BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 28, 2010

ikhtilat, jarum syaitan...


Salam diucapkan kepada semua pembaca. Maaf kerana sudah lama rasanya tak update blog ni. Sejak akhir-akhir ni tiada idea untuk dipersembahkan. Dalam artikel kali ini, insyaAllah saya cuba untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan ikhtilat.
Pada hemah saya, mungkin ramai yang sudah mengetahui apa itu ikhtilat. Walaupun demikian, tidak menjadi kesalahan mungkin untuk saya menerangkan ataupun mengingatkan kembali agar kita sama-sama mengambil perihal penting dalam permasalahan ini.

Ikhtilat merupakan perkataan arab yang bermaksud percampuran. Secara Khususnya, ikhtilat yang ingin saya bincangkan di sini ialah percampuran di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di mana mereka boleh untuk berkahwin yang masing-masing perlu menjaga segala aspek dari segi penjagaan aurat, batas-batas pergaulan, dan sebagainya.

Saya rasa tidak perlu untuk saya memanjangkan muqaddimah, saya akan terus kepada tujuan artikel ini. Sebelum kalian ingin meneruskan pembacaan ini, saya berharap kalian perlu melapangkan hati dan pemikiran kalian agar apa yang akan dipersembahkan menjadi ubat walaupun ia agaknya pahit.

Tiada istilah kawan,sahabat atau rakan diantara lelaki dan perempuan, itulah hakikatnya. Namun ramai yang tidak mengerti hakikat itu. Ramai yang cuba untuk mencari pelbagai alasan untuk menyatakan itu tidak menjadi satu kesalahan selagi mana mereka tidak menjalinkan hubungan yang lebih rapat seperti ber “couple”. Mungkin mereka menganggap sedemikian, kerana kebanyakan artikel hanya menceritakan tentang permasalahan ber “couple”,cintan-cintun namun tidak menyentuh bab-bab pergaulan yang mungkin kita terlepas pandang tentang perkara ini yang sebenarnya menjadi racun yang terlalu besar dalam kehidupan muda mudi masa kini.

Saya menengahkan tajuk ini, kerana risau, bimbang dengan muda-mudi terutamanya dimana mereka yang belajar agama,bergelar mahasiswa mahasiswi pengajian islam sendiri yang terlibat dalam situasi ini. Di sini saya tidak ingin untuk membincangkan permasalahan hokum atau perkara di mana yang membolehkan lelaki dan perempuan bercampur, kerana saya tahu sudah ramai yang arif tentang perkara tersebut.

Di sini saya ingin membuka mata kalian dengan reality kehidupan sebenar. Kadang-kadang kita sebagai manusia terlalu asyik dengan kehidupan dunia yang sementara, leka dengan keindahannya. Cuba kita Tanya pada diri, siapakah kita di dunia ini? Apakah tugas kita yang sebenarnya? Apakah tujuan hidup kita?. Janganlah kita selalu beralasan hanya semata-mata untuk menutup dosa yang terlalu jelas kita lakukan. Kita selalu punyai alasan untuk membenarkan perbuatan kita yang sudah jelas salah. Di sini saya ingin mendepankan contoh seorang aktivis dakwah yang tidak menjaga ikhtilat dengan alasan urusan kerja tapi sebaliknya.

Ujian yang paling besar bagi saya dalam kita menjalankan dakwah adalah untuk mentarbiyyah nafsu kita yang sering memberontak. Antara ujiannya ia berkaitan hubungan antara berlainan jantina. Inilah sebenarnya racun yang kita sering terleka dengannya menyebabkan perjalanan dakwah terbantut atau terganggu. Bagi kita sebagai aktivis dakwah sepatutnya lebih perlu bertegas dengan diri dalam permasalah ini, namun sejak kebelakangan ini, saya melihat ramai diantara kita yang telah terjerat dengan jarum-jarum syaitan.

Perlukah kita sebagai aktivis dakwah bergelak tawa atau bercerita yang tidak sepatutnya dalam talian antara lelaki dan perempuan hanya untuk mendapat keserasian dalam kerja? Adakah itu yang dimaksudkan dengan keserasian? Saya rasa perkara itu tidak perlu,sudah cukup rasanya dengan kita melakukan kerja yang diamanahkan dengan sebaiknya,focus pada kerja, memberi komitmen yang baik,saling tolong menolong dan perlu serius bagi melancarkan gerak kerja antara penolong dan ketua tanpa ada unsure-unsur yang melalaikan kerana gerak kerja islam bukan merupakan perkara yang main-main.

Akhirnya, saya harap kita berubahlah kepada perkara yang lebih baik. Tinggalkanlah perkara yang sia-sia. Bagaimanalah kita nak menegakkan islam sedangkan dalam masa yang sama tanpa kita sedari kita sendirilah yang menghancurkannya sedikit demi sedikit jika kita terus dengan perkara yang lalai itu.( sebenarnya banyak lagi contoh yang ingin saya ketengahkan, namun tak berapa reti nak menyusun ayat…jadinya harap dengan satu contoh ini dapat membuka mata semua.)