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan cinta kepada perjuangan islam iaitu jihad di jalan-Nya.

Cinta pertengahan pula merupakan cinta sesame manusia atas dasar akidah islamiyyah dan taqwa kepada-Nya. Contohnya cinta sahabat kepada sahabatnya dan sebagainya.

Cinta biasa adalah merupakan cinta yang paling rendah martabatnya. Ia merupakan cinta berlandaskan nafsu dan syahwat semata-mata. Contoh cinta seperti ini boleh kita lihat kepada cinta muda-mudi yang terlalu ghairah dengan cinta mereka sehingga sanggup menepikan segalanya, sudah tidak tahu yang mana halal dan haramnya. Terlalu mengejar cinta insane sehingga agama tergadai.

Kesimpulannya, cintailah cinta Agung kerana ia menghubungkan cinta kita kepada cinta yang lainnya. Ia melahirkan cinta kepada kedua ibubapa kita, cinta harta dan segala nikmatnya, cinta dunia dan segala apa yang bermanfaat darinya . Cinta Agung ini juga menyuburkan cinta kita kepada sesame manusia. Bukan itu sahaja, bahkan ia memberikan kita cinta orang yang juga mencintai-Nya .

Sunday, July 24, 2011

Soalan untuk pengantin...


pada 18/7/2011 saya telah menghadiri majlis akad nikah di kaherah. alhamdulillah dua pasangan telah diijab kabulkan. barakallah kepada pasangan. moga redho Illahi mengiringi n kekal hingga ke syurga.

alhamdulillah akad nikah berlangsung selepas asar . Selepas maghrib pula,telah diadakan talk show bersama pengantin dan satu pasangan jemputan yang baru kahwin di malaysia. Antara soalan yang diutarakan kepada pengantin berbunyi seperti di bawah:

s: apakah perasaan ustaz dah kahwin? mesti gembirakan?
j: perasaan mestilah suka, gembira..takkan sedih plak? ada ke orang kahwin sedih?. alhamdulillah Allah sampaikan hajat saya. lagipun ia merupakan sunnah. lepas kahwin ni, rasa macam rugi plak tak kahwin awal.

s: pada ustaz apa perbezaan orang yang kahwin di sini(mesir) dengan kahwin di malaysia?dan di mana lebih meriah?.
j: tak delah beza pun, cuma kalau kat sini dengan kawan-kawan...kalau kat malaysia dengan sanak saudara. bagi saya, meriahnya kat malaysialah...ni pandangan sayalah, tapi sebenarnya tak de beza pun, sama je.

s: ustaz, macamana ustaz boleh jumpa isteri ustaz dan mengenali dia? adakah dah kenal kat malaysia atau macamana?
j: kisahnya, mula di sini. tahun lepas jumpa dia disebabkan atas urusan berkaitan pelajar baru. menyelesaikan masalah mereka jadi minta tolong dari unit sambutan mahasiswa baru cawangn pahang dan isteri saya waktu tu dia pegang setiausaha. jadi berurusan dengan dia. dalam 2 kali jumpa. lepas tu saya tanyalah sikit-sikit kawan-kawan tentang isteri saya ni, dah tahu sikit-sikit tu, saya taqdim dia melalui bait muslim mansurah. alhamdulillah dia minta masa 2 minggu untuk jawab lamaran saya. alhamdulillah tepat masanya dia beri jawapan dia terima saya. kat sini nak nasihatlah sikit kat akhawat, kalau ada orang taqdim, janganlah ambil masa terlalu lama nak buat keputusan sampai 2, 3 bulan. seminggu dua dah cukup...solat, doa dan sebagainya. lepas isteri saya setuju, balik muzaharat hari tu...pergilah rumah dia, kenal mak ayah dan sebagainya dan kita bincang semua untuk nak lansung kat mesir. dan Alhamdulillah Allah permudahkan dan sekarang dak kahwin.

s: apa pandangan ustaz jika akhawat yang taqdim ikhwah?
J: erm, sebelum tu sebenarnya isteri saya yang taqdim saya. Bagi saya tak salah dan tiada keaiban pun. Dan saya rasa bangga lagi sebab dia sayang kita lebih.

s: ustazah,mungkin di sana akhawat kita malu untuk taqdim ikhwah ni, jadi boleh berikan sedikit semangat kepada akhawat kita supaya lebih berani untuk taqdim ikhwah yang cute-cute kat sini?
J: sebenarnya macamana saya boleh berani untuk taqdim suami saya ni, terdorong disebabkan kawan saya…dimana dia juga yang taqdim suaminya. Kalau nak beri semangat pada akhawat ni, kalau kita nak taqdim ikhwah ni…perlu kuat dan bersedia jika kita ditolak. Kebergantungan kepada Allah itu penting.

s: ustazah, bagaimana ustazah boleh terima seseorang yang ustazah sudah tahu yang dia sudah tidak suci lagi?
J: suci atau tak itu bukan persoalannya. Semua tu jodoh, kita merancang…Allah pun merancang dan perancangan Allah itu yang terbaik,Dialah yang menentukan segalanya. Tapi saya rasa kebanyakan ikhwah semua dah tak suci.

*ini sedikit pandangan dari saya. Bagi saya,saya setuju dengan pandangan ustaz yang menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang akhawat untuk taqdim ikhwah. Walaubagaimanapun, masyarakat kita jika mendengar itu akan merasa janggal barangkali kerana sudah menjadi adat kebiasaan kita bahawa si lelaki yang akan melamar si wanita namun Islam tidak pernah melarang perkara tersebut selagi mana ia bertepatan dengan syariat. Di sana terdapat adab- adab dan caranya yang baik bagi akhawat melamar ikhwah yang disukai, contohnya menggunakan perantaraan bait muslim dan seumpama dengannya yang boleh dipercayai supaya tidak melanggar batas –batas syariat dan timbulnya fitnah.

Saya juga tertarik dengan persoalan berkaitan aspek kesucian seseorang lelaki. Awalnya, saya setuju sangat dengan jawapan yang berbunyi “saya rasa kebanyakan ikhwah semua dah tak suci” dan saya berpandangan kenyataan suci ini ia berkaitan kesucian hati. Mana mungkin hati seseorang itu suci jika hatinya itu senang mempermainkan dan dipermainkan ? mungkin ramai beranggapan apabila seseorang itu pernah ber ‘couple’ itulah yang diistilahkan ikhwah itu tidak suci. Namun bagi saya, ikhwah yang pernah mengorat atau mempermainkan seorang akhawat itu sudah cukup untuk membuktikan yang mereka sudah tidak suci kerana hati mereka telah ternoda dan dinodai, hati mereka sudah tidak terjaga. Kita boleh lihat reality, mungkin tak semua ikhwah pernah couple, tapi hakikatnya ramai ikhwah yang tidak segan silu mengorat sana sini atau dengan kata lain selalu mempermainkan akhawat. Klu ada pun ikhwah yang suci,boleh kiralah agaknya…mungkin satu dalam seribu. Minta maaf, ini hanya pandangan. Memanglah semua nak seorang suami yang suci dan sape nak suami bekas kekasih kawan kita kan? Atau yang pernah menodai dan dinodai hatinya kan?

Walaubagaimanapun, kita sebagai seorang hamba Allah perlu redho dengan ketentuan dari-Nya siapa jodoh kita. Tak kiralah dia suci atau tidak. Mungkin dulu dia sebegitu, namun sekarang mungkin dia dah berubah. Kullu bani adam khotoan, wa khairu khotoin natawwabun tubu ilaAllah.

Setiap anak adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan itu bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Jadi,kepada yang pernah ber ‘couple’ dan sudah pun berkahwin tidak kiralah dia berkahwin dengan ‘couple’nya atau dengan orang lain, wajib ke atasnya bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah kerana dia pernah melakukan larangan Allah sebelum berkahwin iaitu dengan mendekati zina dan sesungguhya couple itu salah satu jalan dekati zina kerana Allah berfirman mafhumnya berbunyi “jangan kamu dekati zina”.

Dan bagi akhawat pula, jika mahukan seseorang yang soleh…perlu untuk diri kita dulu yang jadi solehah. Jangan berangan dapat soleh jika diri tidak berusaha melakukan perubahan kea rah kebaikan. Jangan mudah cair dengan ayat-ayat manis lelaki. Akhawat perlu kuat.

-ustaz atau ustazah: gelaran bagi mahasiswa atau siswi di sini.
-ikhwah: lelaki
-akhawat: perempuan
-muzaharat: demonstrasi

Friday, July 22, 2011

Kemanisan ibadat...taat kepada-Nya....


salam, di sini ingin mengupas serba sedikit tentang ibadat hati. sebaik-sebaik ibadat hati ialah redo dan syukur kepada Allah dengan setiap apa yang di kurniakan-Nya.

dan apakah tanda-tanda iman kamu?
sesiapa yang inginkan pengorbanan di bulan ramadhan yang mulia dan penyucian hati perlunya kepada sifat-sifat berikut:

1) sabar dengan setiap ujian dan dugaan dari-Nya.
2) syukur dengan nikmat kurniaan-Nya.
3) redo dengan setiap ketentuan-Nya.
4) meninggalkan perasaan gembira dengan kesusahan orang lain terutama musuhnya.

apa itu redho?
redho itu adalah ketenangan hati. bilamana seseorang merasa tenangnya hati dengan setiap ketentuan-Nya maka hatinya sentiasa berpaut dalam rahmat dan kasih-Nya.

Saturday, July 16, 2011

Tak penting! tak perlu baca...


Salam. Semoga kalian dalam rahmat dan kasih Illahi. Alhamdulillah kebanyakan mahasiswa pengajian islam di iskandariah sudah tamat imtihan dan bermulalah cuti panjang. Dalam kesempatan ini, ramai yang balik Malaysia. Namun yang tidak berpeluang untuk balik Malaysia banyak kelas pengajian ,talaqi, dan program yang telah diatur sempena cuti musim panas ni yang boleh diikuti. Alhamdulillah hari ini telah bermula pengajian di masjid Amru bersama Syeikh ‘Alaa. Di sini, Syeikh membentang kitab berkaitan aqidah iaitu Syarhul kharidah albahiyyah. Di samping itu juga, kami perlu untuk mengulang hafalan Al-quran,menghafaznya dan mentasmi’ antara satu sama lain bersama Syeikh. Alhamdulillah, pengajian musim panas yang sangat bermanfaat.

Sangat-sangat bermanfaat kepada yang bergelar tullabul ilmi. Walaubagaimanapun tidak semua yang hadir mengikuti pengajian. Saya rasa sedih sangat…sangat-sangat sedih…sebab diorang tak berusaha untuk mengikuti pengajian…rasa geram pun ada…tapi takpe lah…mungkin mereka ada perkara yang lebih penting dan punyai pekerjaan yang lebih darurat…berbaik sangka jelah…biasalahkan… nak ajak orang buat baik ni, bukan senang…di sana terdapat cabaran-cabarannya.Moga mereka dibukakan pintu hati untuk ikut pengajian. Bukannya apa, klu musim cuti macam ni…lebih-lebih lagi kat sini…klu masa itu tak terisi dengan perkara yang bermanfaat…maka masa itu secara tidak langsung akan di isi dengan perkara yang sia-sia.

Antara perkara sia-sia yang boleh saya senaraikan di sini ialah menonton cerita, menghadap laptop 24 jam, chatting, internet 24 jam,tidur memanjang dan sebagainya. Saya cakap ni bukan bermakna saya ni baik sangat,tak buat perkara tu...tapi disebabkan saya pernah alami benda nilah saya nasihatkan pada sahabat sekalian,janganlah jadi seperti mayat hidup. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya klu kita dah biasa dengan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah…semua pekerjaan yang ingin dilakukan terbengkalai dan bukan itu sahaja, bahkan pemikiran kita akan menjadi sempit kerana tidak mempedulikan orang lain..aku dunia aku…kau dunia kau…tak ambil tahu langsung tentang sekeliling. Tak salah pun jika kita nak menonton atau apa ke, tapi perlulah ada had-hadnya. Janganlah sampai solat ntah kemana..waktu terbuang begitu sahaja tanpa ada pengisian dalam diri. Itu menzalimi diri namanya. Semua kerja yang nak dilakukan tak menjadi semata-mata melayan benda yang tidak sepatutnya.

Bukan sahaja ia membuang waktu, tapi boleh menggangu perjalanan hidup seharian dan system kesihatan badan kita terutamanya. Jika kita sentiasa terperap dalam rumah dan tidak melakukan kerja yang melibatkan pergerakan yang banyak contohnya...ia membuat kita lesu dan tidak bersemangat pada seharian itu.

Cuba kita Tanya pada diri masing-masing. Kenapa kita ada sahaja masa untuk menonton atau apa-apalah, tapi tak de masa untuk ke klas pengajian walaupun sekejap. Kenapa kita boleh beri masa untuk berhibur tapi tak dapat nak luangkan masa walau sekejap untuk ikut pengajian? Ada masa untuk shooping tapi tak de masa untuk kelas pengajian.? Tiada alasan untuk semua itu tapi ada sahaja alasan apabila ajak ikut pengajian. Macam-macam alasan yang keluar dari mulut mereka dan lepas ni mungkin klu ajak ke kelas pada ramadhan nanti...mungkin akan ada yang beralasan “ramadhan nanti panas, kan waktu tu kemuncak panas,letihlah…tak tahan panas.” Ke korang ni, dah banyak sangat ilmu dalam otak tu sampai otak pun jadi beku? Tak dapat beza yang mana satu tuntutan.

Whateverlah, apa-apa pun kalau nak seribu daya…klu tak nak seribu dalih.Semua apa yang saya cakap ni reality…reality kehidupan sebahagian kita dalam pengurusan waktu ketika cuti panjang. Klu waktu kuliah tu tak pelah...mungkin sibuk ngan kuliah…tapi waktu cuti sibuk ngan apa?klu sibuk ngan program yang bermanfaat tahan lagi…tapi tak juga. Sangat-sangat kasihan. Beginikah yang di namakan mahasiswa islam yang akan jadi pembimbing kepada masyarakat Malaysia khususnya kelak apabila kembali ke Malaysia nanti?

Berubahlah…selagi kita ada masa dan peluang untuk berubah,jangan sampai Allah tak lagi beri peluang itu kepada kita. Tak banyak,sikit pun jadilah. Tak perlu kita berubah secara mendadak…tak perlu berubah keseluruhannya…tapi perlu untuk kita berubah perlahan-lahan, sedikit demi sedikit,tidak gopoh kerana di situ menjamin istiqamah dalam diri. Jika ada rasa malas dalam diri untuk buat kebaikan, usaha secara perlahan-lahan usir perasaan tersebut dengan cuba melakukan kebaikan. Biasalah, klu nak buat baik ni…macam-macam dugaan datang…macam-macam alasan yang diberi…jadi kita perlu usaha lawan perasaan tidak suka atau malas itu, kerana kita tahu di sana adanya syaitan dan nafsu menyeru kepada kerosakan.

Ini sebenarnya luahan rasa yang terpendam sebab tak dapat nak luahkan. So, blog inilah yang menjadi mangsanya. Kadang-kadang rasa menyampah dah ngan kerenah manusia ni. Dah malas dah nak cakap. Klu cakapkan, kata kita membebellah apalah. Baik senyap je lebih baik.

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..geram…..rasa nak menjerit je..tapi tak boleh, nanti orang cakap gila plak. Jadinya, untuk menenangkan fikiran ni…saya optimis. Usaha selagi mampu untuk ajak diorang. Klu tak melalui kata-kata pun…dengan tauladan yang baik lebih afdal…klu tak dapat juga, dengan doa sudah cukup memadai dan itulah selemah-lemah iman.