BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 5, 2010

Jannah under mother feed...


“papa, kenapa mama tak sukakan syafi…” luah syafiyyah kepada papa kesayangannya itu. Memang sejak dari kecil lagi syafiyyah terlalu rapat dengan ayahnya. “kenapa syafi fikir macam tu, mama sayang syafi…Cuma syafi yang munkin tak perasan” pujuk ayahnya. “nak perasan macam mana…selama ni, mama selalu marah syafi! Semua yang syafi buat salah di mata mama…kalau kakak, semua elok..syafi tak fahamlah papa!” luah syafiyyah, nadanya tinggi rendah mengawal perasaannya yang dipendam selama ini. syafiyyah sedih dengan mamanya yang selama ini terlalu melebihkan kakaknya, sehingga dia memberontak. “syafi tak boleh cakap macam tu…mama marah syafi bukan bermakna mama tak suka syafi, tapi dia terlalu sayang..dia tak nak syafi jadi macam orang kat luar sana tu… yang terlalu bebas”. “tapi papa, syafi tak naklah sekolah agama tu…mama selalu paksa syafi!”bentak syafiyyah. “tak pe lah, kalau syafi tak nak...nak buat macamana kan?” ayahnya sengaja membuat nada sedih kepada anaknya itu kerana ayahnya sudah tahu syafiyyah akan mengalah dengan cara sebegitu. “papa, janganlah macam tu...oklah syafi masuk sekolah tu tapi syafi tak nak tinggal kat asrama.” Syafiyyah mengalah akhirnya namun masih lagi bersyarat. “hah, macam tu lah anak papa dan mama..senyum sikit” ayahya cuba mengambil hati syafiyyah.Watak syafiyyah terlalu berbeza dengan kakaknya. Syafiyyah merupakan seorang yang pantang dicabar,keras kepala dan sukakan sesuatu yang lasak berbeza dengan kakaknya yang lemah lembut dan sopan. Walaupun syafiyyah keras kepala, namun dia mudah lembut dengan ayahnya. “syafi…” panggil mamanya dari dapur. “ye…”jerit syafiyyah dari luar. “tolong mama sekejap…”. Tanpa berlengah syafi mendapatkan mamanya di dapur. “mama ni, susah je…nak buat tu lah, buat nil ah…mentang-mentanglah kakak nak balik…macamlah dia dah setahun tak balik”. Protes syafiyyah terhadap mamanya apabila mendapati mamanya membuat kek dan beberapa hidangan enak yang lain. “syafi cakap apa ni?” tanya mamanya tidak mengerti. “yelah, kakak kan anak kesayangan…” tak sempat syafiyyah menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba mamanya pengsan. “mama! Mama.. kenapa ni…papa!” jerit syafiyyah gelabah memangil ayahnya. “papa...kenapa dengan mama?” teresak-esak syafiyyah munuturkan kata-kata ingin tahu apa yang terjadi kepada mamanya. Papanya tidak menjawab pertanyaan syafiyyah, namun dia hanya memberi isyarat kepada syafiyyah supaya masuk ke dalam bilik mamanya. “syafi…” lemah suara mamanya memanggil. Syafi hanya duduk di tepi mamanya tidak bersuara, hanya airmata yang mengalir di pipinya. “happy birthday to you, happy birthday to you…” ayahnya masuk menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada syafiyyah sambil membawa kek di tanganya. Sejurus mendengar lagu itu, makin laju airmatanya mengalir kerana dia rasa berdosa dengan ibunya atas kata-katanya sebentar tadi dan dia tidak menyangka ibunya bersusah payah untuk dirinya sempena kelahirannya genap 13 tahun. “mama… syafiyyah minta ampun kat mama...syafi banyak dosa ngan mama…mama jangan tinggalkan syafi…”makin rancak airmatanya mengalir. “syafi tak de dosa ngan mama, semuanya mama dah ampunkan..”mamanya bersuara longlai. Syafiyyah memeluk ibunya erat. “Allah sayangkan mama…”itulah kata-kata terakhir ibunya sebelum menghembuskan lafaz terakhirnya. “mama!mama! mama…syafi sayangkan mama,kenapa tinggalkan syafi…”syafiyyah meraung-raung seperti tidak boleh menerima pemergian ibunya. “syafi kena tabah, kena terima pemergian mama… kalau syafi lemah papa pun akan lemah...sebab syafi dan kakaklah sahaja permata yang mama tinggalkan pada papa yang jadi penguat papa.” Pujuk ayahnya mengusap belakang syafiyyah sambil menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Tersedu-sedu syafi dengan esak tangisnya memandang papanya terus mengambil warkah dari tangan papanya.
Salam buat anak mama yang tersayang, syafiyyah indah namamu… mungkin ketika syafi membaca coretan ini, mama sudah tiada…mama minta maaf sayang, kalau selama ini mama tidak menjadi ibu yang baik kepadamu…bukan itu kehendak mama tapi mungkin mama takut dengan bayangan mama sendiri…syafi tak ubah seperti mama ketika masa dulu…mama tak nak lihat syafi jadi seperti mama suatu ketika dulu…yang terlalu liar. Mama nak syafi jadi seorang anak yang solehah kepada papa…gembirakanlah dia…yang mungkin mama tak dapat nak berikan sepenuhnya kepada papa sepanjang hayat mama...syafilah harapan mama…wahai anakku. Syafi jadilah seorang adik yang baik kepada kakakmu…syafi dan kakak saling memerlukan antara satu sama lain. Mama terlalu menyanyangimu , jadilah dirimu seorang muslimah yang solehah lagi bertaqwa.

-kadang-kadang hidup ini tidak seperti apa yang kita fikirkan,tidak seperti yang kita inginkan. Bukan mudah untuk mentafsirkan sebuah kehidupan. Jadi sebagai anak, haruslah kita bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita yang menganugerahkan kita ibu dan bapa. Selagi mereka masih hidup, gembirakanlah mereka walaupun mereka memperlakukan tidak seperti apa yang kau inginkan.Wahai sahabatku, usahlah kalian bersangka-sangka dengan kedua ibu bapamu kerana mereka tidak menginginkan apa-apa melainkan kebaikan untuk dirimu.Sedarlah wahai anak, mereka sedaya upaya untuk membahagiakanmu walau hakikatnya cara yang mereka lakukan tidak seperti kehendakmu. Tiada ibu bapa di dunia ini yang tidak menyanyangi anak-anak mereka. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada jangan kelak menyesal dikemudian hari.Redho Allah terletak diatas redho kedua ibubapa.-

0 comments: