BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 5, 2011

Ketemu Cinta....


Ku temukan cinta…

Sedikit coretan penyeri bicara…
Indah sungguh perasaan ini…
Adakah ini cinta…
Ya, inilah dinamakan cinta…

Tidak dapat ku gambarkan melalui kata…
Hanya Allah yang mengetahui…
Bagaimana tenang dan rindunya…
Seorang insane yang mendamba kasih-Nya…

Pertama kali ku melihat…
Ku rasa tenang dan tersenyum...
Terpancar nur di wajahnya...
Paras setanding akhlaknya…
Aku mengucap syukur atas kurniaan dari-Nya…

Tutur katanya yang lembut…
Mendamaikan hati yang resah…
Senyumannya tidak lekang…
Menghias wajah…

Itulah dia seorang murabbi ummah…
Syeikh yang berjiwa hamba…
Hamba kepada Pencipta…
Sesiapa yang mengenalinya pasti tertawan…
Dek peribadinya yang luhur dan suci…

Beliau umpama sebutir mutiara…
Yang menyinari setiap hati…
Dalam pencarian Tuhan..
Mengenal hakikat hamba...
Redha-Nya segalanya…

Dengan ilmu dan amal di sanubari…
Menjadi bekal penguat diri...
Dari keangkuhan dan kesombongan...
Semua demi redho Illahi...


Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca post kali ini, di harap kalian berada dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Sebenarnya, puisi diatas tu saya nak cerita tentang Syeikh A’la yang mana beliau merupakan murabbi ummah. Umur beliau yang muda tidak menjadi alasan untuk berseronok sehingga melupakan segala perintah Allah. Di usia muda, beliau menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah. Ukuran ilmu dan pengamalannya bukanlah pada bilangan umurnya yang sedikit. Dulu saya pernah mengikuti pengajian beliau tapi tidak lama, hanya beberapa hari sahaja saya menghadirkan diri di masjid tersebut.

Tidak lama selepas itu saya mula culas untuk ke sana sehinggalah pada 3/4/2011 saya mula terpanggil kembali untuk ke pengajian beliau atas beberapa kesedaran. Mungkin dahulu saya tidak berapa focus dan tidak faham kerana tidak mendengar dengan jelas suara syeikh memandangkan akhwat berada di bahagian atas masjid dan SYeikh mengajar di bahgian bawah bersama para ikhwah tapi Alhamdulillah pertama kali saya datang balik ke masjid itu, saya bersyukur kerana syeikh mengajar secara terus khusus untuk akhawat sahaja di bahagian atas tidak seperti dulu yang campur dengan ikhwah dibahagian bawah.

Teruja rasa dapat melihat syeikh dengan lebih dekat,bukan itu sahaja, suara syeikh juga dengar dengan lebih jelas sekali. Setiap kali tengok syeikh A’la tenang rasanya. Beliau seperti seorang bapa melayan kerenah seorang anak kecil apabila mengajar walaupun beliau masih muda. Melihat kesungguhan dan kesabaran beliau sewaktu menyampaikan ilmu, membuat saya terpegun . Tutur katanya yang indah, cara beliau,kepandaian dan semua yang ada pada syeikh membuat diri berfikir betapa mulia dan bersihnya hati Syeikh. Beliau seorang yang pandai buat orang tersenyum dan ketawa. Yang paling saya kagum, diwajah beliau tidak lekang dari senyuman. Senyuman Syeikh A’la menyejukkan hati sesiapa sahaja yang melihat.

Buat masa sekarang, Syeikh mengajar usul fiqh dan ia sangat menarik. Pengajian Syeikh bermula seawal jam 7 pagi dan tamat sebelum jam 9 kerana pada jam 9 pagi bermulanya kuliah di jamiah(university). Selepas tamat pengajian syeikh pada waktu pagi, bersambung pula selepas asar dan berhenti kira-kira jam 6 sebelum maghrib. Waktu pengajian pagi, Syeikh bukan sahaja mengajar usul fiqh semata, bahkan mengaji dan mengulang hafalan surah Al-baqarah bersama-sama, dan selepas itu Syeikh akan bercerita sesuatu yang dapat di ambil hikmah darinya. Dan akhirnya Syeikh sentiasa mengingatkan supaya hafaz Quran dan sentiasa mendoakan kami selamat.

Alhamdulillah, saya syukur sangat dapat belajar dan menuntut ilmu dengan Syeikh A’la. Ia merupakan satu nikmat dari-Nya.Ramai yang ikut pengajian Syeikh memenuhi bahagian surau akhawat. Mereka termasuklah pelajar dari thailand dan Indonesia tapi yang paling ramai pelajar dari Malaysia.Namun , saya juga sedih sebab tak semua sahabat saya mengikuti pengajian Syeikh…bukan saya tak ajak atau tak beritahu tapi apa daya kitakan, kita usaha Allah yang menentukan. Hidayah datang dari Allah. Saya doakan moga mereka dibukakan pintu hati dan kebaikan untuk mengikuti pengajian. Saya juga harap kalian doakan saya moga istiqamah mengikuti pengajian.

Itu sahajalah buat masa ni, insyaAllah jika ada masa terluang saya akan kongsikan apa yang telah Syeikh sampaikan.

0 comments: