BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 9, 2011

Kerana satu perjanjian...




Salam sayang dan kecintaan kepada anak-anak Islam yang dikasihi Allah sekalian.
Salam perjuangan penuh makna buat pejuang agama Allah yang sentiasa tersenyum walau diuji silih berganti.

“Wahai anak-anak Islam, sudahkah kalian bersedia untuk berjuang?”

“Kami bersedia!”

“cuba kalian tunjukkan apa persediaan yang kalian punyai?”

“ tengok!kami punyai ramai kawan-kawan yang menyokong kami…yang member sokongan dari depan dan belakang..”

“ itu belum mencukupi wahai anak-anak Islam…kami mahukan pendokong! Penggerak kepada perjuangan suci ini.”

“dengarlah wahai anak-anak Islam…kami mahukan kalian faham apakah itu Islam? apakah erti sebuah perjuangan Islam yang sebenar?…kami tidak mahu kalian hanya mengikut atas dasar semangat semata kerana kelak kalian akan jatuh tersungkur dipertengahan, kelak kalian mungkin akan berpaling, memilih antara dua persimpangan...”

“ anak-anak Islam bangkitlah! Kami mahukan kalian ikhlas dalam setiap tindak tanduk pelakuan kalian dalam meraih redho-Nya…setelah kalian tanam benih kefahaman dalam diri maka berputiklah bunga-bunga keikhlasan…”

“wahai anak-anak Islam…sedarilah jika bunga-bunga keikhlasan mekar mewangi dalam sanubari maka buah kemanisan amal yang kalian akan dapati. Beramallah kalian dengan pengamalan yang sebaiknya…kerana ia tidak menjadi suatu kesusahan buat kalian apabila ia telah dihiasi dengan wangian keihklasan …”

“wahai anak-anak Islam, pewaris masa depan…selepas kalian dapati buah amal, perlulah bagi kalian untuk berjihad…berusaha! berjuang sehabis mungkin dalam setiap amal kebaikan yang kalian lakukan demi Islam dipersada perjuangan…demi kecintaan kalian pada agama tercinta…”

“wahai pengemudi generasi Islam,pemangkin ummah!kalian perlu ingat… Tiada perjuangan tanpa pengorbanan...usah kalian bicara tentang perjuangan jika takut dilanda ombak…usah kalian bicara tentang pengorbanan andai diri masih berangan-angan dibuai mimpi di siang hari…berjuang ertinya berkorban…”

“ wahai anak-anak Islam…ketaatan itu perlu dalam setiap kebaikan...tiada ketaatan tanpa agama dijulang…tiada ketaatan jika disulami kebatilan…taatlah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya dan pemimpin dikalangan kalian…Demi menegakkan Islam di mata dunia..”

“wahai penolong agama Allah,selepas ketaatan, berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah! Iaitu Islam…tetaplah thabat menghadapi dugaan dan ujian yang mendatang…jangan pernah goyah…jangan pernah kalian tinggalkan Islam walau sedetik cuma…jangan pernah tinggalkan perjuangan suci ini…tiada keizzahan tanpa Islam terpatri dalam diri, hati dan sanubari…”

“apabila kalian teguh Islam dalam diri…kalian akan dapati kenikmatan tajarrud kerana Allah semata-mata…tiada selainya kecuali Dia yang maha esa…”

“wahai anak-anak Islam…berukhwahlah kerana Allah. Jalinkan tali persaudaraan di antara kalian demi penguat antara satu sama lain kerana perjuangan Islam bukan hanya di hujung lidah semata namun ia memerlukan kesatuan…kesatuan yang kukuh…bukan perpecahan yang diimpi…bukan perpecahan yang dibentuk…”

“dengarlah wahai pejuang agama Allah…sedarlah…bahawasanya tiada kepercayaan tanpa ikatan yang kukuh…tiada kepercayaan tanpa persaudaraan yang terjalin erat…tiada kepercayaan tanpa ada kefahaman yang sohih…tiada kepercayaan tanpa keikhlasan dalam diri…tiada kepercayaan tanpa amalan yang zahir dari hati yang suci…tiada kepercayaan tanpa perjuangan yang dibuktikan dengan pengorbanan…tiada kepercayaan tanpa ketaatan yang diberi…tiada kepercayaan tanpa keteguhan hati…tiada kepercayaan tanpa merasai nikmat tajarrud kerana-Nya…tiada kepercayaan tanpa sesuatu…tiada kepercayaan tanpa kesemuanya yang terjalin rapi…berperingkat demi suatu perjanjian…menegakkan yang hak…menumbangkan kebatilan…kerana Islam agama di sisi-Nya….”

0 comments: