BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 4, 2010

Sampai bila dirimu harus begini?


Sampai bila?
Perubahan? Pembaharuan? Kejayaan?
Sampai bila itu semua akan kau kecapi?
Jika dirimu tidak pernah BERANI…
Untuk membuat keputusan…
Untuk melangkah ke hadapan…
Untuk punyai pendirian…

Sampai bila?
Dirimu ingin mendengar cakap manusia?
Sudahlah!
Ia hanya sia-sia untuk dirimu…
Jika itu yang membuat dirimu menjadi penakut…
Pengecut dan lemah…
Untuk berubah…
Untuk mengambil risiko…

Sampai bila?
Dirimu ingin dijadikan permainan?
Apa yang ingin dirimu lakukan…
Seringkali terhalang dengan kata-kata manusia…
Hanya mengikut seperti robot…
Tiada apa yang berubah...

Sampai bila?
Dirimu akan berjaya…
Akan maju…
Jika pandangan manusia yang menjadi keutamaan?
Sedarlah wahai diri…
Hakikat pandangan manusia…
Bukanlah segala-galanya…
Kerana dirimu bukanlah sangat hebat…
Untuk membuat semua manusia berpuas hati…
Dengan apa yang ingin dirimu lakukan…

Sedarlah, cita-cita yang tidak akan pernah dirimu capai…
Adalah memuaskan hati semua manusia…
Hanya kebenaran…
Dengan keyakinan yang tinggi…
Pegangan yang kuat kepada yang maha Esa sahaja…
Menjadikan dirimu berpendirian teguh…
Dapat mengubah dirimu kepada apa yang lebih baik…
Kepada perubahan…
Kepada pembaharuan…
Kepada kejayaan...

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN BAGHALNYA.

Alkisah dalam satu riwayat menceritakan bagaimana pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula, "Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

0 comments: